Sujud, adalah simbol ketundukan, ketaatan,
pergantungan dan kepasrahan kita kepada Allah SWT.
Sujud itu, adalah tanda hancur leburnya semua
benih keegooan, kesombongan dan keangkuhan yang tertanam dalam diri kita di
hadapan kuasa Allah SWT.
Dan, sujud itu juga, ialah perakuaan bahawa kita
adalah hamba yang kerdil, hina dan lemah!
Banyak bersujud, merupakan kehidupan dan amalan para Rasul,
sahabat dan generasi salafusoleh. Mereka mencintainya dan gemar bersujud.
Bahkan daripada sujud ini, mereka memperolehi kelazatan, kemanisan dan
kenikmatan yang tiada taranya.
Saidina Umar al-Khattab pernah berkata : “
Bagiku dunia ini tiada mempunyai apa-apa nilai kecuali kerana tiga perkara :-
Pertama, di dunia
aku boleh mengutip mutiara ilmu di dalam majlis ilmu .
Kedua, di dunia
aku boleh meletakan dahiku ke tanah untuk sujud menyembah Allah SWT.
Dan, ketiga, di
dunia ia bernilai kerana aku boleh berjihad di jalan Allah SWT.
Bahkan, Ali bin Abdullah bin Abbas, salah seorang tokoh
generasi Tabi’in, mendapat gelaran dan jolokan sajjad kerana ia adalah orang
yang sangat gemar melakukan sujud. Diriwayatkan, Ali Bin Abdullah Bin Abbas
dalam satu hari mampu melakukan sujud lebih daripada 100 kali.
Allah SWT memerintahkan kepada makhluk yang paling
dicintainya, Rasulullah SAW dalam firman-Nya : “ Wasjud Waqtarid” – Dan
sujudlah dan dekatlah kepada Allah SWT. ( Surah Al-Alaq : 19).
Maka, sujudlah dan mintalah kepada Allah, apa sahaja
kebaikan yang kita inginkan. Kerana, ketika sujud, kita berada di titik
terakhir yang paling hampir dan dekat dengan Allah SWT. Jelas, seperti mana
yang disabdakan oleh Rasulullah SAW :
“ Posisi seorang
hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia dalam posisi sujud.”
( Hadis Riwayat Muslim).
0 ulasan:
Catat Ulasan