~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 15 April 2019

Perlu drastik

aku hampir terlupa mengenai kewujudan blog aku sendiri disebabkan kesibukan aku menguruskan 4 orang anak.
Baru 4. Itu mungkin alasan kukuh yang mampu ku berikan setakat ini

Aku harap dengan kehadiran aku semula ke blog ni banyak info aku dapat kongsikan di sini

Ketika ini aku banyak merenung tentang nasib diri

Aku lihat aku tak banyak lakukan perubahan drastik seperti kebanyakan kawan dan lawan.

Menjadikan aku malu nak bercerita nak berkongsi kerana tiada yang lebihnya aku

Tapi atas faktor aku nak buat sesuatu maka aku tak boleh selesa lagi dengan situasi semasa

Lagipun tahunini umur aku dah mencecah 40 tahun

Aku perlukan perubahan drastik

Aku tak nak tua tanpa ilmu

Aku nak tua dengan ilmu agama penuh di dada

Tu misi aku

Matlamat aku

Moga aku berjaya


Rabu, 10 Februari 2016

menapak naik tingkat 12

assalamualaikum

menghitung hari, detik demi detik

dalam keadaan yang dah sarat ni, segalanya serba tak kena, duduk salah, baring salah, mengiring salah, berdiri salah, semuanya salah, semuanya tak kena

sekarang adalah fasa tak selesa dengan badan sendiri, tak larat nak bawak dah perut, mungkin inilah faktor umur kot, bila mengandung di usia tua macam aku ni

bila malam dah sukar nak lena, dengan si Marsya yang kerap buat perangai, membuatkan aku lagilah susah nak tidur malam

Mujur ofis dekat, kalau tidak mahunya aku MC sokmo

walaubagaimapun, aku tetap tekad banyakkan berjalan, aku juga berlatih naik tangga ke rumah aku tingkat 12 tanpa menggunakan lift, jangan di tanya berapa kali aku stop ambil nafas mintak nyawa, tapi dengan cara inilah aku rasa aku agak sihat, rasa badan lebih ringan, sebab aku rasa aku ni dah bertan-tan beratnya,

aduhai, Ya Allah permudahkanlah aku bersalin, sihatkanlah aku dan janin aku

aku perlukan doa daripada semua rakan-rakan

Khamis, 14 Januari 2016

Coretan Cuak

Assalamualaikum

dah 3 malam aku tak dapat tidur

Fasa tak boleh tidur dah bermula bila dah masuk minggu ke 32 ni

Rasa cuak datang melanda, sehinggakan aku termimpi-mimpi aku dah bersalin, bila tersedar je aku jadi penat sebab dalam mimpi tu aku beriya meneran

aduhai

ni menandakan rasa cuak dan fobia aku dah berada di tahap maksima kot

Ya Allah permudahkanlah aku bersalin, sihat dan selamatkanlah aku dan baby nanti. Aku tak kisah pada jantina, biarpun pada asalnya doktor memberitahu jantina baby aku adalah perempuan (semasa usia kandungan 4 bulan lebih) dan minggu lepas pula doktor bagitau kemungkinan jantina baby aku adalah lelaki, aku dah tak kisah walaupun hakikatnya mindset aku dah terima jantinya girl sebab aku memang cari nama bayi perempuan, nama bayi lelaki aku memang dah tak cari sebab dah 4 tahun aku simpan dalam purse aku.

Ya, memang semasa kehamilan Rania aku idamkan anak lelaki, juga semasa mengandungkan Marsya, tapi sekarang aku dah tak kisah lelaki atau perempuan, aku cuma nak aku sihat, selamat dan aku dipermudahkan bersalin.

Tak berapa hari lagi dah. 5.3.16 adalah tarikh jangkaan bersalin, biasanya aku bersalin awal daripada tarikh jangkaan, Rania 15 hari awal aku bersalin, dan Marsya 4 hari awal, harapnya aku dapat bersalin awal juga kali ni, jangan jatuh pada tahun lompat sudah, hahahahaha, tapi tak kisahlah, unik sikit kan

hahahahaha


Selasa, 17 November 2015

Fasa membasuh baju

Assalamualaikum kawan-kawan

dah habis musim jerebu, musim tengkujuh, musim banjir, musim tanaj runtuh, musin cuti sekolah pula tiba. Mesti ramai yang mendapat jemputan kenduri kahwin, termasuklah aku.

Tiba-tiba teringat aku berkahwin 4 tahun lepas. Banyak yang dah berubah sejak 4 tahun ni. Fasa demi fasa baru aku lalui. Sebagai contoh simple, dulu masa mula-mula kahwin aku masih boleh basuh kain baju seminggu 2 kali. Bila ada anak sorang aku akan basuh baju 3 hari sekali, tu pun Tok Ketua dah mula asingkan kain baju dia, dia nak basuh sendiri, dia sidai sendiri (dia yang volunteer, walaupun aku berkali-kali cakap aku tak kisah basuh baju dia, sebelum ni dan sekarang pun aku tak pernah gosok kain baju dia, semua dia buat sendiri, untungnya aku di sini, tapi aku tak dapat pahala di situ kan)

Bila dah masuk 2 orang anak, aku akan basuh baju selang sehari, biasalah baju budak, sehari entah berapa kali tukar, agaknya selepas ni kalau nak masuk 3 orang, pasti dah rasanya aku akan basuh baju setiap hari.

Itu baru kira fasa membasuh kain baju, belum cerita bab tanggungjawab lain kan.

Pastinya setiap pasangan ada cerita masing-masing. Macam jiran aku, kain baju husband dia, sememangnya dia tak sempat nak gosok, maka kedai dobi kat bawah pangsapuri aku tempatnya dia hantar kain baju suami dia, katanya mana sempat, nak gosok uniform sekolah anak-anak untuk sesi pagi dan petang lagi, kain baju kerja dia lagi, maka pilihan itulah yang terbaik buat masa ni.

Mungkin kat sini aku beruntung sebab Tok ketua memang ringan tulang, basuh baju sendiri, gosok baju sendiri, bab menjaga anak pun dia sangat rajin. Malah, dia lebih particular part menjaga anak berbanding aku. Aku ni dalam banyak kes, aku masih boleh guna istilah 'asal boleh' tapi tidak pada Tok ketua dalam hal penjagaan anak-anak. Mmmm, takpelah dia rajin kat situ, kat situ kelebihan dia, kekurangan dia kat bahagian lain kan.

Ada suami suka memasak, mengemas rumah, To Ketua rajin vacum je satu rumah, ataupun kemas mainan anak yang bersepah-sepah especially paling rajin ketika aku tengah mengandung ni, sebab kadang-kadang aku terpijak atau tersadung mainan anak-anak, manalah aku nampak, perut dah besar.

Ada suami yang suka mendeco rumah, Tok ketua part tu tak sangat, cuma kitchen cabinet dan wardrobe je dia buat sendiri, walaupun hasilnya tidaklah seperti pakar, tapi dia nak berjasa kat situ, biarlah.

Apapun kekurangan atau kelebihan suami sendiri, kita kena banyak bersyukur, kadang-kadang kita nak sangat suami kita ni macam suami orang lain, hakikatnya Allah dah atur yang terbaik buat kita, bersyukurlah sebelum terlambatkan.


Isnin, 19 Oktober 2015

Kisah Rania dan Marsya

Assalamualaikum kawan-kawan semua

Banyak idea nak tulis dalam blog tapi kesihatan tak mengizinkan, cuaca yang tidak menentu, jerebu yang kembali menyerang membuatkan tahap kesihatan aku pun tak stabil. Sepatutnya kandungan yang dah mencecah 5 bulan ni, aku dah kira cukup stabil daripada menghadapi masalah mabuk dan alahan, malangnya seperti aku cakapkan tadi, pengaruh cuaca menyebabkan tahap kesihatan aku menjadi negatif. semalam seharian aku muntah di dalam rumah, sesi pecah rekod muntah bersepah di dalam rumah sendiri, apa tidaknya aku sakit kepala yang amat sangat, memusing-musing bila bangun, tak sempat ke bilik air, bangun je aku dah muntah, Rania & Marsya sibuk bertanya kenapa ibu muntah. Aku jawablah sakit kepala. Tapi Rania yang jenis suka bertanya, bermacam soalan diutarakannya, seperti kenapa ibu muntah atas lantai? Kenapa ibu muntah? Kenapa ibu sakit? Kenapa ibu sakit kepala? Kenapa ibu tak muntah kat bilik air? Aduhai, Rania ohhh Rania. Mengenangkan dia, aku kadang-kadang boleh senyum sorang-sorang. Mari aku buat kronologi antara soalannya yang kadang-kadang aku tak jangka

Beberapa bulan yang lalu

Kronologi 1

Rania : Ibu, kenapa dalam perut ibu ada baby?
Ibu : Kenapa? Kan bagus nanti kakak ada kawan ramai
Rania : Kakak tak sukalah ibu (ohhh, sungguh telus pengakuan Rania, agaknya dapat adik seperti Marsya, dia dah rasa hidupnya terganggu, apa tidaknya semuanya kena kongsi, especially alat-alat permainan, ini nak dapat adik lagi sorang, agaknya apalah yang difikirkannya)

Bulan lepas

Kronologi 2

Rania : Ibu, nanti baby keluar kot mana?
Ibu : (Terkedu jap nak jawab, tapi tiba-tiba dapat idea, nak kenakan Tok Ketua lalu aku jawab) Entahlah kakak, cuba tanya bapak, baby keluar kat mana, sebab bapak yang tengok nanti
Rania : Bapak ooo bapak, nanti baby keluar kot mana?
Bapak : (Dengan muka serius takde perasaan menjawab) Keluar kot tet tet (maaf ni memang sensor, tapi begitulah Tok Ketua menjawab sebab Rania & Marsya memahami private part tu dengan istilah tet tet, mana tah diaorang dapat gelaran tu, aku pun tak tahu.


Minggu lepas

Kronologi 3

Rania : Ibu, bila baby ni nak keluar?
Ibu : erk, tunggulah ye, bagilah baby beso sikit, nanti dia keluarlah
Rania : Nanti baby keluar, kakak nak bagi baby susu, nak tepuk-tepuk baby, bagi baby tido
Ibu : Baguslah, kakak kan dah beso, kenalah jaga adik
Confuse pulak aku bila soalan begini hampir setiap hari dia tanya pada aku, bila baby nak keluar?
Mungkin dia dah terpengaruh dengan Marsya, sebab marsya setiap hari akan cium perut aku, katanya nak cium baby. Lama kelamaan Rania pun ikut habit si marsya. Untuk pengetahuan kalian, Marsya memang sukakan baby, cuma dia jenis cemburu yang kuat bila mana aku atau Tok Ketua pegang baby(anak orang lain), dia boleh berguling-guling menangis di atas lantai, dia hanya akan berhenti menangis sekiranya dia nampak kami tak pegang lagi atau dukung baby tersebut. Biasanya dia sendiri akan cium baby(anak orang lain) bila dia nampak kelibat baby di mana-mana. Aku pulak yang susah hati sebab bukan semua orang suka baby mereka disentuh diwenangnya.

Inilah perangai Rania yang berumur 3 tahun 1 bulan dan perangai si Marsya yang berumur 1 tahun 11 bulan.

Kadang-kadang sikap dan soalan mereka di luar jangkaan. Kena selalu bersedia dengan jawapan, dan jawapan tersebut hendaklah menetapi tahap pemikiran mereka, kalau jawab di luar tahap pemikiran mereka, mereka akan bertanya semula sehingga mereka benar-benar faham. Kalau tak, jenuh nak menjawab soalan mereka bertalu-talu. Begitulah



Isnin, 14 September 2015

Lokasi impian ku untuk mati


Assalamualaikum

Tragedi kren runtuh di Mekah menyebabkan kita di sini berdukacita, sekalipun yang meninggal itu bukan di kalangan ahli keluarga kita, bukan juga kawan-kawan kita, tapi ianya sangat meruntun jiwa, sedih sangat-sangat. Mereka saudara seagama kitakan.

Setiap kali berita menayangkan kisah menyayat hati itu, aku cuba bercerita kepada Rania & Marsya, menyusun ayat menerangkan kepada mereka mengikut pemahaman perbendaharaan kata mereka. Rania seseolah mengerti maksud kematian @ meninggal @ mati, apabila dia cakap sian kat untie tu kan ibu.

Aku kemudian cakap pada Rania, yang impian aku adalah untuk mati di sana, itu doa aku hampir setiap hari, So, nanti kakak Rania jaga adik elok-elok tau, tu pesanan aku.

Rania tiba-tiba cakap tak naklah ibu, ibu ni kenapa? Muka Rania sangat tak puas hati. aku cakaplah kakak Rania tak sayang ibu, kakak tak nak dengar ibu cakap, kakak selalu gaduh dengan adik, ibu pergi sana, mati kat sana ye

Hahahahahahaha, tapi Rania tetap berkeras dengan jawapan tak nak.

Ya, aku faham, si kakak yang berumur 3 tahun ni masih tak faham soal ajal dan maut. Tapi memang itulah impian aku, meninggal di Mekah semasa menunaikan haji & umrah

Khamis, 10 September 2015

Beg Doraemon

assalamualaikum

sejak ada anak ini, aku tak boleh melaram dengan beg tangan kecik

nak tak nak aku beli yang besar, senang nak sumbat segalanya, terutamanya barang-barang anak, seperti diapers, ubat-ubatan seperti krim, minyak, tuala kecil, baju anak pun aku sumbat sorang sehelai, botol susu pun kadang-kadang aku sumbat sekiranya aku tak bawak beg susu diaorang, kalau botol susu dah sumbat, susu pun aku sumbat jugak, aku pek dalam bekas yang kecil, untuk mudah di bawak. Snek, diaorang pun aku selalu gak sumbat dalam beg, sebab kadang-kadang snek-snek tulah menjadi rasuah apabila diaorang buat perangai di luar rumah, hahahahhahaha

itu belum masuk barang-barang lain, kadang-kadang aku perasan handbag aku macam berat sangat, bila aku check, segala mainan diaorang pun ada dalam beg aku, belum masuk tudung diaorang, entah masa bila diaorang sumbat aku pun tak tahu, dah sampai ofis aku baru perasan.

sebab tu aku cakap beg aku macam beg doraemon, hampir semua barang yang diperlukan ada, hahahahahahah, barang aku sendiri ada 10% je dalam tu, yang lain semua barang diaorang,

pernah kawan-kawan mentertawakan aku, tapi aku anggap mereka tak paham, pada aku, aku malas nak bawak banyak beg, kadang-kadang perjalanan tu bukan jauh pun, nak pergi giant kat depan rumah je, takkan nak usung banyak beg, cukuplah aku bawak hand beg aku saja, hahahahaha, pemalas ke begitu?

heheheheheheh

tak dapat aku bayangkan kawan-kawan sekeliling aku yang mempunyai lebih daripada 5 orang anak, macam mana lah agaknya ye, aku kagum sangat dengan mereka