Turutan dalam memimpin atau berdakwah
1.
Pimpinlah diri,
2.
Barulah boleh menjadi
pemimpin kpd isteri,
3.
Kemudian kpd ahli
keluarga
4.
Akhirnya MASYARAKAT ATAU NEGARA
Banyak
soalan di padang mahsyar nanti jika kita tidak ada walaupun satu dari yang di
atas.
Orang yang tidak dapat korbankan masanya
selama sejam seminggu untuk ilmu agama, maka jangan harap dirinya akan dapat
berubah ke jalan kebaikan.
Kita berkawin kerana 4 Perkara
1. Kerana
Rupa
2. Kerana
Kekayaan
3. Kerana
keturunan
4. Kerana
Agamanya
Maka Nabi s.a.w. menyarankan kita
agar memilih yang beragama. Orang yang beragama dapat memimpin kita utk
kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Ada 7 golongan yang mengamalkan
agama
1.
Mengamal agama
dgn keadaan jahil. Amat bahaya kerana ditakuti terikut-ikut dgn ajaran sesat.
Jgn sama sekali belajar agama dari buku atau internet (secara bersendirian),
belajar hendaklah berguru atau di TV. Kalau di TV/radio maka akan ada pemerhati
sesebuah rancangan itu yang mana terdiri drp para ustaz.
2.
Mengamalkan
agama dgn nafsu. Yang susah tidak buat dan yang senang sahaja buat. Buat bila
rajin, macam solatlah, ada on and off. Pantang travel ke keluar berjalan-jalan
maka solat akan ditinggalkan atau dilewat-lewatkan.
3.
Mengamalkan
agama dgn budaya (kebiasaan). Contoh orang yang dilahirkan dari keluarga
bertudung tetapi belum pasti agamanya selabuh tudungnya. Lagi satu, orang
Melayu tidak makan babi sebab ia dilahirkan tidak makan makanan itu, mungkin
kerana geli/jijik dan tidak kerana iman.
Kalau
kita pernah ke Bangkok, ramai pelancong muslim berpimpin dgn pelacur tetapi
tetap akan makan di kedai yang halal, malah bersungguh-sungguh mencari kedai
HALAL.
Hari ini hanya sampai number 3 sebab
ramai peminat yang call bertanya soalan. Maklumlah IKIM menjadi Top 10 radio di
Malaysia. Alhamdulilah. Banyak ILMU dapat dipelajari di IKIM, jika kita terlalu
sibuk utk ke majlis ilmu maka dengarlah IKIM. InsyaAllah dalam seminggu dapat
terkumpul masa 1 jam utk ilmu-ilmu Allah.
0 ulasan:
Catat Ulasan