~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 10 Mei 2012

Hobi orang melayu yang berbaka Islam


Oleh Keris Silau

Apa hobi orang Melayu
Suka tengok cerita hantu
Suka dengar kisah penunggu
Susah sangat nak baca buku
Suka benar dengar lagu
Suka tengok tv setiap waktu
Suka lihat artis lama dan baru

 Apakah hobi orang Melayu
Suka pergi pasar minggu
Suka lepak lihat makwe lalu
Lepak buang masa tak jemu-jemu
Suka hisap dadah dan candu
Jadi sewel dan kepala tak menentu

Apakah hobi orang Melayu
Kalau ada pesta ramai berpusu-pusu
Hiburan memang sinonim dengan Melayu
Suka sambut Merdeka dan Tahun Baru
Terkinja-kinja macam artis kutu
Lupa daratan dan ikutkan nafsu
Tak menikah dah pun jadi ibu

Apakah hobi orang Melayu
Suka buka aib tak tau malu
Sebab ada agenda tertentu
Tengok sapa nak jatuh dulu
Tayang cerita porno dan blu
Tak salah kata menteri Melayu
Sebab pelakun bukannya aku
Fitnah-memfitnah dari dulu
Selain tu suka mengampu
Memang lah muka tak tau malu
Rasuah depan mata mesti sapu
Lepas tu derma anak yatim-piatu
Orang nak pergi haji pun dia bantu
Baru orang kata pemurah selalu

Apakah hobi orang Melayu
Adakah mereka suka cari ilmu
"Malas lah" dibibir selalu
Berbudaya lemah dan lesu
Asyik tidur dan masuk beradu
Adakah kerana makanan tertentu
Adakah kerana belacan atau budu
Mungkin kurang zat dan madu
Walaupun ramai dah mula bermadu
Saya maksudkan ayam dan jambu madu

Apakah hobi orang Melayu
Kalau begini macam mana nak maju
Asyik malas dan lesu
Asyik tengok drama tiap2 minggu
Kisah cinta kisah lagha kisah hantu
Akademi Fantasia dan Juara Lagu
Kuliah agama tak berapa laku
Habis macam mana nak maju
Salahkan siapa ibubapa atau cikgu
Nak kata Melayu kurang guru
Tak juga malah ramai prof di U
Ya bila kita fikir memang buntu
Apa yang kita kena ubah dulu
Kita mesti menguasai ilmu
Di manakah sumber ilmu
AlQuran dan sunnah sudah tentu
Bukan baca nak halau hantu
Bukan baca nak bagi kedai laku
Bukan baca untuk berlagu-lagu
Baca faham makna dan mesej tertentu


Wallahualam,

2 ulasan:

UMMI YL berkata...

dok cr ada tak tersangkut saya kat situ
itulah hobi orang melayu
bila ditulis begitu
nanti dituduh pengkhianat melayu

tapi memang realiti yang menyedihkan..
bab politik toksah cakaple kepeningan kita melihatnya..boring..sampai taktau nak undi sapa..

boleh ke kalau PRU nanti semua rakyat m'sia takyah undi?? huhu

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : sy sgt setuju dgn anda

tpkan sy penah jugak ckp mcm tu, diaorg balas dgn sinis, ko jgn duduk msia. hmmmmm

pd diaorang undi tu lebih besar nilainya drpd cuba mendekatkan diri dgn Allah :-(