~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 2 Mei 2012

Tentang hujan dan sewaktu dengannya

Assalamualaikum wbt

Bismillah

Sejak tengahari tadi hujan dah mula turun dengan lebat. Aku suka sangat. Dah 2-3 hari aku berpeluh-peluh panas ketika tidur, maklumlah rumah aku tak ada pendingin hawa. Mengharapkan kipas siling semata. Oh ya, aku baru tahu rupanya air - cond kalau translate menjadi pendingin hawa, bukan penghawa dingin tau kawan-kawan, maka sesiapa yang dah guna pakai penghawa dingin tu salah daripada penggunaan istilah. Tak percaya sudah, aku ni bukannya cikgu BM atau DBP. Apa-apa sila rujuk pada pihak yang berkenaan ya. Aku pun baru tahu 2-3 tahun lepas. Dan aku rasa tak ramai yang tahu pasal istilah yang satu ini. Betul tak?

Tok ketua nak beli pendingin hawa buat aku, tapi aku tak nak, atas 2 sebab yang kukuh, pertama aku ni dahlah  ada sakit asma, kang tak pasal kena masuk hospital pula kang di saat aku sedang mengandung 5 bulan ni. Kedua, aku ni ada alahan resdung, kang pagi-pagi aku pasti bersin jika suhu persekitaran aku terlalu sejuk. Mak mertua aku dah perasan, setiap kali aku balik kampung suami, aku pasti selsema dan demam, puncanya suhu kat kampung sangatlah sejuk, biasalahkan kampung, dikelilingi hutan dan pokok, nak mandi time Subuh tu menggigil tau, mandi jam 10 pagi pun masih sejuk. Kat KL ni time hujan pun kadang-kadang aku masih rasa panas, maklumlah hutan batu. Kalau kat kampung, alangkah nikmatnya semasa hujan. Grrrrr sejuk bangat.

Bila melibatkan asma dan resdung, aku kena pastikan suhu sekitar tidak terlalu sejuk atau panas. Kang penyakit mudah datang menyerang. Ada yang tanya aku, habis tu selama ni kau aktif masuk hutan tu, tak kena serang dek asma ke? Macam gunung kinabalu tu kan ke waktu malam suhunya di paras 0?

Selama ni, kalau nak tahu, kalau aku masuk hutan, dalam haversack aku, pasti dah tersedia dengan 1st aid sendiri, walhal aku tahu organiser akan sediakan, sebab aku ni kaki penyakit, kenalah sedar diri supaya tak menyusahkan diri dan orang lain, dan pada masa yang sama bersedia menghadapi kemungkinan. Antara ubat yang akan aku bawak ialah ubat batuk, demam dan selsema, ni adalah stok ubat yang sangat wajib selain ubat sampingan. Petua aku, untuk elakkan asma, elakkan batuk terlebih dahulu, daripada batuknya boleh drag sehingga ke asma apatah bila nafas dah berbunyi-bunyi kan. Maka, untuk elak batuk, kenalah elak persekitaran yang berhabuk, suhu yang sejuk, jangan minum ais dan sewaktu denganya. Kalau nak sapu sampah, aku akan tutup hidung aku ala-ala Taliban, hahahaha.

Masa aku mendaki gunung berapi kat Indonesia, lagilahkan, kat sana berhabuk dengan sulfurnya dengan pasirnya dan segala material yang menyebabkan penyakit mudah bertandang, maka ubat tadi adalah sangat membantu. Segalanya atas izin Allah juga. Yang bestnya, semasa mendaki aku sihat walafiat, kawan-kawan aku yang selsema, batuk dan demam, tapi tiba je kat KL suara aku hilang 2 minggu. Hahahaha.

Dah habis cerita pasal hujan, suhu dan sewaktu dengannya. Aku dapat info Kajang dah banjir. Sejauh mana statusnya aku tak tahu. Aku harap ianya tidaklah seteruk yang aku tonton dalam youtube tu.