~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 27 April 2012

Jantina anak aku

Assalamualaikum

Sebulan jugaklah aku menunggu tarikh semalam untuk pemeriksaan bulanan dengan doktor. Semata-mata nak tahu jantina bayi aku ni. Biasalahkan, anak pertama semua orang macam akulah kot. Seperti biasa, selesai uji air kencing dan berat, doktor scan aku. Berdebar-debar jantung aku, mujur tak pecah je.

Doktor memulakan tugas. Scan punya scan, asyik nampak bontot je, dengan keadaan kaki bayi terkangkang. Aku nak ketawa pun ada, hahaha. Lama jugak doktor scan, sudahnya, doktor tanya aku, awak rasa baby awak laki ke perempuan? Saya rasa macam lelaki.

Aku jawab, entahlah doktor, saya nampak dia terkangkang je, hahahaha. Tapi aku tak pulak nampak bird kalau benar jantinanya adalah lelaki.

Sebenarnya, dalam diam aku nakkan anak lelaki, sebab aku nak sangat anak aku masuk tahfiz. Hafal al quran. Biasanya setahu aku, ramai ibu mengandung nak anak pertama mereka perempuan sebab boleh tolong diaorang kat dapur. Masing-masing punya targetlah kan. Semua orang cita-cita tak sama.

Tapi hakikatnya, aku tak kisah pun anak aku lelaki ke perempuan. Yang penting urusan aku nak bersalin dipermudahkan sebagaimana Allah berikan kepada Siti Aminah dan Mariam, hahaha boleh ke aku doa begitu? 

Kalau perempuan pun tak apa, aku nak dia jadi pakar perbidanan, itu target akulah. Yang penting anak-anak aku esok wajib jadi anak soleh dan solehah, itu target aku. Entahlah macam mana aku nak didik mereka kelak, ilmu agama aku pun kurang, nak mengharapkan silibus di sekolah tak cukup langsung, entahlah, semoga Allah permudahkan urusan aku dalam nak mendidik anak-anak aku menjadi manusia bertakwa. Bukan jahil agama macam aku ni. Malu pada diri sendiri.

Sudahnya, aku berlalu keluar daripada klinik dengan merenung gambar scan yang nampak kaki terkangkang. Hahahaha. Tak ada keputusan pun tentang status jantina anak aku. Hahaha. Aku tak kisah. Aku gembira je sebab placenta kembali berada di kedudukan normal. Cuma, tahap tekanan darah aku masih rendah. Mmmmmmm....


3 ulasan:

UMMI YL berkata...

hihi, dulu masa saya scan terus nampak..yang first dr terus cakap baby awak ni herola...

yang kedua plak dr cakap hah, itu telur masin dia..:)

insyaallah mana2 pun biar jadi soleh dan solehah...

Saya memang bercita2 nak hantar umar dan ammar pergi skolah ustaz kazim..taksilap nak buka asrama budak perempuan plak..kalau ada rezeki leh hantar anak perempuan jadi hafizah...

Ustaz kazim kata..kalau suami kita redha dan doakan untuk kita insyaallah mudah bersalin kita..

Jadi beli kale hijau baju tu dah sesuai dah..universal..:)
tentu akak excited sungguh nak pi beli barang baby kan..:)

Noorieda berkata...

Assalamualaikum wbt..

Semoga dipermudahkan urusannnya ya kak...

Kakcik Seroja berkata...

Masa mengandungkan anak pertama, kakcik memang mengharapkan anak lelaki dan kakcik dah sediakan namanya dari sebelum kakcik bertemu jodoh lagi!

ALhamdulillah, Allah makbulkan doa kakcik sehingga dianugerahkanNya 4 anak lelaki... :)