~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 18 Mei 2012

Ikut selera perut

Sejak mengandung, pemakanan aku sepenuhnya bergantung kepada selera perut. Aku dah tak boleh sesuka hati nak ikut selera tekak, akibatnya pasti aku akan merana. Sebagai contoh, aku sangat fanatik kepada pedas. Tapi bila aku layan pedas, kesannya aku akan sakit perut dan cirit birit sepanjang hari. Begitu juga dengan susu dan soya, aku dah tak boleh minum atau bau, kalau aku paksa diri juga, sehingga ke tengah malam nanti aku pasti muntah yang berterusan.

Maka, makanan dan minuman seperti itu aku kena elakkan sepanjang kehamilan ini. Nak buat macam mana, terima ajelah, sekurang-kurangnya aku masih mampu makan rezeki Allah yang lain. Masih banyak pilihan makanan yang Allah berikan, ye tak?

Dalam 2-3 minggu ni pulak, aku dah tak makan nasi lagi di waktu malam, bukan sebab nak diet, almaklumlah berat aku bulan lepas mendadak naik 3 kilogram. Tapi sebab di waktu malam, semua lauk aku bau sangat busuk. Aku tak dapat kenal pasti punca aku bau busuk tu, adakah daripada bawang atau minyak. Pernah sebelum ni, aku terketar-ketar lapar, nak makan tak boleh, sudahnya aku telan nasi putih semata untuk hilangkan kelaparan.

Kemudian, aku beralih kepada makanan yang bukan nasi seperti burger, char koey tew dan lain-lain. Semalam, aku makan tauhu bakar. Dahlah tak sedap, tapi aku telan sampai habis, kang Tok Ketua bising lagi. Tok Ketua pantang benar kalau makanan tak habis, nak tak nak paksa rela je telan.

Kandungan perut aku semakin membesar. Sekarang, ramai yang teka kandungan aku 7 bulan, walhal baru mencecah 5 bulan. Tak ada seorang pun lagi cakap perut aku kecil setakat ni. Mujur majoriti cakap, muka aku tak pulak kembang, tapi perut aku yang membesar mendadak. Sesetengah orang kata mereka, badan je besar, tapi kau perut je besar, merujuk kepada aku.

Entahlah, kenyataan mereka tu nak sedapkan hati aku atau tak, tapi yang pasti, aku rasa sekarang ni badan aku sangat berat. Kalau sebelum ni, aku rasakan sebegini, pasti dah sasaran aku Lake Garden, aku akan jogging buat tawaf sampai lembik, kemudian naik tangga kat Lake Garden tu 10x. Biar alang-alang senaman, biar sampai lembik. Itu konsep akulah.

Atau aku akan masuk hutan treking, main badminton, atau join mana-mana marathon sekitar Lembah Klang. Tapi dalam keadaan aku mengandung ni, aku hanya mampu berjalan kaki selama yang mungkin supaya badan aku kembali terasa ringan. Tapi, tak juga, aku masih rasa badan aku berat, terutamanya sekitar perut. Tiba-tiba aku kagum kepada kanggaru, macam manalah dia boleh kendong anaknya sambil melompat dan berlari. Hahahhahaa, kagumnya aku dengan kelebihan yang Allah telah berikan kepadanya itu. Hahahaha

Aku ni rasa macam nak terbalikkan badan aku ke belakang sebab aku rasa perut aku berat. Kawan-kawan aku cakap, kau ni dah biasa galas haversack yang berat di belakang, agaknya sebab tu kau rasa pelik dengan perubahan beban dah beralih ke bahagian depan kau. Mungkinlah, hahahhaa. Aku sedang biasakan diri beban berat di hadapan, bukan di belakang badan lagi. Hahahahaha. Macam manalah ek orang yang bunting kembar? Lagilah beratkan. Aku ni baru seorang, dah banyak songeh. Macam manalah pulak orang yang mengandung ramai macam arwah ibu kandung ku tu, sampai 11 orang? Kagumnya aku. Aku tak dapat bayangkan zaman dulu dengan tak ada kemudahan canggih, tak ada teknologi, tak ada kelengkapan dll, macamlah ibu aku tu mengharungi saaat-saat dia mengandung sampai 11 orang. Ishhhh, kagum yang maksima.

Maka, di sini, pentingnya aku kuat semangat, minda dan mental kena kuat, ni baru saat mengandung, esok-esok aku akan hadapi saat nak bersalin, kemudian nak berpantang, tanpa orang tua aku di sisi, 100% bergantung sokongan moral daripada Tok Ketua. Kawan aku cakap, orang yang mengalami meroyan tu sebab dia stress selepas bersalin. Kau jangan pulak nak stress berpantang sorang-sorang, pastikan suami kau membantu kau daripada segi fizikal dan mental, bersedialah daripada sekarang supaya kau tidak mengalami kejutan budaya semasa berpantang.


4 ulasan:

UMMI YL berkata...

alhamdulillah dah lima bulan dah,,jap je kan..harap lepas ni lancar saja kesihatan akak..

berpantang sendiri ni ikut pengalaman saya kena pandai urus..contoh macam mandikan baby. kalau kita buat sendiri kita cuba mandikan baby atas meja. letak besen atas meja jadi tak payah nak duduk2 atau cangkung..masukkan air sikit2 lam besn..

macam saya hari 4 bersalin dah mula buat kerja rumah..tapi buat slow2. slow yang amat. buat yang ringan je..macam sidai baju, lipat2...

minggu kedua baru buat sendiri semuanya..macam saya umar 2 minggu pertama sendiri..pastu baru mak dtg..yang ammar dua minggu pertama adik jaga pastu sendiri2 ngan suami..

kalau dr segi pantang, barut, tungku dan makan tu culas2 sikit.. almaklumlah takda orang nak marah...:)

ikut keadaan badan juga..kalau tak tahan baring saja..rehat..selalunya sakit bersalin tu tak sakit yang sakit tu luka epi..aduih..

betul akak kata, support suami tu penting...tambah2 dr segi perasaan..

lepas bersalin ibu memang penat sebab sakit kemudian kena jaga baby sendiri kalau pantang sendiri..jadi sesetengah org kadang2 takleh cope tu yang meroyan..

tapi kebanyakkan meroyan ni bukan sebab pas bersalin tapi "dibina" dr masalah emosi waktu mengandung..jadi sebaiknya waktu mengandung ni elak yang sedih2..suami kena main peranan. baca quran banyak2...

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : takutlah rulza sebenarnya, tak tau takut apa masalahnya ni. nak kata takut sakit semua org rasa sakit bersalin, entahlah, agaknya fikiran bercelaru. dlm pada masa yg sama, excited yg melampau, tu yg emosi jd tak stabil tu, entahlah

ngeri dengar sakit luka tu, ahaksssss

itulah, setakat ni al quranlah penyelamat, dengan sentiasa berdoa pada Allah, kalau tidak hati jd runsing yg amat. mujur kesihatan dan kandungan tak apa2, kalau tidak lagilah mood merudum :-)

UMMI YL berkata...

takpa kak insyaallah okay..saya doakan dihilangkan rasa takut2..insyaallah amin..huhu saya dulu pun takut juga..:)macam akak kata keliru, excited melampau tu mungkin juga..

selalunya bg kita yang dapat anak dengan jalan yang sah, masa nak bersalin nanti camana sakit pun kita akan hadapi..

nak tak nak kena hadap gak sebab anak..

pengalaman saya terhantuk sikit saya boleh nangis..tapi bersalin ni yang sakitnya 52del tu saya tak boleh menangis sebab saya tahu ia sakit untuk kegembiraan dan untuk anak...sakit tapi tak terboleh nak nangis..nurse pun tak kasi nangis sebab nanti kita depress..tapi kalau di o/sea nurse depa lagi suruh...express kesakitan kita..kalau jerit pun depa tak marah..hihi

apakata akak kurangkan rasa takut tu dengan belajar kaedah cam acupressure, cara nafas, cara teran...jd nampak view masa nak bersalin nanti..

selalunya luka epi, 2 minggu dah ok..nanti makan haruan banyak2..kalau takdak beli saja pati ikan haruan di farmasi..:)..

bab barut kalau susah yang ikat beli je yang zip zap cam avon tu..hihi

takpa kak takpa..jangan takut ye..insyaallah semuanya akan okay..
bab pantang sendiri ni boleh je..insyaallah...

ada kawan saya ambil pembantu..kita bayar lah untuk sebulan..nanti dia dtg uruskan pantang kita...buleh juga wat cenggitu kalau ada orang nak..anak2 sedara yg muda pun okay..nanti kita suruh le dia..kalau yang dekat2 ambillah uuntuk setengah hari pun okay..

ceria2 tau..nanti kalau takut baca quran lagi..nanti ilanglah insyaallah..:)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : insyaaallah sy akan ingat nasihat rulza tu. berguna sangat2.

oooo dah boleh belajar kaedah bernafas tu skrg ek? nanti nak google

itulah yg pntg apa2 pun kena hadapi dgn positifkan, org lain x merasa nak mengandung tak merasa nak bersalin, dah Allah bagi peluang, maka hadapilah kan, yessss :-)