~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 24 April 2012

9 Adab Bersama Ibu Bapa


Taat kepada mereka kecuali perkara yang ditegah oleh syara’.

  1.  Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan hati keduanya, walaupun mereka tidak menyuruhnya.
  2.  Bertutur bersama mereka dengan penuh beradab.
  3.  Segera menjawab panggilan mereka.
  4.  Memuliakan keduanya dan memberikan apa yang dikehendaki oleh keduanya (mengikut kemampuan ).
  5.  Mendoakan keampunan bagi mereka.
  6.  Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan petang atau waktu-waktu yang munasabah.
  7.  Selalu menziarahi kubur mereka setelah mereka meninggal dunia disamping menghadiahkan kepada mereka bacaan ayat Al-Quran, tahlil dan sebagainya.
  8.  Memohon kepada Allah SWT, supaya mereka mendapat kesejahteraannya di dunia dan akhirat.
  9.  Berbincang dengan mereka setiap masalah yang mereka hadapi dan jangan merahsiakan sesuatu daripada mereka.