~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 2 September 2010

Bila last baca Al - Quran?

23 ramadan. Honestly sehingga saat ini, aku belum pun membaca Al - Quran walau satu surah di rumah. Aku belum pun mulakan lagi. Aku hanya mampu membaca surah Yasin beberapa kali. Lainnya, aku sekadar memperdengarkan bacaan Al - Quran online di ofis aku. Amalan ini aku pratikkan sudah beberapa bulan, sebelum ramadan menjelang lagi. Tujuannya hanya nak mendekatkan diri pada Allah. Tujuaannya aku nak menjaga telinga aku daripada sebarang pendengaran yang sia-sia. Sambil-sambil aku mentelaah tafsiran ayat-ayat Al - Quran tersebut. Percaya atau tidak, aku berjaya hilangkan mengantuk apabila membaca tafsir Al -Quran apatah lagi bila aku gerun membaca tafsir tentang api neraka dan hari kiamat, buatkan hati aku menjadi sangat takut dan gementar.

Di rumah, amat berlainan. Nak baca Al - Quran pun payah, ada hati nak masuk syurga. Angan-angan tinggi melangit. Nak buat solat sunat pun jarang, solat terawih pun hanya mampu 8 rakaat, masih ada hati nak masuk syurga. Hahaha. Aku ketawakan diri sendiri. Solat tahajud? Jeng jeng jeng, berapa kali je aku buat? Tak payahlah nak bangga kalau sebulan hanya sekali. Engkau tu banyak dosa. Oh tidak, inilah jadinya bila aku bermonolog sendirian mencongak dosa pahala aku. Tertunduk merintih keseorangan dalam kesepian. Di rumah, untuk mendekatkan diri pada Allah, aku kerap tonton channel 106 di astro ada menyiarkan Indahnya Iman, maka, aku bersama-sama mengikuti bersama bacaan-bacaan selawat, zikir, asma ul husna dan lain-lain di tv. Itu saja yang mampu aku buat.

Aku termenung tiba-tiba. Berfikir. Aku boleh pula setiap hari membaca suratkhabar. Rasa kehilangan kalau sehari tak mengadap suratkhabar. Konon tak mengetahui tentang isu semasa. Tapi, kenapa aku rasa berat nak baca Al - Quran walaupun sekadar seminggu sekali. Tak perlu pun beli Al - Quran hari-hari. Kenapa aku langsung tak rasa kehilangan, atau rasa tak lengkap sekiranya satu hari termiss baca Al - Quran? Tv hari-hari aku tengok, apatah lagi melibatkan cerita favourite, sanggup bersengkang mata. Boleh pulak pergi tengok wayang layan midnite sebab nak layan favourite movie. Tapi nak spend sejam atau setengah jam pun tak mampu baca Al - Quran.

Perubahan yang drastik diperlukan. Aku mampu mengubahnya. Ya Allah, bantulah aku yang lemah ini untuk sentiasa suburkan rasa cintaku PadaMu Ya Allah. Tetapkanlah taufik dan hidayah yang berterusan kepadaku. Aku nak mati dalam iman Ya Allah. Permudahkanlah urusan dunia dan akhirat ku Ya Allah.

Surah Al - Baqarah [ayat 82]

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.
 
Surah Al - Bqarah [ayat 103]

Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.

Surah Al - Imran [ayat 41]
dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi".


Surah Al - Imran [ayat 8]

(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.