Aku menyepi ada sebabnya. Aku nak kumpul kekuatan untuk menulis di sini. Tanggal 22 Mei yang lalu apabila aku mahu pulang ke rumah setelah habis kerja, aku dapati kereta aku tiada di tempat parking. Lembik lutut aku, dalam keadaan sebak aku segera menelefon Tok Ketua. Tok Ketua cuba sabarkan aku, dia suruh aku tunggu di ofis, dia akan datang ambil aku.
Dalam cuba menahan air mata, akhirnya air mata aku jatuh juga. Aku juga manusia biasa yang punya perasaan. Di tepi jalan aku menangis teresak-esak. Aku segera kembali ke ofis dan menuju ke surau ofis. Dengan harapan di dalam rumah Allah, hati aku akan kembali tenang.
Aku segera call adik kembar aku bertanyakan prosedur nak buat report polis. Adik kembar aku memang ada kaitan dengan polis, walaupun dia bukan polis. Tak lama kemudian Tok Ketua datang dengan muka rileks, dia tahu kalau dia buat muka sedih, pasti aku akan melalak je kat situ kang.
Kami segera ke balai polis area ofis aku. Setelah membuat report, kami kena ke Balai Polis Petaling untuk jumpa seorang sarjan. Dahlah kena menapak naik 4 tingkat, aku dahlah kepenatan, kelaparan dan kehausan. Urusan selesai jugak akhirnya. Tapi aku kena ke syarikat insuran keesokkan harinya. Terpaksalah aku EL. Dengan Tok Ketua sekali terjebak EL. Yelah, terpaksalah aku bergantung harap sepenuhnya kepada dia, sebab aku mana ada kenderaan nak bergerak lagi.
Aku tak naklah cerita mengenai urusan insurans, sebab kang aku bertambah bengang, pekerja insurans tu memalukan syarikat Takaful sahaja, semua dokumen yang dia kasi aku semuanya salah, aku ke bank, bank tak dapat nak proceed, aku ke Pesuruhjaya Sumpah pun Pesuruhjaya Sumpah tak dapat nak proceed, bank dan Pesuruhjaya Sumpah pun bengang dengan pekerja tersebut, aku ni lagilah bengang, dengan bawa perutnya, dahlah aku sakit tapak kaki, rasa bisa semasa memijak lantai dan menapak, tapi nak buat macam mana, kenalah redah jugak.
Inilah dugaan aku, dahlah 2 bulan lepas kereta aku kena pecah, tapi kali ni lesap terus. Aku sedar aku banyak dosa, maka Allah nak uji aku. Aku pasrah, aku harap dengan musibah ini Allah berikan aku ganjaran pahala, moga dengan musibah ini Allah hapuskan dosa aku yang bertimbun-timbun. Moga dengan musibah ini, Allah gantikan dengan yang lebih baik. Doakan agar aku menjadi manusia yang tabah menghadapi musibah yang bertimpa-timpa ini. Aku tetap manusia biasa, aku tetap punya perasaan. Aku tetap insan yang lemah, mujur aku ada selemah-lemah iman, kalau tidak entahlah.
5 ulasan:
ya Allah...semoga awak tabah ok. ini ujian ni, Allah akan ganti dengan yang lebih baik lagi. insyaAllah..
siannya akak...dugaan betol..mudah mudahan dapat jumpa semula...akak sabarnya..cuba baca yasin banyak2 kali dan minta hajat supaya ditemukan semula..saya doakan akak juga..insyaallah....
GB : terima kasih GB, semoga doa tu Allah perkenankan :-)
rulza : terima kasih ya rulza, betul tu, al quran itu sahaja buat masa ni saya mampu tenangkan jiwa :-)
Eh.. rasanya kakcik ada komen pagi tadi, mana hilangnya?
Mungkinkah masuk ke kotak spam? :(
kak cik : tak ada pun dlm spam, takpelah kak :-)
Catat Ulasan