~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 21 Mei 2012

Luahan seorang bekas isteri - aku copy paste tanpa edit

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa. Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga. Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik. Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita.

6 ulasan:

kakcik berkata...

Sukarnya memuaskan hati orang yang kononnya begitu rapat dengan kita sedangkan di masa yang sama, hati sendiri pun sering kita abaikan. :(

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kakcik : sedihnya baca kata2 akak, entahlah saya tengah emo ni :-)

gadisBunga berkata...

hmmm...suami macam tu tak patut disimpan pun. entahlah, saya belum kawin tapi pendapat saya kalau dah sampai tahap berzina dgn wanita lain, mmg terbaik utk mereka bercerai sahaja.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

GB : mungkin ya, sebab bila hati yg terluka mmg sukar nak sembuh dah wpun kemaafan boleh dilafazkan, tp perbuatan, akan dikenang sehingga mati

~ yus ~ berkata...

Suami yang tak tahu bersyukur dengan kebaikan isterinya. Setuju dengan GB, kalau dah sampai tahap berzina dengan wanita lain, bukan seorang lelaki yg baik untuk di jadikan suami....

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kak yus : itulah kan, sedihnya