~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 30 Mei 2012

Revolusi dalam berpakaian

Rabu berkata-kata

Selasa, 29 Mei 2012

Perkara Menambahkan Iman

1-Mengenal Allah SWT dengan sebenar-benar kenal bukan sekadar lisan, tetapi kenal bersama cinta, takut kepada amaran Allah SWT, sebagaimana ulamak takut kepada Allah SWT.

2-Bertadabbur kepada Al-Quran Al-Karim sehingga apabila mendengar kalimah-kalimah Al-Quran dia akan bertambah imannya.



Bibir membaca, telinga mendegar, hati memerhati setiap patah perkataan. hati memahami maksud dan kehebdak Al-Quran, segala anggota melaksanakan kandungan ayat-ayat Al-Quran.

*Mengenal dan mencintai Rasulullah SAW serta mengikuti setiap pergerakkan Rasulullah SAW.

*Berfikir kepada kejadian atau penciptaan Allah SWT yang amat unik, sehingga cara kita berfikir tersebut termasuk dalam kategori ibadat kepada Allah SWT.

*Memperbanyakkan solat-solat sunat dan perkara-perkara sunat seperti sedekah, Qiamullail dan puasa sunat hari Isnin dan Khamis setelah sempurna menunaikan perkara-perkara fardhu dan solat-solat Fardhu.

*Mendekati Allah SWT melalui perkara-perkara ketaatan kepada Allah SWT dan menjauhi segala larangan Allah SWT seperti perkara-perkara maksiat, perkara mngurangkan iman, mendengar nyanyian wanita dan memandang aurat wanita,.

*Sentiasa berzikir kepada Allah SWT agar hati sentiasa hidup, yakni setiap detik dan pergerakkan hati di arahkan kepada ketaatan kepada perintah Allah SWT.

*Menjadikan Dakwah sebagai tugas rasmi dalam kehidupan walaupun pada zahir kita bertugas dengan kerajaan atau majikan.

*Tidak ada perkataan yang keluar daripada mulut seorang pendakwah yang Allah SWT tidak bayar dengan pahala dan Keredahaan Yang Maha Esa. Malah semuanya lebih berharga dari permata dan berlian di Sisi Allah SWT.

Keretaku hilang akhirnya

Aku menyepi ada sebabnya. Aku nak kumpul kekuatan untuk menulis di sini. Tanggal 22 Mei yang lalu apabila aku mahu pulang ke rumah setelah habis kerja, aku dapati kereta aku tiada di tempat parking. Lembik lutut aku, dalam keadaan sebak aku segera menelefon Tok Ketua. Tok Ketua cuba sabarkan aku, dia suruh aku tunggu di ofis, dia akan datang ambil aku.

Dalam cuba menahan air mata, akhirnya air mata aku jatuh juga. Aku juga manusia biasa yang punya perasaan. Di tepi jalan aku menangis teresak-esak. Aku segera kembali ke ofis dan menuju ke surau ofis. Dengan harapan di dalam rumah Allah, hati aku akan kembali tenang.

Aku segera call adik kembar aku bertanyakan prosedur nak buat report polis. Adik kembar aku memang ada kaitan dengan polis, walaupun dia bukan polis. Tak lama kemudian Tok Ketua datang dengan muka rileks, dia tahu kalau dia buat muka sedih, pasti aku akan melalak je kat situ kang.

Kami segera ke balai polis area ofis aku. Setelah membuat report, kami kena ke Balai Polis Petaling untuk jumpa seorang sarjan. Dahlah kena menapak naik 4 tingkat, aku dahlah kepenatan, kelaparan dan kehausan. Urusan selesai jugak akhirnya. Tapi aku kena ke syarikat insuran keesokkan harinya. Terpaksalah aku EL. Dengan Tok Ketua sekali terjebak EL. Yelah, terpaksalah aku bergantung harap sepenuhnya kepada dia, sebab aku mana ada kenderaan nak bergerak lagi.

Aku tak naklah cerita mengenai urusan insurans, sebab kang aku bertambah bengang, pekerja insurans tu memalukan syarikat Takaful sahaja, semua dokumen yang dia kasi aku semuanya salah, aku ke bank, bank tak dapat nak proceed, aku ke Pesuruhjaya Sumpah pun Pesuruhjaya Sumpah tak dapat nak proceed, bank dan Pesuruhjaya Sumpah pun bengang dengan pekerja tersebut, aku ni lagilah bengang, dengan bawa perutnya, dahlah aku sakit tapak kaki, rasa bisa semasa memijak lantai dan menapak, tapi nak buat macam mana, kenalah redah jugak.

Inilah dugaan aku, dahlah 2 bulan lepas kereta aku kena pecah, tapi kali ni lesap terus. Aku sedar aku banyak dosa, maka Allah nak uji aku. Aku pasrah, aku harap dengan musibah ini Allah berikan aku ganjaran pahala, moga dengan musibah ini Allah hapuskan dosa aku yang bertimbun-timbun. Moga dengan musibah ini, Allah gantikan dengan yang lebih baik. Doakan agar aku menjadi manusia yang tabah menghadapi musibah yang bertimpa-timpa ini. Aku tetap manusia biasa, aku tetap punya perasaan. Aku tetap insan yang lemah, mujur aku ada selemah-lemah iman, kalau tidak entahlah.

Selasa, 22 Mei 2012

Siapa lebih power? ngeh ngeh ngeh

WIKIPEDIA : Aku tahu semuanya.




FACEBOOK : Aku pula kenal dengan semua orang .



FRIENDSTER : A'aa, semua kenalan aku kau curi !



MYSPACE : Kami musuh anda wahai Facebook !



TWITTER : Takpe Facebook, aku back-up kau .



GOOGLE : DIAMMM !! Aku ada semuanya .



MOZILA : Eh , tanpa aku , korang tidak boleh diakses .



IE : Wei Mozilla , sendrik mau ingat ha . . gua kan ada !



MOZILA : Lu pehal ? Kacau line orang jer !



IE : Lu dulu la mamat , mengaku lu sorang jer boleh akses pada diaorang tadi ! !



INTERNET : Sudah !!! jangan gaduh-gaduh ! Kalau aku takde , korang lagi la takde ! Power tak aku ?



FACEBOOK : Hmmm , akulah yang paling ramai di kunjungi . Jadi gua yang terbaekkkkk !!!



YAHOO : Facebook, jangan riak . Kalau aku takde, mana boleh buat email !



GOOGLE : Yahoo, Gua kan boleh buat email gak !



MAXIS, CELCOM, TMNET : (serentak) Ehem! Lu org ingat kami ni kayu ?



TNB : Diamlah korang, nanti aku matikan elektrik . . baru korang tau siapa paling power

Malang itu tak pernah berbau ya

Isnin, 21 Mei 2012

Luahan seorang isteri daripada diri sendiri pulak

Susulan daripada entry sebelum ini , apa yang korang semua rasa dan fikir terutamanya kaum wanita? Naluri sebagai seorang wanita, sejujurnya aku rasa bengang. Naluri sebagai seorang isteri, aku rasa bengang yang di tahap maksima.

Pada aku, suami atau isteri semuanya ada kelemahan, keburukan. Aku ni kalau nak listkan bersepah keburukan, lagilah kan. Takkan dengan kelemahan, keburukan seorang isteri, kesudahannya menjanda atau bermadu.

Aku tak nak ulas pasal topik cerai dan bermadu ni, bab ni terlampau luas skopnya, kalau nak berdebat tak ada kesudahan. Pada aku, wanita bukan menentang poligami tapi mereka menentang pengamal-pengamal poligami yang kononnya nak ikut sunnah Nabi. Betulkan jika aku salah.

Dan bukan niat aku nak mempertikaikan penceraian, kerana penceraian tu halal dalam Islam. Tapi aku tak boleh terima alasan si suami tadi. Konon isteri dah tak menarik, tak terangsang, masa nak kahwin dulu, cuba tanya beliau, aku rasa jawapan tadi adalah sangat bertentangan, bukan?

Aku ni dalam keadaan emosional sekarang ni, apa taknya, semasa aku camping di kemsite Sg Berakit baru-baru ni, ada seorang kawan kami bercakap secara nyata dan terbuka, bahawasanya dia dah hilang selera terhadap isterinya kesan parut operation selepas bersalin. Kebetulan masa tu, semua orang sedang bincang topik kaedah bersalin dan suami kena berpuasa semasa isteri dalam pantang.

Topik yang aku rasa gembira dan bergelak tawa untuk terus diborakkan bertukar jadi bengang apabila salah seorang rakan lelaki meluahkan demikian rupa. Aku ulang, dia hilang selera terhadap isterinya apabila melihat kesan parut pembedahan tersebut.

Muka aku dah bertukar warna. Mujur malam tu cahaya lampu khemah tak berapa terang, kalau tidak pasti semua orang perasan perubahan wajah aku. Aku hampir hilang sabar, terkeluar jugaklah perkataan SIOTTTTT tapi mengenangkan mereka tu kawan-kawan suami aku, aku cuba berlagak selamba, aku cuba berlagak seloroh, aku cakaplah tutuplah lampu. Semua ketawa. Seorang rakan lelaki lain menyampuk, haaaaa tengok pengantin tahun lepas ni ajar kau pulak.

Bukan apa, kalau mereka tu bukan kawan-kawan suami aku, dah lama aku mengamuk. Peduli apa aku. Pantang betul aku dengar suami memburukkan isteri. Pantang sesungguh hati. Kalau nak burukkan jugak, jangan sampai ke telinga aku, jangan bagitau depan aku, jangan biarkan aku mendengar. Ni bukan kali pertama, sejak zaman aku remaja sehinggala aku dewasa, aku asyik dengar kawan-kawan lelaki aku yang bergelar suami memburukkan isteri mereka, dengan alasan mereka tak bersalahlah kononnya ada pasangan tak sah di luar sana. Mentang-mentang aku ni termasuk dalam kategori sporting, mereka anggap boleh bercerita ke tahap tersebut. Malangnya, aku tak boleh terima. Aku tetap tak suka bila keburukan isteri diceritakan dengan cara terbuka. Simpan dalam hati tak boleh ke? Macamlah isterinya sahaja yang ada kelemahan.

Macamlah korang yang bercerita keburukan isteri tu, korang tu sempurna sangat. Korang ingat korang ada kelebihan macam Nabi ke sampai sanggup aibkan isteri. Kawan aku tadi tu memang ada skandal kat luar. Kitaorang semua sedia maklum. Pernah dia tunjukkan sms aweknya tu pada aku. Atas tiket bangga diri. Atas tiket kejantanan.

Kalaulah aku tak kenal wife dia lain cerita, tapi setiap kali ada event, aku pasti jumpa wifenya, anak-anaknya. Cuma aku belum tergamak bagitau wifenya, sedangkan kawan-kawan yang lain semuanya bersikap berkecuali, takkan aku nak masuk campur, padahal mereka lagilah dah lama kenal, aku baru kenal mereka 3 tahun lebih.

Dan bila aku baca luahan wanita tadi tu, aku rasa sedih sangat, aku tak nak sokong wanita terbabit, sebab aku tak tahu kisah sebenar, mungkin ada rahsia dia tak ceritakan, dan kenapa dan kenapa berlaku dan kesudahannya begitu sekali, takkan tak ada penyelesaian yang lebih wajar, setahu aku, manusia ni kalau dia bercerita masalah, bukan 100% habis pun, ada certain part dia sembunyikan atas niat nak sembunyikan aib sendiri. Atas tiket nak selindung kesalahan sendiri. Biasanya begitulah. Sebab mentaliti manusia akan cerita baiknya sahaja. Betul tak? (Aku ingatkan diri sendiri) Maka, aku tak boleh nak sokong wanita tadi, cuma aku nak bagitau di sini aku bengang sangat dengan kaum Adam yang sepatutnya jadi khalifah dalam alam rumah tangga tapi jadi sampah.

Aku hanya katakan sampah pada mereka yang sanggup aibkan isteri mereka, teman tidur mereka di khalayak ramai. Dengan megah dan bangga bercerita kelemahan isteri pada teman-teman. Tanpa rasa bersalah. Dah tu, siap cakap dengan bangga pada aku, sebagai suami, aku kononnya dah tunaikan tanggungjawab dengan sempurna, isteri aku berpantang, aku yang jaga, anak yang masih bertali pusat aku mandikan, aku masakkan semasa isteri dalam pantang, duit belanja, makan pakai cukup aku kasi.

Ada aku kisah kau cerita macam tu setelah kau aibkan isteri kau? Aku tak suka, aku tetap tak suka. Cubalah muhasabah diri, cubalah renung semula apa motif berkahwin. Tahukah kalian perkahwinan adalah salah satu peluang daripada Allah untuk tambah pahala berganda? Tahukah? Ciptalah pahala berganda sementara Allah masih bagi peluang menjadi suami dan isteri. Jangan sibuk mencari kelemahan isteri sedangkan kelemahan anda semakin berkembang berganda-ganda. Tolonglah









Semua orang ada kekurangan OK?

Luahan seorang bekas isteri - aku copy paste tanpa edit

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa. Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga. Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik. Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita.

Trip bertukar lokasi

p/s : coretan ni agak panjang dan membosankan, sekadar log book peribadi. Jangan baca kalau rasa tak perlu.

Seawal jam 8am di pagi Sabtu, aku dah kebuluran, sebenarnya aku dah mula rasa kebuluran sejak di awal Subuh tadi, tapi aku malas nak kejutkan Tok ketua yang sambung tidur selepas Subuh. Aku memang jenis kalau dah celik mata, pasti akan terus rasa lapar. Tak nyempat-nyempat nak mandi. Begitulah aku sejak dulu lagi. Apatah sekarang sejak berbadan dua ni. Lagilah kan.

Kebetulan aku terbangun sebelum Subuh lagi, puncanya kaki aku tiba-tiba kejang. Belum hilang lagi, terjadi pulak kekejangan yang kedua. Hampir meleleh air mata aku dalam kesakitan. Dalam sedang merintih kesakitan seorang diri, Tok Ketua terjaga dan tanya kenapa. Aku jawablah kaki aku kejang.

Nasib badanlah kan. Masuk hutan tak kejang, masuk marathon pun tak, tengah tidur boleh kena kekejangan. Azab yang amat sangat. Moga dosa-dosa aku terhapus melalui musibah ini.

Bila Tok Ketua tengok aku dah bersiap sedia, dia dah tahulah aku lapar. Kami terus sarapan di kedai makan berhampiran rumah aku. Aku belasah nasi lemak sepuas-puasnya, sebab lapar yang maksima. Semalam tu aku mana ada makan nasi, sebab tulah agaknya kot.

Selesai makan, kami mula bergerak menuju ke Kuantan. Tok Ketua yang memandu. Aku nak pandu dia tak kasi, aku pun pasanglah surah-surah ibu mengandung iaitu surah Yusof, Mariam dan Luqman melalui pen digital al quran tu, sambil dengar, sambil baca perlahan-lahan.

Tok Ketua sengaja memilih laluan MRR2. Aku awal-awal dah cakap, hari Sabtu elakkan menggunakan MRR2, pasti sangkut dalam jem punya. Tapi Tok Ketua cakap tak jem, kalau jem pun MRR2 yang menghala ke Bukit Jalil. Aku diamkan je, mungkin jugak, sebab ada final bola sepak kan.

Selepas TBS, kitaorang dah sangkut dalam jem, aku pandang Tok Ketua, dan cakap, mehlah saya yang pandu, boleh mencilok. Ahaksss. Aku suka jem hanya bila dapat mencilok sesedap rasa. Pada aku, kalau memandu, tanpa mencilok tak sah rasanya pemanduan aku pada hari tersebut. Dengar je cilok, Tok Ketua lagilah tak kasi aku pegang stereng. Bawak kereta tak macam ibu mengandung. Hishhhh!

Alkisahnya, ada 2 eksiden. Satu melibatkan kereta berlanggar semasa mereka, dan satu lagi ada sebiji lori tangki terbalik dan kesemua tayarnya ke atas. Patutlah jem yang macam tak ada kesudahan. Memandangkan Tok Ketua memandu penuh berhemah, tak macam aku, maka agak lama jugaklah kitaorang tersangkut dalam kesesakan.

Kami tiba di kampung suami ngam-ngam azan Zohor berkumandang. Kebetulan, rumah Tok Ketua betul-betul berhadapan dengan masjid. Kebetulan lagi, kawan-kawan Tok Ketua tiba serentak 4 biji 4wd. Hanya sebiji sahaja lagi dalam perjalanan.

Mereka sekadar singgah sebentar sebelum meneruskan off road ke Jerangkang. Manakala aku dan Tok Ketua makan tengahari berjemaah dengan keluarga Tok Ketua. Sementara menunggu kawan Tok Ketua tiba jam 5pm dari Kuantan, sempat kami tertidur lagi. Mujur dah jamak.

Dengan sebiji 4wd, kami ber3 meredah hutan Jerangkang, tapi malangnya kem site Jerangkang dah penuh dengan budak-budak sekolah berkhemah. Tapi, Jerangkang dah banyak perubahan, sistem tandas dah sempurna. Baguslah.

Setelah berbincang, kami meneruskan off road ke Sg Berakit, kira-kira 1/2 jam daripada kem site Jerangkang. Tiba di kemsite Sg berakit, dah pun masuk Magrib, aku dah kebuluran yang maksima, terus aku mencari nasi untuk dimakan. Nasi dan lauk sudah siap terhidang sebab sudah ada yang tiba lebih awal. Tok Ketua dan kawan-kawan lelakinya sedang menyiapkan khemah dan camping bed.

Sedapnya apabila menikmati udang masak petai, jantung pisang, ulam-ulaman, sambal belacan, stew ayam, kari ayam, ikan kembung bakar masak ala portugis, tom yam sea food, air laici, air longan dan air cincau dalam hutan yang aman damai tu. Kalau masuk dengan 4wd, bolehlah makan mewah macam tu (kira mewahlah tu sebab dalam hutan), sebab tak payah carry, kalau treking makanan takdelah semewah macam tu, ala kadar sekadar melapik perut gitu ajelah.

Selesai Tok Ketua set up khemah, dia ajak aku ambil wuduk jamak siap-siap solat, kang boleh relaks santai sambil makan minum ringan. Aku melangkah berhati-hati menuju ke jeram meredah kegelapan malam memijak batu-batu yang licin. Mujur Tok ketua bawak 2 headlamp, nak harapkan aku, entah ke mana head lamp aku campak tah, maklumlah dah lama tak masuk hutan, segala barang keperluan masuk hutan pun aku boleh lupa bawak.

Selesai jamak, aku rasa nak je terjun dalam jeram. Dalam seumur hidup aku masuk hutan, kali ni betul-betul terasa panas berada dalam hutan. Sangatlah tidak selesa. Biasanya selepas isyak je, aku akan berstokin tebal, pakai glove dan sweater. Biasalah hutan tebal macam tu, banyak pokok, maka cuacanya akan menjadi sangat sejuk. Tak macam dalam bandar. Tapi tidak untuk kali ni. Sebab dah banyak hari tak hujan, cuaca waktu malam sangat panas. Tapi, aku tidak diizinkan mandi oleh kakak-kakak di situ, kata mereka ibu mengandung tak elok mandi malam. Terbantutlah keinginan aku kan. Maka, aku tidur dalam keadaan tanpa memakai sleeping bag. Sejarah sungguh. Tak pernah lagi tidur dalam hutan tanpa sleeping bag, mahunya menggigil, tapi tidak untuk malam tersebut.

Biasanya kalau dalam hutan, aku adalah antara orang pertama yang tidur, tapi tidak malam tu, panas yang membahang, nyamuk dan agas yang banyak menyerang batang tubuh aku menyebabkan aku sekadar baring dan pasang telinga apa yang Tok ketua dan kawan-kawannya borakkan. Nak menyampuk, tak reti pulak aku. Maklumlah ada 3 orang antara mereka yang bertugas sebagai anggota ATM, maka topik mereka semua ke arah ATMlah. Aku sekadar dengar dan cuba memahami, dan akhirnya aku terlelap.

Aku tak sedar jam berapa aku tersedar sebab nak membuang air. Inilah masalahnya ibu mengandung. Asyik tersedar semata-mata nak buang air kecil. Nak tak nak kena selesaikan jugak, dah tak boleh tahan. Aku lihat mereka semua masih rancak berborak. Aku ajak Tok Ketua temankan aku, bukannya aku tak boleh pergi sendiri, tapi aku khuatir pulak kalau terjadi apa-apa kang, kalau tak mengandung tak apa, boleh je berdikari.

Kemudian aku sambung tidur, Tok Ketua sambung berborak. Tak salah aku jam 5am alarm hp siapa tah berbunyi. Aku buka mata dan tengok sekeliling, tak ada siapa pun bangun. Biasanya yang set alarm ni kaki pancing, biasanya selesai solat Subuh je diaorang dah lesap ke jeram memancing. Mereka sangat bersemangat kerana sebelum tidur tu tangkapan mereka adalah ikan kelah.

Dalam dok berfikir barang siapakah yang set alarm, aku tertidur pula, aku tersedar badan bergoyang bila Tok Ketua kejutkan aku jam 615am. Waduhhhhh dah cerah, sangka aku dah 7lebih, rupanya masih dalam waktu Subuh. Tok Ketua suruh aku ambil wuduk segera dan solat dengan segera. Dengan susah payah aku bangun daripada camping bed, bila dah berbadan dua ni, nak bangun atau duduk bukan boleh sebarangan, kena senget sana sini, baru tak sakit pergerakan tu, pernah aku salah bangun, salah duduk, sakitnya perut aku hanya Allah yang tahu. Sebab tu aku berhati-berhati semasa bangun dan duduk.

Selesai solat aku tengok Tok Ketua dah siapkan teh o panas secerek sederhana besar, dia tahu hanya minuman tu yang mampu aku minum setakat ni, aku dah tak boleh minum 3 in 1 tu, macam nescafe ke kopi ke, sebab kalau ada kandungan susu pasti aku akan muntah. Tok Ketua ni dia hanya minum minuman manis macam tu kalau masuk hutan, di kedai makan atau pergi ziarah rumah orang, kalau di rumah, dia tak nak sentuh langsung, kecualilah ada orang yang datang bertandang di rumah kami. Katanya, kat rumah dia nak minum air masak je. Untunglah aku kan.

Sambil minum dengan Tok Ketua, aku perhatikan sorang-sorang bangun. Geng-geng wanita mula siapkan sarapan. Aku membantu ala kadar walaupun aku tak dizinkan membantu, hanya disarankan relaks je. Mana boleh, aku cepat bosan kalau duduk semata. Maka, aku diberi tugasan membuat roti roll sardin. Dengan rasa sukacita aku membantu, kemudian masak bihun goreng, roti bakar. Dah belasah roti sardin roll 2 keping, aku belasah pulak roti bakar cicah kari ayam semalam. Perghhhh terbaik. Kemudian boleh sambung ratah ikan kembung masak ala portugis semalam yang telah dipanaskan.

Selesai makan, Tok Ketua sibuk ambil gambar, siap terjun terjuk bagai, aku pandang jelah, nak buat sama tak mampu. Aku mandi berjemaah bersama kakak-kakak di jeram yang tidak dalam. Mujur aku selamat, hampir dibawa arus sebab tak mampu nak imbang badan, tapi tidaklah aku panik, kalau panik tak boleh nak berfikir, aku pun floating dan kembali bangun. Aku tak bagitau pulak Tok Ketua, kang kena marah tak pasal pulak, hehehehe.

Sebelum tengahari menjelang, Tok Ketua, aku dan kawannya bergerak kelaur daripada hutan itu. Kawannya nak ke Kuantan, melawat saudaranya kemalangan akibat melanggar lori. Mujur jugak kami keluar awal. Hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya. Jalan menjadi licin, agak sukar bagi pemandu yang tak biasa off road. Alhamdulillah kami selamat keluar. Kawannya meneruskan perjalanan ke Kuantan manakala aku dan Tok Ketua sambung tidur. Zzzz. Penat jugak ya kalau trip dalam keadaan berbadan dua ni. Tapi bestlah, terubat jugak hati aku sebab tak dapat pergi Singapore kan. Tak apalah, rezeki bersama anak kot ke Singapore nanti.

Walaupun trip masuk Sg Berakit tu aku rasa tak puas sebab tak dapat buat banyak aktiviti, tapi aku suka sangat.







Apa kes???


Orang Melayu berbaka Islam ke ni? Kalau ye pun marah, gunakan bahasa yang berlapik. Ikutlah sunah nabi. Bahasa mencerminkan bangsa. Kepimpinan melalui teladan. Macam mana ni?

Aku bukan nak aibkan sesiapa. Aku nak kita semua sama-sama renungkan kesalahan masing-masing, muhasabah diri sendiri.

Jumaat, 18 Mei 2012

Kisah benar yang sadis

Ini sebuah kisah sadis yang melibatkan seorang pekerja migran gelandangan yang melahirkan baby beliau di tepi jalan secara seorang diri. Wanita yang dipercayai mempunyai penyakit mental ini dipercayai melahirkan anak beliau 3 hari yang lalu.Menurut orang ramai di Bandar Guangzhou, beliau sudah bergelandangan di bandar ini selama 3 bulan. Orang ramai yang risau dengan kebajikan dan kesalamatan anak beliau menalefon polis bagi memberikan bantuan. Ketika bantuan cuba diberikan si ibu enggan menerimanya. Anak beliau tidak berbaju dan si ibu meletakkan babynya di atas tanah untuk minum dari lopak air. Si ibu dan anak kini di bawah jagaan persatuan bulan sabit merah setelah berjaya dipujuk. Bay mungkin akan diambil dari si si ibu kerana jelas si ibu tidak mempunyai kapasiti mental yang cukup untuk membesarkannya

Di sinilah kita harus bersyukur dengan kurniaan Tuhan. At least kita tidak dilahirkan di tepi jalan macam...baby di bawah ni.


Trip terakhir

Esok dah sabtu. Cepat pulak masa berlalu. Maklumlah bos unit aku mc hampir sebulan akibat kemalangan, tanpa dia, aku kelam kabut. Tu yang rasa masa cepat berlalu tu. Walaubagaimana sibuk pun, aku selalu doa pada Allah moga lapangkan juga masa aku di ofis untuk aku buat ibadah sunat seperti baca al quran. Alhamdulillah, aku dapat curi masa yang sedikit dan manfaatkan.

Esok, 3-4 orang rakan ofis aku akan ke Singapore, sepatutnya trip tersebut aku join, aku siap dah bayar tau, orang pertama bayar lagi tu tau tak, tapi Tok Ketua tak kasi aku ikut. Katanya selama ni dia tak pernah halang aku ke mana saja, tapi bila aku dah mengandung ni, dia tak sedap hati nak lepaskan aku pergi ke luar negara. Huwaaaa, hampir nak bergenang air mata aku dengar keputusan tu. Tapi, aku patuh je, kang tak pasal kena daulat kang kalau engkar pada arahan. Dosa tau.

Semasa kereta aku breakdown tempoh hari, geng-geng workshop bercadang nak masuk hutan besok, trip santai ke Jerangkang. Jerangkang ni sangatlah dekat dengan kampung suami aku. Aku dah hampir nak melompat, suka hatilah, aku niat nak joing diaorang, sekurang-kurangnya hati aku terubat tak dapat masuk Singapore.

Aku pandang Tok Ketua buat muka kesian. Penuh pengharapan. Tok Ketua memutuskan aku tak boleh ikut. Dia akan hantar aku ke kampungnya dan kemudian mereka akan berkonvoi masuk Jerangkang dengan 4wd. Aku terus sebak. Sedih yang maksima.

Aku mengadu pada kawan-kawannya mohon simpati. Dengan kuasa kawan-kawannya yang jauh lebih berumur daripadanya mungkin dia akan pertimbangkan semula. Ada seorang rakannya yang hampir 50-an cakap, aku dulu bawak wife aku masuk hutan, kandungannya masa tu 7 bulan ok je. Tok Ketua masih berkeras tak nak kasi aku masuk, kang terhentak-hentak, perut aku jugak yang sakit. Maklumlah jalan dalam hutan bukan ada tar. Alasan kedua, wife kawannya tu anak yang keberapa, aku ni anak sulung, tak tahu conditionnya macam mana. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Aku mencari-cari idea. Aku cakap lagi, alahhh, adik Tok Ketua yang mengandung 5 bulan elok je masuk Jerangkang last 2 week. Tok Ketua jawab, itu anak kedua. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Aku tak putus asa. Aku jawab lagi, alahhhhh, tu hari kita ke Tawau, Semporna, Mabul, naik bot terhentak-hentak, ok je, lagi sakit, tapi alhamdulillah ok, plasenta pun dah kembali berada di kedudukan normal kan. Tok Ketua diam. Ishhhh, lagilah aku susah hati bila suami aku diam, tak ada kesudahan.

Aku memancing simpati daripada kawan-kawan suami aku lagi. Mereka semua sebulat suara memujuk suami aku supaya izinkan aku bersama mereka berjemaah konvoi masuk Jerangkang. Tapi, Tok Ketua masih berdiam diri.

Aku masih tak putus harap. Aku cakap lagi, alahhh, ni je trip terakhir sebelum bersalin. Esok dah bersalin kena pantang, pastu nak jaga anak kecil, nak kena ambil masa lagi nak masuk hutan semula. Entah bila dapat masuk hutan lagi, dahlah Singapore tak dapat join, dalam sebak aku menuturkan ayat. Entahlah kenapa, aku benar-benar nak join. Padahal Jerangkang tu dah berpuluh kali aku masuk, kecualilah tak pernah masuk kan.

Kebetulan ada seorang doktor sahabat Tok Ketua akan turut serta dalam trip ni. Dia cakap, aku kan ada, tak ada apalah, lagipun Jerangkang tak hujan dah banyak hari, jalan dah elok, insyaallah tak ada masalahlah. Akhirnya Tok Ketua memberi keizinan aku pergi. Apalagi, aku rasa seronok yang amat. Macam dapat bonus berganda. Hahahahhaa. Ni kalau kawan-kawan ofis aku tahu ni, mahunya aku kena berleter ni. Tak reti nak duduk diam, sedarlah diri awak tu mengandung, itulah ayat yang akan keluar nanti. Hahahaha.

Insyaallah, tak ada apa akan berlaku. Aku bukan buat kerja berat, hanya relaks dalam 4wd sampai kem site, masak-masak, mandi jeram, tengok mereka memancing, lepak-lepak menikmati keindahan ciptaan Allah. Itu je. Doakan aku selamat ye kawan-kawan. Aku suka bangat ni.

p/s : kata seorang teman, destinasi tu tak penting, yang pentingnya kita bersama siapa ke destinasi tersebut. Aku setuju dengan statement ni, tapi hanya boleh dipakai semasa kat dunia, kat akhirat tak boleh. Hehehhee




Ikut selera perut

Sejak mengandung, pemakanan aku sepenuhnya bergantung kepada selera perut. Aku dah tak boleh sesuka hati nak ikut selera tekak, akibatnya pasti aku akan merana. Sebagai contoh, aku sangat fanatik kepada pedas. Tapi bila aku layan pedas, kesannya aku akan sakit perut dan cirit birit sepanjang hari. Begitu juga dengan susu dan soya, aku dah tak boleh minum atau bau, kalau aku paksa diri juga, sehingga ke tengah malam nanti aku pasti muntah yang berterusan.

Maka, makanan dan minuman seperti itu aku kena elakkan sepanjang kehamilan ini. Nak buat macam mana, terima ajelah, sekurang-kurangnya aku masih mampu makan rezeki Allah yang lain. Masih banyak pilihan makanan yang Allah berikan, ye tak?

Dalam 2-3 minggu ni pulak, aku dah tak makan nasi lagi di waktu malam, bukan sebab nak diet, almaklumlah berat aku bulan lepas mendadak naik 3 kilogram. Tapi sebab di waktu malam, semua lauk aku bau sangat busuk. Aku tak dapat kenal pasti punca aku bau busuk tu, adakah daripada bawang atau minyak. Pernah sebelum ni, aku terketar-ketar lapar, nak makan tak boleh, sudahnya aku telan nasi putih semata untuk hilangkan kelaparan.

Kemudian, aku beralih kepada makanan yang bukan nasi seperti burger, char koey tew dan lain-lain. Semalam, aku makan tauhu bakar. Dahlah tak sedap, tapi aku telan sampai habis, kang Tok Ketua bising lagi. Tok Ketua pantang benar kalau makanan tak habis, nak tak nak paksa rela je telan.

Kandungan perut aku semakin membesar. Sekarang, ramai yang teka kandungan aku 7 bulan, walhal baru mencecah 5 bulan. Tak ada seorang pun lagi cakap perut aku kecil setakat ni. Mujur majoriti cakap, muka aku tak pulak kembang, tapi perut aku yang membesar mendadak. Sesetengah orang kata mereka, badan je besar, tapi kau perut je besar, merujuk kepada aku.

Entahlah, kenyataan mereka tu nak sedapkan hati aku atau tak, tapi yang pasti, aku rasa sekarang ni badan aku sangat berat. Kalau sebelum ni, aku rasakan sebegini, pasti dah sasaran aku Lake Garden, aku akan jogging buat tawaf sampai lembik, kemudian naik tangga kat Lake Garden tu 10x. Biar alang-alang senaman, biar sampai lembik. Itu konsep akulah.

Atau aku akan masuk hutan treking, main badminton, atau join mana-mana marathon sekitar Lembah Klang. Tapi dalam keadaan aku mengandung ni, aku hanya mampu berjalan kaki selama yang mungkin supaya badan aku kembali terasa ringan. Tapi, tak juga, aku masih rasa badan aku berat, terutamanya sekitar perut. Tiba-tiba aku kagum kepada kanggaru, macam manalah dia boleh kendong anaknya sambil melompat dan berlari. Hahahhahaa, kagumnya aku dengan kelebihan yang Allah telah berikan kepadanya itu. Hahahaha

Aku ni rasa macam nak terbalikkan badan aku ke belakang sebab aku rasa perut aku berat. Kawan-kawan aku cakap, kau ni dah biasa galas haversack yang berat di belakang, agaknya sebab tu kau rasa pelik dengan perubahan beban dah beralih ke bahagian depan kau. Mungkinlah, hahahhaa. Aku sedang biasakan diri beban berat di hadapan, bukan di belakang badan lagi. Hahahahaha. Macam manalah ek orang yang bunting kembar? Lagilah beratkan. Aku ni baru seorang, dah banyak songeh. Macam manalah pulak orang yang mengandung ramai macam arwah ibu kandung ku tu, sampai 11 orang? Kagumnya aku. Aku tak dapat bayangkan zaman dulu dengan tak ada kemudahan canggih, tak ada teknologi, tak ada kelengkapan dll, macamlah ibu aku tu mengharungi saaat-saat dia mengandung sampai 11 orang. Ishhhh, kagum yang maksima.

Maka, di sini, pentingnya aku kuat semangat, minda dan mental kena kuat, ni baru saat mengandung, esok-esok aku akan hadapi saat nak bersalin, kemudian nak berpantang, tanpa orang tua aku di sisi, 100% bergantung sokongan moral daripada Tok Ketua. Kawan aku cakap, orang yang mengalami meroyan tu sebab dia stress selepas bersalin. Kau jangan pulak nak stress berpantang sorang-sorang, pastikan suami kau membantu kau daripada segi fizikal dan mental, bersedialah daripada sekarang supaya kau tidak mengalami kejutan budaya semasa berpantang.


Khamis, 17 Mei 2012

Menghafal al quran

Sejak menjadi pelanggan astro, aku dah jarang tengok tv1, kecuali saluran tertentulah. Bukan nak kata aku ni berlagak ke apa,  agaknya selera aku tak macam semua orang, maka, aku pilih saluran yang aku rasa nak tengok je, kalau tak, tv yang tengok aku kang.

Tapi, sejak akhir-akhir ni, aku sajalah intai-intai saluran tv1, jam 630pm ada slot hafazan al quran. Aku hanya sempat tengok 2x jer. Betapa aku sangat cemburukan barang siapa yang mampu hafal al quran, cemburuku berada di tahap melampau apabila adik-adik kecil yang mampu hafal al quran dengan sempurna siap bertaranum.

Alangkah, alangkah bahagianya sekiranya mereka tu zuriat aku, ishhhh cemburu ni. Untunglah siapa yang menjadi orang tua mereka.

6 Pintu Rahsia Mujahadah Kepada Allah SWT

Ibrahim bin Adham: Seseorang soleh akan meghadapi 6 perkara:


1. Orang Soleh akan menghadapi pintu nikmat akan terkunci dan pintu kesusahan akan terbuka.

2. Orang Soleh akan menghadapi pintu kerehatan akan ditutup dan pintu usaha keras akan dibuka.

3. Orang Soleh akan menghadapi pintu kebanggaan akan ditutup dan pintu kehinaan akan dibuka.

4. Orang Soleh akan menghadapi pintu tidur akan ditutp dan pintu berjaga malam akan dibuka.

5. Orang Soleh akan menghadapi pintu kekayaan akan ditutup dan pintu kefakiran akan dibuka.

6. Orang Soleh akan menghadapi pintu angan-angan akan ditutp dan pintu persediaan menghadapi mati akan dibuka.

Rabu, 16 Mei 2012

4 Perbuatan Yang Dianggap Ibadat


Para Hukamak menyatakan empat perbuatan dianggap ibadat ialah:
1- Menepati Janji.
2-Memelihara keputusan yang telah diputuskan.
3-Sabar diatas kematian orang tersayang yang pergi meninggalkan kita.
4-Redha di atas musibah yang menimpa kita.

Jumaat, 11 Mei 2012

Renungan hari jumaat


Turutan dalam memimpin atau berdakwah

1.       Pimpinlah diri,
2.       Barulah boleh menjadi pemimpin kpd isteri,
3.       Kemudian kpd ahli keluarga
4.       Akhirnya MASYARAKAT ATAU NEGARA

Banyak soalan di padang mahsyar nanti jika kita tidak ada walaupun satu dari yang di atas.

 Orang yang tidak dapat korbankan masanya selama sejam seminggu untuk ilmu agama, maka jangan harap dirinya akan dapat berubah ke jalan kebaikan.

Kita berkawin kerana 4 Perkara
     1. Kerana Rupa
     2. Kerana Kekayaan
     3. Kerana keturunan
     4. Kerana Agamanya
Maka Nabi s.a.w. menyarankan kita agar memilih yang beragama. Orang yang beragama dapat memimpin kita utk kesejahteraan di dunia dan akhirat.

 Ada 7 golongan yang mengamalkan agama
1.       Mengamal agama dgn keadaan jahil. Amat bahaya kerana ditakuti terikut-ikut dgn ajaran sesat. Jgn sama sekali belajar agama dari buku atau internet (secara bersendirian), belajar hendaklah berguru atau di TV. Kalau di TV/radio maka akan ada pemerhati sesebuah rancangan itu yang mana terdiri drp para ustaz.

2.       Mengamalkan agama dgn nafsu. Yang susah tidak buat dan yang senang sahaja buat. Buat bila rajin, macam solatlah, ada on and off. Pantang travel ke keluar berjalan-jalan maka solat akan ditinggalkan atau dilewat-lewatkan.

 3.       Mengamalkan agama dgn budaya (kebiasaan). Contoh orang yang dilahirkan dari keluarga bertudung tetapi belum pasti agamanya selabuh tudungnya. Lagi satu, orang Melayu tidak makan babi sebab ia dilahirkan tidak makan makanan itu, mungkin kerana geli/jijik dan tidak kerana iman.
Kalau kita pernah ke Bangkok, ramai pelancong muslim berpimpin dgn pelacur tetapi tetap akan makan di kedai yang halal, malah bersungguh-sungguh mencari kedai HALAL.


Hari ini hanya sampai number 3 sebab ramai peminat yang call bertanya soalan. Maklumlah IKIM menjadi Top 10 radio di Malaysia. Alhamdulilah. Banyak ILMU dapat dipelajari di IKIM, jika kita terlalu sibuk utk ke majlis ilmu maka dengarlah IKIM. InsyaAllah dalam seminggu dapat terkumpul masa 1 jam utk ilmu-ilmu Allah.

Khamis, 10 Mei 2012

Facebook yang sebenar


Anjing dan kucing lagikan bersatu. Kita ni bangsa Melayu berbaka Islam ada ke? Ada? Ada? Ada?


Hobi orang melayu yang berbaka Islam


Oleh Keris Silau

Apa hobi orang Melayu
Suka tengok cerita hantu
Suka dengar kisah penunggu
Susah sangat nak baca buku
Suka benar dengar lagu
Suka tengok tv setiap waktu
Suka lihat artis lama dan baru

 Apakah hobi orang Melayu
Suka pergi pasar minggu
Suka lepak lihat makwe lalu
Lepak buang masa tak jemu-jemu
Suka hisap dadah dan candu
Jadi sewel dan kepala tak menentu

Apakah hobi orang Melayu
Kalau ada pesta ramai berpusu-pusu
Hiburan memang sinonim dengan Melayu
Suka sambut Merdeka dan Tahun Baru
Terkinja-kinja macam artis kutu
Lupa daratan dan ikutkan nafsu
Tak menikah dah pun jadi ibu

Apakah hobi orang Melayu
Suka buka aib tak tau malu
Sebab ada agenda tertentu
Tengok sapa nak jatuh dulu
Tayang cerita porno dan blu
Tak salah kata menteri Melayu
Sebab pelakun bukannya aku
Fitnah-memfitnah dari dulu
Selain tu suka mengampu
Memang lah muka tak tau malu
Rasuah depan mata mesti sapu
Lepas tu derma anak yatim-piatu
Orang nak pergi haji pun dia bantu
Baru orang kata pemurah selalu

Apakah hobi orang Melayu
Adakah mereka suka cari ilmu
"Malas lah" dibibir selalu
Berbudaya lemah dan lesu
Asyik tidur dan masuk beradu
Adakah kerana makanan tertentu
Adakah kerana belacan atau budu
Mungkin kurang zat dan madu
Walaupun ramai dah mula bermadu
Saya maksudkan ayam dan jambu madu

Apakah hobi orang Melayu
Kalau begini macam mana nak maju
Asyik malas dan lesu
Asyik tengok drama tiap2 minggu
Kisah cinta kisah lagha kisah hantu
Akademi Fantasia dan Juara Lagu
Kuliah agama tak berapa laku
Habis macam mana nak maju
Salahkan siapa ibubapa atau cikgu
Nak kata Melayu kurang guru
Tak juga malah ramai prof di U
Ya bila kita fikir memang buntu
Apa yang kita kena ubah dulu
Kita mesti menguasai ilmu
Di manakah sumber ilmu
AlQuran dan sunnah sudah tentu
Bukan baca nak halau hantu
Bukan baca nak bagi kedai laku
Bukan baca untuk berlagu-lagu
Baca faham makna dan mesej tertentu


Wallahualam,

Rabu, 9 Mei 2012

4 Perkara Menjernihkan Hati


Kata Syeikh Abd Qadir Al-Jailani:

  1.  Menjaga makanan (Mengawal dan menjaga makanan agar tidak terlibat dengan perkara haram).
  2.  Sentiasa beribadat.
  3.  Menjaga kehormatan.
  4.  Meninggalkan semua yang menghalang kita daripada beribadat kepada allah SWT.

Isnin, 7 Mei 2012

Keretaku nak bermanja

Assalamualaikum wbt. Bismillah

Apa khabar kawan-kawan. Hujung minggu kalian ke mana? Pagi semalam, selepas bersarapan mengenyangkan perut, tok ketua ajak aku berjalan-jalan. Aku ikut sahaja, lagipun dah lama kami tak jalan-jalan pada hujung minggu.

Memandangkan tok ketua yang memandu, aku sekadar melayan radio. Semua radio aku dengar, kejap radio IKIM, kejap Era, kejap Sinar, kejap Suria, kejap Nasional.fm, kejap hot.fm, kejap THR, semua aku main tibai je dengar, sebab kalau lagu tu tak sesuai dengan halwa telinga aku atau lagu tu terlampau ayat power di gegendang telinga aku yang aku rasa tak masuk akal atau tal logik, maka aku akan segera tukar siaran. 

Aku baru perasan, setelah lama aku tak dengar radio hiburan ni, aku rasa lagu-lagu baru yang wujud ni kebanyakan tak kena dengan selera telinga aku. Adalah sebilangan lagu je kot yang aku suka, yang lain aku rasa sakit telinga aku mendengarnya. Entahlah, mungkin perubahan hormon kot, menyebabkan aku lebih santai dan selesa dengar lagu lama-lama, awal 70an-90an. Nampak sangat selera aku selera tua kan. Mmmm, nak buat macam mana, aku dah jadi orang tua sekarang ni. Hehehehe

Tok Ketua dah malas nak layan aku asyik tukar-tukar siaran radio. Kadang-kadang aku cakap sorang-sorang seperti "Abang, lagu ni masa saya darjah 5, hahahaha, saya ingat lagi", dengan penuh excited aku bagitau Tok Ketua. Tok ketua macam biasalah, guna ayat nak mengena, "Eeeee, sayang dah tualah ni". Cissss. Hehehehee. Macamlah dia muda lagi. Ahaksssss

Tiba-tiba, lampu amaran kereta aku menyala. Aku pandang Tok Ketua, Tok Ketua dengan pantas memberi signal ke kiri dan parking di bahu jalan. Huwaaaa, kereta aku breakdown. Overheat. Puncanya? Aku pun tak tahu. Aku tengok Tok Ketua sibuk check keadaan kereta aku. Aku mula rasa sakit perut secara tiba-tiba kesan makan cili jeruk bersama char keoy tew malam semalam.

Cuaca di luar panas menggila. Aku mula rasa pening. Bila pening mulalah aku nak termuntah. Kemudian, Tok Ketua cakap motor kipas tak berfungsi. Aku dah tak peduli pasal kerosakan kereta. Yang pasti aku tiba-tiba diserang cirit-birit. Mujur parking di kawasan Esso. Aku menggunakan secara maksimum tandas di situ sambil menunggu Tok Ketua membaiki kereta. 

Habis masalah cirit-birit, aku rasa nak termuntah pula. Aku menahan muntah sebab aku dah malas nak ulang-alik ke toilet Esso. Tapi aku dah berdaya menahan muntah, sudahnya, aku berkampung sekejap dalam tandas Esso. Sehingga masalah kereta selesai, aku dah lembik asyik dok buat tawaf ke toilet je. 

Tok Ketua cakap kena pergi workshop kawannya jugak sekarang. Sebab condition kereta aku tak sepenuhnya stabil sebab dia hanya guna by pass. Aku tak faham apa kejadah konsep by pass digunakan pada kereta aku, kalau aku tanya aku rasa aku tak faham, maka aku diamkan sahaja.

Rupanya Tok Ketua tak ada sebarang peralatan nak membaiki kereta aku, selalunya dia memang standby tool box masuk dalam kereta aku. Tapi, aku bersyukur, sebab suami aku walaupun bukan mekanik, tapi dia dah pandai repair kereta setelah hampir 2 tahun lebih dia belajar membaiki kereta di workshop kawannya itu. Mujur lagi aku bernasib baik, kereta aku overheat di saat Tok Ketua ada di sisi,buatnya aku seorang diri, mahunya aku cuak dan menggelabah jugak.

Aku terfikir selama ni aku travel seorang diri tengah malam bawak ke pagi, pergi trip dan balik daripada trip mendaki, bagaimanakah agaknya sekiranya kereta aku breakdown ye? Adoiii la, tak terfikir pulak aku, mujur Allah selamatkan aku. Kalaulah berlaku, tak dapat aku bayangkanlah. Haaa tulah berani sangat travel tengah malam seorang diri. Ni cerita zaman aku bujanglah ni.

Dengan bantuan kaki-kaki 4wd Tok Ketua dapat cari kedai yang buka di hari Ahad. Jarang ada kedai kereta / workshop buka di hari Ahad ni. Bergegas Tok Ketua membeli motor kipas dan terus menuju ke workshop kawannya di Subang untuk meneruskan kerja membaiki kereta aku. 

Bermulalah sesi membaiki kereta aku yang dilakukan oleh Tok Ketua sendiri. Aku sangat gembira kerana suami aku ni dah banyak jasa pada kereta aku. Sangatlah save kos. Kalau hantar kedai, tak tahulah upahnya berapa. Hobi Tok Ketua ni sangatlah aku sokong, kerana ianya sangat bermanfaat pada aku dan persekitaran.

Daripada Zohor sehinggalah hujung Asar kereta aku selamat dibaiki oleh Tok Ketua. Workshop mula dipenuhi oleh kawan-kawan kami. Masing-masing datang nak repair kereta masing-masing kerana meraka baru saja keluar daripada hutan, trip offroad. Ni untungnya, bila tahu repair kereta sendiri. Sangat menjimatkan kos. 

Aku rasa kelakar pun ada, apa taknya, suami aku, dan kawan-kawannya tu langsung tiada background mekanik, masing-masing kerja ofis, ada yang kerja company GLC, ada yang jadi doktor, bisnesman, tapi semuanya tahu repair kereta sendiri hasil kerja keras mereka belajar daripada owner workshop di situ. Paling kelakar, doktor tulah, siap pakai baju doktor post mortem color biru, tapi dalam poket baju penuh dengan spanar dan screw driver dll, hahaha, aku memang rasa kelakar yang amat.

Aku pun sejak terjebak dengan mereka, tahulah sedikit sebanyak pasal kereta ni. Dulu aku sangatlah jahil pasal kereta, nak bukak bonet depan kereta pun tak tahu, tapi sekarang dah tahu, tu pun puas kena kutuk dengan kawan-kawan suami aku, apa taknya, suami aku minat membaiki kereta, tahu pasal maintenance kereta, tapi isterinya nak bukak bonet depan pun tak tahu, hahahaa

Sekarang ni, aku tidaklah berada di takuk jahil sangat, adalah jugak benda yang aku tahu. Kalau gasket ka, air filter ka, macam mana nak bukak bateri kereta ka, dll tu tahulah serba sedikit. Tak adalah aku nganga je semasa diaorang berborak pasal kereta. 

Kerana minat Tok Ketua punya pasal, aku pun kenalah ambil tahu pasal dunia kereta dan penyelenggaraannya. Pernah aku buka dan baca kitab mengenai penyelenggaraan 4wd. Peningnya kepala aku. Tapi tak pe, sekurang-kurangnya aku membaca perkara yang berfaedah untuk kepentingan aku sendiri jugak.

Begitulah ceritanya. cerita ni tak best pun. Apa yang aku nak simpulkan daripada cerita ni, aku dah tak berani lagi nak travel seorang diri tengah malam sebab kereta aku bukannya makin muda, tapi makin tua, bila makin tua, bila-bila masa sahaja kereta aku akan meragam. Tanpa Tok Ketua di sisi, mahunya aku menggelabah.

Kedua, kerana minat dan hobi Tok Ketualah, aku tak pernah lagi servis kereta aku di pusat servis dah lebih 2 tahun, sebab Tok Ketua sendiri dah serviskan untuk aku. Sebarang kerosakan kereta aku pun dia baiki dengan kudratnya sendiri. Macam timing belt, disc break dan segalanya telah menggunakan jasa Tok ketua. Dan sebagai isteri, aku rasa sangat bersyukur dengan hobi suami sendiri yang mampu memberi manfaat pada kami sekeluarga. Itu belum masuk keretanya dan kereta kawan-kawannya yang sama-sama join trip off road.

Ketiga, bak kata seorang kawan, kalau sayangkan suami, ambil tahu minatnya. Jangan jadi kera sumbang, Insyaallah suami akan rasa lebih dihargai apabila kita sama-sama ambil tahu perkembangan minatnya. Maka di sini, aku kenalah bekerja lebih keras untuk ambil tahu dunia penyelenggaraan kereta. Supaya aku tak terasa jahil apabila memasuki dunia mereka.

Keempat, kos dapat dijimatkan bawah rm100. Kawan aku 2 minggu lepas, sama situasi keretanya breakdown seperti aku, duitnya terbang lebih rm600. Nampak tak? Betapa berbaloinya pengorbanan suami  aku bersusah payah belajar repair kereta selama lebih 2 tahun daripada kawan-kawannya di workshop itu. 



Khamis, 3 Mei 2012

LAWAK PTPTN


4 TANDA MEMILIKI IMAN


HUKAMAK TELAH BERKATA :

Sesungguhnya tanda-tanda iman itu empat perkara:

  1.  TAQWA   – Taat serta ikhlas dalam melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi segala perbuatan maksiat.
  2.  MALU       – Malu kepada Allah SWT untuk melakukan maksiat.
  3.  SYUKUR  – Sentiasa berterima kasih atas nikmat yang telah diterima.
  4.  SABAR     – Tidak mengeluh jika ditimpa bencana atau ujian yang datang dari SWT.

Rabu, 2 Mei 2012

Tentang hujan dan sewaktu dengannya

Assalamualaikum wbt

Bismillah

Sejak tengahari tadi hujan dah mula turun dengan lebat. Aku suka sangat. Dah 2-3 hari aku berpeluh-peluh panas ketika tidur, maklumlah rumah aku tak ada pendingin hawa. Mengharapkan kipas siling semata. Oh ya, aku baru tahu rupanya air - cond kalau translate menjadi pendingin hawa, bukan penghawa dingin tau kawan-kawan, maka sesiapa yang dah guna pakai penghawa dingin tu salah daripada penggunaan istilah. Tak percaya sudah, aku ni bukannya cikgu BM atau DBP. Apa-apa sila rujuk pada pihak yang berkenaan ya. Aku pun baru tahu 2-3 tahun lepas. Dan aku rasa tak ramai yang tahu pasal istilah yang satu ini. Betul tak?

Tok ketua nak beli pendingin hawa buat aku, tapi aku tak nak, atas 2 sebab yang kukuh, pertama aku ni dahlah  ada sakit asma, kang tak pasal kena masuk hospital pula kang di saat aku sedang mengandung 5 bulan ni. Kedua, aku ni ada alahan resdung, kang pagi-pagi aku pasti bersin jika suhu persekitaran aku terlalu sejuk. Mak mertua aku dah perasan, setiap kali aku balik kampung suami, aku pasti selsema dan demam, puncanya suhu kat kampung sangatlah sejuk, biasalahkan kampung, dikelilingi hutan dan pokok, nak mandi time Subuh tu menggigil tau, mandi jam 10 pagi pun masih sejuk. Kat KL ni time hujan pun kadang-kadang aku masih rasa panas, maklumlah hutan batu. Kalau kat kampung, alangkah nikmatnya semasa hujan. Grrrrr sejuk bangat.

Bila melibatkan asma dan resdung, aku kena pastikan suhu sekitar tidak terlalu sejuk atau panas. Kang penyakit mudah datang menyerang. Ada yang tanya aku, habis tu selama ni kau aktif masuk hutan tu, tak kena serang dek asma ke? Macam gunung kinabalu tu kan ke waktu malam suhunya di paras 0?

Selama ni, kalau nak tahu, kalau aku masuk hutan, dalam haversack aku, pasti dah tersedia dengan 1st aid sendiri, walhal aku tahu organiser akan sediakan, sebab aku ni kaki penyakit, kenalah sedar diri supaya tak menyusahkan diri dan orang lain, dan pada masa yang sama bersedia menghadapi kemungkinan. Antara ubat yang akan aku bawak ialah ubat batuk, demam dan selsema, ni adalah stok ubat yang sangat wajib selain ubat sampingan. Petua aku, untuk elakkan asma, elakkan batuk terlebih dahulu, daripada batuknya boleh drag sehingga ke asma apatah bila nafas dah berbunyi-bunyi kan. Maka, untuk elak batuk, kenalah elak persekitaran yang berhabuk, suhu yang sejuk, jangan minum ais dan sewaktu denganya. Kalau nak sapu sampah, aku akan tutup hidung aku ala-ala Taliban, hahahaha.

Masa aku mendaki gunung berapi kat Indonesia, lagilahkan, kat sana berhabuk dengan sulfurnya dengan pasirnya dan segala material yang menyebabkan penyakit mudah bertandang, maka ubat tadi adalah sangat membantu. Segalanya atas izin Allah juga. Yang bestnya, semasa mendaki aku sihat walafiat, kawan-kawan aku yang selsema, batuk dan demam, tapi tiba je kat KL suara aku hilang 2 minggu. Hahahaha.

Dah habis cerita pasal hujan, suhu dan sewaktu dengannya. Aku dapat info Kajang dah banjir. Sejauh mana statusnya aku tak tahu. Aku harap ianya tidaklah seteruk yang aku tonton dalam youtube tu.