~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 18 Mei 2012

Trip terakhir

Esok dah sabtu. Cepat pulak masa berlalu. Maklumlah bos unit aku mc hampir sebulan akibat kemalangan, tanpa dia, aku kelam kabut. Tu yang rasa masa cepat berlalu tu. Walaubagaimana sibuk pun, aku selalu doa pada Allah moga lapangkan juga masa aku di ofis untuk aku buat ibadah sunat seperti baca al quran. Alhamdulillah, aku dapat curi masa yang sedikit dan manfaatkan.

Esok, 3-4 orang rakan ofis aku akan ke Singapore, sepatutnya trip tersebut aku join, aku siap dah bayar tau, orang pertama bayar lagi tu tau tak, tapi Tok Ketua tak kasi aku ikut. Katanya selama ni dia tak pernah halang aku ke mana saja, tapi bila aku dah mengandung ni, dia tak sedap hati nak lepaskan aku pergi ke luar negara. Huwaaaa, hampir nak bergenang air mata aku dengar keputusan tu. Tapi, aku patuh je, kang tak pasal kena daulat kang kalau engkar pada arahan. Dosa tau.

Semasa kereta aku breakdown tempoh hari, geng-geng workshop bercadang nak masuk hutan besok, trip santai ke Jerangkang. Jerangkang ni sangatlah dekat dengan kampung suami aku. Aku dah hampir nak melompat, suka hatilah, aku niat nak joing diaorang, sekurang-kurangnya hati aku terubat tak dapat masuk Singapore.

Aku pandang Tok Ketua buat muka kesian. Penuh pengharapan. Tok Ketua memutuskan aku tak boleh ikut. Dia akan hantar aku ke kampungnya dan kemudian mereka akan berkonvoi masuk Jerangkang dengan 4wd. Aku terus sebak. Sedih yang maksima.

Aku mengadu pada kawan-kawannya mohon simpati. Dengan kuasa kawan-kawannya yang jauh lebih berumur daripadanya mungkin dia akan pertimbangkan semula. Ada seorang rakannya yang hampir 50-an cakap, aku dulu bawak wife aku masuk hutan, kandungannya masa tu 7 bulan ok je. Tok Ketua masih berkeras tak nak kasi aku masuk, kang terhentak-hentak, perut aku jugak yang sakit. Maklumlah jalan dalam hutan bukan ada tar. Alasan kedua, wife kawannya tu anak yang keberapa, aku ni anak sulung, tak tahu conditionnya macam mana. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Aku mencari-cari idea. Aku cakap lagi, alahhh, adik Tok Ketua yang mengandung 5 bulan elok je masuk Jerangkang last 2 week. Tok Ketua jawab, itu anak kedua. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Aku tak putus asa. Aku jawab lagi, alahhhhh, tu hari kita ke Tawau, Semporna, Mabul, naik bot terhentak-hentak, ok je, lagi sakit, tapi alhamdulillah ok, plasenta pun dah kembali berada di kedudukan normal kan. Tok Ketua diam. Ishhhh, lagilah aku susah hati bila suami aku diam, tak ada kesudahan.

Aku memancing simpati daripada kawan-kawan suami aku lagi. Mereka semua sebulat suara memujuk suami aku supaya izinkan aku bersama mereka berjemaah konvoi masuk Jerangkang. Tapi, Tok Ketua masih berdiam diri.

Aku masih tak putus harap. Aku cakap lagi, alahhh, ni je trip terakhir sebelum bersalin. Esok dah bersalin kena pantang, pastu nak jaga anak kecil, nak kena ambil masa lagi nak masuk hutan semula. Entah bila dapat masuk hutan lagi, dahlah Singapore tak dapat join, dalam sebak aku menuturkan ayat. Entahlah kenapa, aku benar-benar nak join. Padahal Jerangkang tu dah berpuluh kali aku masuk, kecualilah tak pernah masuk kan.

Kebetulan ada seorang doktor sahabat Tok Ketua akan turut serta dalam trip ni. Dia cakap, aku kan ada, tak ada apalah, lagipun Jerangkang tak hujan dah banyak hari, jalan dah elok, insyaallah tak ada masalahlah. Akhirnya Tok Ketua memberi keizinan aku pergi. Apalagi, aku rasa seronok yang amat. Macam dapat bonus berganda. Hahahahhaa. Ni kalau kawan-kawan ofis aku tahu ni, mahunya aku kena berleter ni. Tak reti nak duduk diam, sedarlah diri awak tu mengandung, itulah ayat yang akan keluar nanti. Hahahaha.

Insyaallah, tak ada apa akan berlaku. Aku bukan buat kerja berat, hanya relaks dalam 4wd sampai kem site, masak-masak, mandi jeram, tengok mereka memancing, lepak-lepak menikmati keindahan ciptaan Allah. Itu je. Doakan aku selamat ye kawan-kawan. Aku suka bangat ni.

p/s : kata seorang teman, destinasi tu tak penting, yang pentingnya kita bersama siapa ke destinasi tersebut. Aku setuju dengan statement ni, tapi hanya boleh dipakai semasa kat dunia, kat akhirat tak boleh. Hehehhee




2 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Jaga diri dan kandungan baik2 ya? Semoga semuanya selamat. InsyaAllah. Jangan terlalu bergembira, tau.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kakcik : baik kak :-)