~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 23 April 2012

Pesanan guruku

Aku nak delete sms dalam hp aku ni. So aku masukkan dalam sini supaya aku boleh rujuk bila-bila masa sebelum hp aku jem.

1) Ramai manusia beragama tapi sesat dalam beragama

2) Penyakit yang paling berat adalah penyakit hati

3) UMMI yang HAKIKI adalah segala kebolehan dan kebaikan adalah daripada Allah Taala

4) Bila bersahabat dari muka sampai ke akhir

5) Kita kena ada 3 anak kunci, barulah sempurna kehidupan

6) Barangsiapa kucup kening ibu, maka dia ahli syurga

7) Guru mursyid lagi siddiq adalah guru yang mendidik  muridnya dari tidak menjadi baik

8) Di mana kita berada dan boleh kita berada ini dinamakan zikir (Ingat pada Allah)

9) Ramai manusia berilmu bergantung kepada ilmu. Ramai manusia beribadat bergantung kepada ibadat. Ramai manusia bersilat bergantung keada silatnya. Maka yang penting bergantunglah kepada Allah.

10) 3 perkara perlu dilakukan bagi doa kita mudah dimakbulkan yakni, hati yang bersih, tempat, masa.

11) Bila sahabat senang memaafkan maka gugurlah dosa sahabatnya

12) Ada hakikat tidak ada syariat ibarat najis, ada syariat tidak ada hakikat ibarat bola. Ada hakikat & ada syariat barulah sempurna hidup.

13) Janganlah suka kepada orang yang memuji kepadamu

14) Ikan yang paling enak dimakan adalah ikan terubuk isinya manis tapi hati-hati isninya penuh dengan tulang

15) Rahsia Al Quran ada pada al fatihah. Rahsia al fatihah ada pada bismillah. Rahsia keseluruhannya ada pada BA.

16) Kenanglah orang yang berjasa kepadamu, walaupun sesuap nasi sekalipun

17) Barangsiapa yang jaga & faham dua kalimah syahadah dia ahli syurga

18) Sahabat yang hakiki, adalah sahabat yang tidak mencari kesalahan sahabat.

19) 3 perkara sebelum menyambut Ramadhan - memohon kemaafan kepada Ibu Bapa, bermaaf-maafan suami isteri dan memohon  kemaafan kepada sahabat handai

20) Siapa dekat dan kasih dengan Nabi SAW, Allah akan dekat dan kasih kepada hambaNya

21) Taat kepada Rasul mendapat syufaat. Taat kepada ibu mendapat Karamah. Taat kepada bapa mendapat hikmah. Taat kepada guru mendapat berkat.

22) Seorang musuh itu lebih merbahaya daripada seribu kawan.

23) Basahi bibir dan perbuatan kita dengan sifat Insyaallah

24) Merdeka yang hakiki, merdeka yang berganting hati sepenuhnya kepada Allah

25) Jangan berkawan dengan 5 golongan ini, suka berbohong, pengecut, bakhil, bodoh dan derhaka kepada ibu bapa

26) Jangan jadikan guru sebagai Tuhan, jadikan guru sebagai hamba Tuhan

27) Baca al Quran melalui akal semata-mata adalah nafsu. Mesti petunjuk daripada Allah

28) Dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir

29) Sebenar-benar bala itu ialah terima bala, tak sabar walau kecil sekalipun.

30) Mukmin yang paling baik adalah mukmin Kholis  (Mukmin yang bersih imannya)

31) Dunia dan pemimpun akan hancur dengan 3 TA, harta, takhta dan wanita

32) Marilah kita bermain-main dengan al Quran

33) Hati mati akan hidup siapa yang hidupkan malam hari raya

34) Orang baling kita dengan batu & kayu, kita balingkan dengan buah yang ranum

35) Barangsiapa yang mudah memaafkan orang maka dia dekat dengan Allah

36) Bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana kita dipilih untuk diuji

37) Bila sahabat bertemu kerana Allah maka berpisah pun kerana Allah

38) Berpuasa sebenar-benar ikhlas seperti orang-orang KHAWAS berpuasa

39) Jangan bimbang dan marah kepada orang yang rajin mengkritik kamu.

40) Senjata yang paling canggih bagi orang mukmin adalah doa

41) Akan lahir golongan yang dekat dengan Nabi Muhammad SAW iaitu golongan IKHWAn

42) Jangan jadikan guru, ibu bapa sebagai tong sampah

43) Ibadat memerlukan keikhlasan & keikhlasan memerlukan ke Ehsanan

44) Ada pengakuan AKU yang sesat dengan Allah dan ada pengakuan AKU yang dekat dengan ALLAH

45) Barangsiapa gembirakan ahli keluarganya pada hari raya Allah akan gembirakannya dalam syurga

46) Sebenar musuh itu kawan berpaling tadah menjadi lawan,  sejahat-jahat musuh itu dalam selimut

47) Jangan jadikan Kaabah  sebagai Tuhan, jadikan Kaabah sebagai panduan kepada Tuhan

48) Barang siapa yang dekat dengan Nabi SAW, maka dia akan dekat dengan Allah

49) Ibu segala solat sunat adalah solat Tahajud

50) Jangan solat kerana waktu. Carilah solat yang tidak berwaktu

51) Kita tidak akan dikiran bermula tapi akan dikira  pada akhirnya (mati)

p/s : kalau ada pesanan guru tersebut korang tak faham atau kurang jelas, sila jangan tanya aku, sebab aku sendiri tak faham, ada pesanan yang banyak aku sendiri kena kaji, dari situ insyaallah akan faham. Dulu, banyak yang aku tak faham, tapi sekarang dah banyak jugak yang aku faham. Yang penting di sini, rajin-rajinlah mengenal Allah Taala pencipta kita.


6 ulasan:

RULZA berkata...

akak silat cekak hanafi juga ke kak?

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : ahhhh, hehehehhe

RULZA berkata...

hihi sudah ku agak bila membaca 2 3 pesan yang familiar..hihi..

saya dengan abang mat..huhu..

akak masih aktif ke kak...saya dah tak aktif dah..sejak ada anak dah tak silat just contact abng mat dan kawan2 yang lain sekali sekala je..

kalau ada program alumni baru turun..itupun ikut keadaan..:)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : heheheh sy pun dengan abg mat jugak

saya x aktif CH sejak CH ada pergolakan yg sangat kritikal sehingga melibatkan isu ke mahkamah tu, sy jadi sedih bila orang melayu, bangsa melayu dah berpecah belah sedangkan dulu sy sangat kagum CH amat akrab macam keluarga sy sendiri setelah sy sendiri dah x de mak ayah. harapan sy hancur bila pergolakan dalam CH tak ada sebarang kesudahan. tak sanggup nak baca pergaduhan sesama ahli berbangsa Melayu Islam di dalam internet, sudahnya sy bawak diri, tak ada pihak pada mana-mana.

hakikatnya, pada sy selagi guru itu tidak pernah ajar saya tentang perkara negatif, sy akan sanjung dia sebagai guru yang sempurna.

secara jujurnya, sy amat rindukan CH, tp dah malas nak akrab macam dulu sebab takut luka lama berdarah kembali kan.

harapan sy pada CH amatlah besar kerana CH antara platform sy menjadi manusia, CH lah antara keluarga akrab yang menggantikan keluarga sy sendiri, tp realitinya skrg, CH dah berpecah, sy tak boleh nak terima.

frust dengan BF pun tak seteruk sy frust bila CH berpecah tau. hehehhee

RULZA berkata...

itulah kak...cakap pasal berpecah tu saya pun sedih...hari tu masa last masuk mahamah saya pun tak tau apa keputusannya. Tapi Alhamdulillah kini CH bawah abang mat makin berkembang..Makin diterima..Siap buat demo masa istiadat pertabalan agung baru2 ni..hihi

Tapi apapun saya menyokong dr jauh CH dan saya pun ambil pendekatan taknak campur pasal kes2 tu..sebab depa bergolak yang bawah2 ni haru biru juga...

Betul kak saya pun rindu juga...bg saya, abang mat tu tetap macam seorang ayah..:) Alhamdulillah di batu pahat tak pecah...masih akrab..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

oh ye, sy tak tahu pulak CH buat demo hari agung tu hari, bagusnya

kalau nak tahu, kat KL ni sangatlah ketara keretakannya. sangat ketara. Geng Bangi x join serdang lagi, itu belum campur geng KL. terasa sangat. padahal dulu kalau time raya, penuhlah kereta dan bus konvoi ke sana sini, belum termasuk kalau ada ahli yang menikah, sangatlah meriah. sekarang, hmmmmmm menyedihkan