~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 26 Jun 2014

Beli online tapi tak bayar????

Assalamualaikum kawan-kawan tersayang.

Bahang bulan ramadhan dah terasa. pasti ramai dah buat persiapan untuk menyambutnya, seperti dah siap shopping baju raya, especially baju raya anak-anak, order kuih raya / biskut raya, dan macam-macam lagi la. mungkin ada juga yang dah apply cuti siap-siap untuk hari raya nanti kan.

Aku pulak tahun ni tah kenapa teringin nak beli baju melayu untuk tok ketua. nak buat sendiri tak reti-reti. haaaa kan dah rugi tak belajo menjahit.

aku pun survey la harga baju melayu di pasaran FB. survey punya survey aku pun tak tahu tahun ni nak pakai tema apa. tahun pertama kahwin recycle je baju kawin, tahun kedua kawin color hitam, tahun lepas color coklet, tahun ni nak pakai color apa ek?

tiba-tiba dalam banyak yang aku survey, nampaklah color maroon. cantiklah pulak. aku pun kebetulan ada jubah color maroon yang masih belum dipakai, aku tempah jubah tu ketika pregnantkan marsya. aku tak pakai-pakai sampai sekarang sebab aku lupa nak pakai. haaaa nampak sangat banyak benor baju aku. banyak ke? hahahaha

so, aku pun orderlah baju tu melalui whatssapp. mamat tokey baju melayu tu namanya Mie. kenapa aku mention namanya di sini?

sebabnya aku rasa aku dah jarang jumpa spesis macam dia kat malaysia ni. spesis macam dia ni macam dah pupus aku rasa, apa taknya, aku baru confirm nak beli, dia minta address, aku bagi jelah address ofis tok ketua. surprise untuk tok ketua.

aku minta dia account number cimb, sebab dalam maybank aku takde duit. dia kata dia ada account maybank je. aku kata bagilah sapa-sapa punya account cimb, wife ke, anak ke, mak ke, ayah ke, hahahaha, sebab aku malas nak transfer duit cimb ke maybank, akan ambik masa at least 24 jam baru duit dalam maybank tu ada.

dia kata dia takde jugak account cimb, pastu dia kata takpelah lepas 24 jam transfer la.

pastu tadi aku dapat mesej dalam whatssapp, dia dah pos laju dah baju melayu tu, siap ada tracking no dan keratan gambo address yang di tulisnya. aku cakap aku belum transfer lagi lah duit.

dia kata takpalah, pelan-pelan, bila-bila sempat bank in lah.

tu diaaaaaaaaa

aku cakap kat dia, aduiiii jangan dok buat macam nilah encik, kenapa encik percaya sama saya? buatnya saya tak transfer macam mana?

dia kata takkanlah awak nak tipu saya?

aku jawab, sy mungkin tak tipu awak, tapi orang lain macam mana? tolonglah jangan dok buat macam ni lagi. tolonglah, dalam bisnes jangan percayakan orang.

dia jawab, betul-betul.

aduiiii, sabo jelah, kalaulah aku tak transfer macam mana? memanglah baju melayu tu bukannya mahal pun, bawah rm100, tapi duit jugakkan. pada aku rm100 besar nilainya, boleh beli susu rania untuk stok sebulan.

termenung aku sekejap dengan mamat ni. aku doakan moga dia takkan pernah kena tipu dengan customer, moga bisnesnya maju jaya dan diberkati, moga anak-anak dia menjadi anak soleh dan solehah yang mampu bawak dia dan isteri ke syurga tanpa hisab.

dalam termenung, aku cepat-cepat transfer duit kat akaun dia.


p/s : kalian pernah hadapi macam ni tak?

Rabu, 25 Jun 2014

suka ikan pekasam tak?

Assalamualaikum wbt kawan-kawan tersayang

korang suka tak ikan pekasam?

aku memang suka ikan pekasam. dulu aku selalu order dengan kawan ofis, kiranya di sini takdelah terputus stok ikan pekasam.

tapi sejak resign ni totally aku dah tak tahu nak cari kat mana.

penyudahnya aku teringat kawan sekampung, aku tanya dia boleh tak carikan aku ikan pekasam. post la kat aku kat kl ni, aku bayolah.

sudahnya dia kata jiran mak dia memang buat ikan pekasam. ikan pekasam dia memang sedap kata mak kawan aku nila. tak sempat nak bincang dia nak pos kat aku 2 kilo. mak aihhhh banyaknya 2 kilo. katanya setakat sikit-sikit makcik tu tak jual.

apa aku nak buat dengan 2 kilo tu, aku dengan tok ketua je makan, sabo jelah.

apa aku nak buat? nak jual ada ke siapa nak beli? hahahaha. aku rasa tak semua orang makan ikan pekasam ni. orang utara macam aku je kot hantu ikan pekasam.



Isnin, 23 Jun 2014

tak pernah beli

assalamualaikum berbicara dgn seorang jiran tentang anak masing-masing jiran cakap habis patah liptisk dia anak dia main. tiba-tiba aku terfikir aku tak pernah beli liptisk sepanjang hayat aku. baru aku perasan. hahahaha pastu terfikir lagi, aku tak pernah beli majalah, tak pernah beli kaset, kenapa tak pernah beli, entahlah

Isnin, 16 Jun 2014

Divorce

Assalamualaikum wbt kawan-kawan tersayang Semasa aku mengandungkan Marsya, kalau tak ada sebab atau keperluan, aku jarang turun kw bawah rumah. Tidak seperti jiran-jiran aku yang suka bawak anak melepak di bawah bermain di playground. Bukanlah aku ni anti sosial, pertama sekali, aku sampai rumah dah dekat magrib, aku sibuk nak memasak makan malam lagi, kedua, aku tak de sebab nak stay kat playground tu sebab tok ketua dah ada menemani Rania. Ketiga, aku agak segan nak melepak sebab aku tak kenal jiran tetangga. Ke empat, aku memang malaslah nak melepak sebab nak kena pakai pakaian yang proper, pakai tudung, stoking dll, menyebabkan hanya tok ketua yang setia menemani Rania bermain buai, gelongsor dll. Maka, setiap hari setiap minggu dan setiap bulan keadaan itu berlaku sehinggalah aku sarat mengandung, sehinggalah aku melahirkan Marsya, aku dapat tahu daripada seorang bahawasanya selama ni mereka sangka aku dan tok ketua divorce. Puncanya mereka hanya kenal Rania dan Tok Ketua, mereka tak pernah kenal siapa ibu Rania. Aku nak ketawa pun ye, nak marah pun ye, aku ni tak campur hal2 jiran, kenapa mereka sibuk2? Aku tak kenal mereka, kenapa cipta spekulasi? tapi nak tergelak pun ye, begini rupanya mentaliti jiran2 aku. hahahaha. tak kisahlah, mungkin salah aku tak bergaul dengan mereka, maka aku dijadikan bahan bualan. hahahaha. lawak tak. Aku cerita kat seorang kawan perihal hal ini, kawan aku kata dashatnya jiran ko. hahahaha. Aku tak kisahlah, siapalah aku nak membendung semua ni. Aku maafkan aje mereka. Yelah mereka asyik nampak Rania je dengan Tok Ketua, Rania kan anak bapak, semua nak dengan bapak, so biarlah mereka berdua. hahahaha

Jumaat, 13 Jun 2014

kembali bersiaran bersama cerita sensasilah konon

Assalamualaikum wbt berdebar pulak nak tulis entry terbaru lama sangat dah aku rindu nak tulis, banyak sangat dah cerita aku nak luah, sehinggakan aku tak tahu nak mulakan yang mana satu. tamaknya aku. Kini, aku sudah bergelar ibu, untuk dua orang puteri. cepatnya masa berlalu. cepat dan express tak? hahaha, aku kan dah tua, kenalah pulun beranak, boleh gitu? ada kawan yang cakap aku gelojoh, biarlah, sakit beranak aku yang tanggung, bukan dia. ada kawan yang cakap sian anak sulung nanti tak cukup kasih sayang, aku rasa tak kot, sama sahaja layanannya malah anak aku yang sulung excited bila dia ada adik, dia boleh ragging gitu, ajak main bola, ajak main teddy bear, ajak berlari walhal adiknya baru boleh bergolek-golek semata. sudahnya adik dia bergolek je, ditariknya kaki tangan ajak main dalam paksa. boleh gitu? jenuh aku explain. actually biarlah apa orang nak kata, aku dah pun ada 2 anak dalam masa 2 tahun, anak yang sulung setahun 3 bulan dia dah dapat adik. kini anak sulung 1 tahun 8 bulan anak yang kedua 5 bulan lebih. anak no 2 ni lahir ngam2 hari krismas last year, nak jugak tu keluar hari krismas, walhal due date 28.12.13. bagus jugak, bagi yang jenis payah nak ingat number macam aku, senanglah aku nak ingat sebab satu malaysia cuti hari tersebut yakni hari krismas, besday si kakaknya sahaja aku kena hafal, 4.9.12. jenuh aku menghafal date, tapi sebab dia bulan syawal so taklah susah mana aku nak hafal. walaupun anak kedua aku baru boleh bergolek, baru 5 bulan, aku rindu nak pregnant lagi. walhal sakitnya bersalin hanya Allah yang tahu. tahu tak kenapa? bila pregnant aku rasa aku menjadi muslimah sejati(perasan sangat), sebabnya ketika pregnant aku mampu melebihkan amal ibadah, sebagai contoh, kalau tak pregnant aku hanya mampu khatam quran sekali, masa pregnant pulak at least 2 kali aku mampu khatam. itu antara contohnya la. pelik kan. bukan pelik, cuma iman aku je tipis melampau. patutnya boleh istiqamah tapi bila pregnant mampu je istiqamah, bila tak pregnant tak mampu. sengalnya!!! mungkin sebab pregnant maka aku terdorong buat amalan lebih sebab aku lebih ingat mati. aku takut aku mati ketika bersalin macam arwah ibu aku. aku takut sangat. puasa pun begitu, aku mampu puasa sunat secara konsisten semasa mengandung tapi kalau tak mengandung malas pulak aku nak berpuasa sunat, aku sendiri tak paham kenapa aku tak boleh buat gitu ketika tak mengandung. iman aku masih lemah. aku kena ubah. bila bergelar ibu, segalanya berubah especially melibatkan rutin. kalau dulu tidur malamku tak de sapa ganggu, boleh je nak sambung tidur lepas subuh, sekarang dah hampir 2 tahun aku tak cukup tidur. penat? tak usahlah cakap, tapi nikmat seronok tu lebih daripada segalanya. aku pun dah lama tak de privasi untuk diri sendiri. apa-apa pun anak-anak diutamakan. kadang rasa nak marah, give up bila penat, tapi aku cepat-cepat istighfar bila kawan aku selalu pesan, orang lain nak anak, ko pun nak anak, bila ada anak tak bersyukur, maka aku anggap semua itu ujian apatah lagi bila anak aku yang sulung sangat-sangat lasak. semua orang cakap anak aku lasak, jiran tetangga, paling kerap cakap anak aku lasak adalah pengasuh anak aku. Pengasuh cakap selama dia jaga anak orang, anak aku paling lasak ketika ini, carta teratas padahal pompuan. Ramai lagi anak orang lain yang dia jaga termasuk anak lelaki, tapi anak akulah yang palinggg lasak. Aku nak tersengih pun ye, nak nangis pun ye, aku tak tahu nak cakap seronok atau sedih, sebab aku akuinya. sebab tu sejak ada anak, aku dah kurang keluar jalan, nak makan kat kedai pun tak sanggup, anak aku tak reti duduk diam dalam kerusinya nak pegi jalan rumah sedara, pegi sekejap rasa, sekadar ziarah supaya diaorang tak cakap aku lupa sedara. malulah bila kang perabot rumah mereka bersepah atau rosak. maklumlah sedara aku mana ada anak kecik, so susunan perabot tu dah lain. rumah yang ada anak kecik ni kita boleh tahu susun atur perabotnya sangat berbeza, sila setuju dengan statement aku nak pergi jalan rumah kawan lagilah segan, pegi sekadar memenuhi undangan, dah habis hajat maka segera pulang. aku pun tak faham kenapa anak sulung aku langsung tak reti duduk diam walau satu saat. aku jeles giler bila tengok anak orang lain kat kedai makan suci dan sopan je, boleh duduk diam, alangkah bestnya kalau anak aku gitu, maka aku rela makan di rumah daripada pegi kedai. tak semua orang paham situasi anak aku, mesti diaorang cakap ibu bapak tak ajar anak. walhal anak sulung aku tu selalu kena cubit perut tahu tak? jahat tak aku? aku pun pelik dengan anak sendiri aku macam singa, dengan anak buah aku tak sanggup pulak nak marah. maka anak buah semua rapat dengan aku, rahsia mereka dalam genggaman aku, mereka siap cakap jangan bagitau ibu ayah mereka. hahahaha mungkin sebab kegarangan aku, maka anak sulung aku apa-apa refer bapaknya. hahaha. lagipun tok ketua sangatlah suka melayan anaknya. melayan sungguh2. oh ya ada cerita disebalik semua ini. nanti kita sambung ya. aku ada keje sikit.
Assalamualaikum aduiii payahnya nak bersiaran, banyaknya benda aku ketinggalan mmmmm nak buat macam mana, macam-macam masalah teknikal, ni pun baru dapat bernafas kali ni aku harap dapat bersiaran secara kekal sehingga hujung nyawa. rindu sangat nak meluahkan rasa dalam blog ini sebab blog ini nota peribadi, aku sendiri yang tulis, aku sendiri yang baca banyak kali, hahahaha aku tak sabar nak update tentang diri, tentang anak-anak. wahhhh seronoknya ada anak. tunggu ye entry terbaru