~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 21 Mei 2012

Trip bertukar lokasi

p/s : coretan ni agak panjang dan membosankan, sekadar log book peribadi. Jangan baca kalau rasa tak perlu.

Seawal jam 8am di pagi Sabtu, aku dah kebuluran, sebenarnya aku dah mula rasa kebuluran sejak di awal Subuh tadi, tapi aku malas nak kejutkan Tok ketua yang sambung tidur selepas Subuh. Aku memang jenis kalau dah celik mata, pasti akan terus rasa lapar. Tak nyempat-nyempat nak mandi. Begitulah aku sejak dulu lagi. Apatah sekarang sejak berbadan dua ni. Lagilah kan.

Kebetulan aku terbangun sebelum Subuh lagi, puncanya kaki aku tiba-tiba kejang. Belum hilang lagi, terjadi pulak kekejangan yang kedua. Hampir meleleh air mata aku dalam kesakitan. Dalam sedang merintih kesakitan seorang diri, Tok Ketua terjaga dan tanya kenapa. Aku jawablah kaki aku kejang.

Nasib badanlah kan. Masuk hutan tak kejang, masuk marathon pun tak, tengah tidur boleh kena kekejangan. Azab yang amat sangat. Moga dosa-dosa aku terhapus melalui musibah ini.

Bila Tok Ketua tengok aku dah bersiap sedia, dia dah tahulah aku lapar. Kami terus sarapan di kedai makan berhampiran rumah aku. Aku belasah nasi lemak sepuas-puasnya, sebab lapar yang maksima. Semalam tu aku mana ada makan nasi, sebab tulah agaknya kot.

Selesai makan, kami mula bergerak menuju ke Kuantan. Tok Ketua yang memandu. Aku nak pandu dia tak kasi, aku pun pasanglah surah-surah ibu mengandung iaitu surah Yusof, Mariam dan Luqman melalui pen digital al quran tu, sambil dengar, sambil baca perlahan-lahan.

Tok Ketua sengaja memilih laluan MRR2. Aku awal-awal dah cakap, hari Sabtu elakkan menggunakan MRR2, pasti sangkut dalam jem punya. Tapi Tok Ketua cakap tak jem, kalau jem pun MRR2 yang menghala ke Bukit Jalil. Aku diamkan je, mungkin jugak, sebab ada final bola sepak kan.

Selepas TBS, kitaorang dah sangkut dalam jem, aku pandang Tok Ketua, dan cakap, mehlah saya yang pandu, boleh mencilok. Ahaksss. Aku suka jem hanya bila dapat mencilok sesedap rasa. Pada aku, kalau memandu, tanpa mencilok tak sah rasanya pemanduan aku pada hari tersebut. Dengar je cilok, Tok Ketua lagilah tak kasi aku pegang stereng. Bawak kereta tak macam ibu mengandung. Hishhhh!

Alkisahnya, ada 2 eksiden. Satu melibatkan kereta berlanggar semasa mereka, dan satu lagi ada sebiji lori tangki terbalik dan kesemua tayarnya ke atas. Patutlah jem yang macam tak ada kesudahan. Memandangkan Tok Ketua memandu penuh berhemah, tak macam aku, maka agak lama jugaklah kitaorang tersangkut dalam kesesakan.

Kami tiba di kampung suami ngam-ngam azan Zohor berkumandang. Kebetulan, rumah Tok Ketua betul-betul berhadapan dengan masjid. Kebetulan lagi, kawan-kawan Tok Ketua tiba serentak 4 biji 4wd. Hanya sebiji sahaja lagi dalam perjalanan.

Mereka sekadar singgah sebentar sebelum meneruskan off road ke Jerangkang. Manakala aku dan Tok Ketua makan tengahari berjemaah dengan keluarga Tok Ketua. Sementara menunggu kawan Tok Ketua tiba jam 5pm dari Kuantan, sempat kami tertidur lagi. Mujur dah jamak.

Dengan sebiji 4wd, kami ber3 meredah hutan Jerangkang, tapi malangnya kem site Jerangkang dah penuh dengan budak-budak sekolah berkhemah. Tapi, Jerangkang dah banyak perubahan, sistem tandas dah sempurna. Baguslah.

Setelah berbincang, kami meneruskan off road ke Sg Berakit, kira-kira 1/2 jam daripada kem site Jerangkang. Tiba di kemsite Sg berakit, dah pun masuk Magrib, aku dah kebuluran yang maksima, terus aku mencari nasi untuk dimakan. Nasi dan lauk sudah siap terhidang sebab sudah ada yang tiba lebih awal. Tok Ketua dan kawan-kawan lelakinya sedang menyiapkan khemah dan camping bed.

Sedapnya apabila menikmati udang masak petai, jantung pisang, ulam-ulaman, sambal belacan, stew ayam, kari ayam, ikan kembung bakar masak ala portugis, tom yam sea food, air laici, air longan dan air cincau dalam hutan yang aman damai tu. Kalau masuk dengan 4wd, bolehlah makan mewah macam tu (kira mewahlah tu sebab dalam hutan), sebab tak payah carry, kalau treking makanan takdelah semewah macam tu, ala kadar sekadar melapik perut gitu ajelah.

Selesai Tok Ketua set up khemah, dia ajak aku ambil wuduk jamak siap-siap solat, kang boleh relaks santai sambil makan minum ringan. Aku melangkah berhati-hati menuju ke jeram meredah kegelapan malam memijak batu-batu yang licin. Mujur Tok ketua bawak 2 headlamp, nak harapkan aku, entah ke mana head lamp aku campak tah, maklumlah dah lama tak masuk hutan, segala barang keperluan masuk hutan pun aku boleh lupa bawak.

Selesai jamak, aku rasa nak je terjun dalam jeram. Dalam seumur hidup aku masuk hutan, kali ni betul-betul terasa panas berada dalam hutan. Sangatlah tidak selesa. Biasanya selepas isyak je, aku akan berstokin tebal, pakai glove dan sweater. Biasalah hutan tebal macam tu, banyak pokok, maka cuacanya akan menjadi sangat sejuk. Tak macam dalam bandar. Tapi tidak untuk kali ni. Sebab dah banyak hari tak hujan, cuaca waktu malam sangat panas. Tapi, aku tidak diizinkan mandi oleh kakak-kakak di situ, kata mereka ibu mengandung tak elok mandi malam. Terbantutlah keinginan aku kan. Maka, aku tidur dalam keadaan tanpa memakai sleeping bag. Sejarah sungguh. Tak pernah lagi tidur dalam hutan tanpa sleeping bag, mahunya menggigil, tapi tidak untuk malam tersebut.

Biasanya kalau dalam hutan, aku adalah antara orang pertama yang tidur, tapi tidak malam tu, panas yang membahang, nyamuk dan agas yang banyak menyerang batang tubuh aku menyebabkan aku sekadar baring dan pasang telinga apa yang Tok ketua dan kawan-kawannya borakkan. Nak menyampuk, tak reti pulak aku. Maklumlah ada 3 orang antara mereka yang bertugas sebagai anggota ATM, maka topik mereka semua ke arah ATMlah. Aku sekadar dengar dan cuba memahami, dan akhirnya aku terlelap.

Aku tak sedar jam berapa aku tersedar sebab nak membuang air. Inilah masalahnya ibu mengandung. Asyik tersedar semata-mata nak buang air kecil. Nak tak nak kena selesaikan jugak, dah tak boleh tahan. Aku lihat mereka semua masih rancak berborak. Aku ajak Tok Ketua temankan aku, bukannya aku tak boleh pergi sendiri, tapi aku khuatir pulak kalau terjadi apa-apa kang, kalau tak mengandung tak apa, boleh je berdikari.

Kemudian aku sambung tidur, Tok Ketua sambung berborak. Tak salah aku jam 5am alarm hp siapa tah berbunyi. Aku buka mata dan tengok sekeliling, tak ada siapa pun bangun. Biasanya yang set alarm ni kaki pancing, biasanya selesai solat Subuh je diaorang dah lesap ke jeram memancing. Mereka sangat bersemangat kerana sebelum tidur tu tangkapan mereka adalah ikan kelah.

Dalam dok berfikir barang siapakah yang set alarm, aku tertidur pula, aku tersedar badan bergoyang bila Tok Ketua kejutkan aku jam 615am. Waduhhhhh dah cerah, sangka aku dah 7lebih, rupanya masih dalam waktu Subuh. Tok Ketua suruh aku ambil wuduk segera dan solat dengan segera. Dengan susah payah aku bangun daripada camping bed, bila dah berbadan dua ni, nak bangun atau duduk bukan boleh sebarangan, kena senget sana sini, baru tak sakit pergerakan tu, pernah aku salah bangun, salah duduk, sakitnya perut aku hanya Allah yang tahu. Sebab tu aku berhati-berhati semasa bangun dan duduk.

Selesai solat aku tengok Tok Ketua dah siapkan teh o panas secerek sederhana besar, dia tahu hanya minuman tu yang mampu aku minum setakat ni, aku dah tak boleh minum 3 in 1 tu, macam nescafe ke kopi ke, sebab kalau ada kandungan susu pasti aku akan muntah. Tok Ketua ni dia hanya minum minuman manis macam tu kalau masuk hutan, di kedai makan atau pergi ziarah rumah orang, kalau di rumah, dia tak nak sentuh langsung, kecualilah ada orang yang datang bertandang di rumah kami. Katanya, kat rumah dia nak minum air masak je. Untunglah aku kan.

Sambil minum dengan Tok Ketua, aku perhatikan sorang-sorang bangun. Geng-geng wanita mula siapkan sarapan. Aku membantu ala kadar walaupun aku tak dizinkan membantu, hanya disarankan relaks je. Mana boleh, aku cepat bosan kalau duduk semata. Maka, aku diberi tugasan membuat roti roll sardin. Dengan rasa sukacita aku membantu, kemudian masak bihun goreng, roti bakar. Dah belasah roti sardin roll 2 keping, aku belasah pulak roti bakar cicah kari ayam semalam. Perghhhh terbaik. Kemudian boleh sambung ratah ikan kembung masak ala portugis semalam yang telah dipanaskan.

Selesai makan, Tok Ketua sibuk ambil gambar, siap terjun terjuk bagai, aku pandang jelah, nak buat sama tak mampu. Aku mandi berjemaah bersama kakak-kakak di jeram yang tidak dalam. Mujur aku selamat, hampir dibawa arus sebab tak mampu nak imbang badan, tapi tidaklah aku panik, kalau panik tak boleh nak berfikir, aku pun floating dan kembali bangun. Aku tak bagitau pulak Tok Ketua, kang kena marah tak pasal pulak, hehehehe.

Sebelum tengahari menjelang, Tok Ketua, aku dan kawannya bergerak kelaur daripada hutan itu. Kawannya nak ke Kuantan, melawat saudaranya kemalangan akibat melanggar lori. Mujur jugak kami keluar awal. Hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya. Jalan menjadi licin, agak sukar bagi pemandu yang tak biasa off road. Alhamdulillah kami selamat keluar. Kawannya meneruskan perjalanan ke Kuantan manakala aku dan Tok Ketua sambung tidur. Zzzz. Penat jugak ya kalau trip dalam keadaan berbadan dua ni. Tapi bestlah, terubat jugak hati aku sebab tak dapat pergi Singapore kan. Tak apalah, rezeki bersama anak kot ke Singapore nanti.

Walaupun trip masuk Sg Berakit tu aku rasa tak puas sebab tak dapat buat banyak aktiviti, tapi aku suka sangat.







4 ulasan:

UMMI YL berkata...

akak ni adventurous sungguh,,,pregnant2 pun leh camping lagi..:)

kalau kejang kaki tu masa mengandung ni kalau bg setengah ornag memang senang kena..ada kes 4 5 kali satu malam...
saya masa anak sulung kena kerap jugak tapi selalunya sempat sedar sebelum kejang sepenuhnya jadi bila mula2 nak jadi saya balas kejang tu supaya jangan melarat..kalau tak sempat alamatnya tahan sajalah..saya ada baca dulu camana nak kurangkan kejang tu tapi tak ingat kat mana..nanti saya cuba cr balik..

mandi malam tu kalau berendam kat sungai tu memang agak tak baik..kalau sekejap pun tak baik sebab kadang2 sungai tercemar..ibu mengandung senang kena jangkitan...kalau bersih takut licn plak...
tapi kalau mandi malam di rumah, saya dulu mandi je..sebab masa mngandung kuat berpeluh dan kulit jadi gtal sebab pembawakan anak...tapi mandi sekadar buang peluh tu..takdele sampai kecut jari..hihi

hihi..anak akak nanti tentu lasakjugak cam akak ni...:)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : hehehhee, itulah dah jiwa begitu, nak tak nak tok ketua pasrah jelah :-)

oh ye ke? rulza mandi mlm jugak ke? samalah macam saya ni, sejak preggy, sering berpeluh, panas dan gatal di kulit, especially kat perut, asyik dok garu perut dah macam beruk, ahakssss, dah sapu mcm2 minyak kat perut pun gatal jugak, entahlah

yg psl kejang kaki tu diaorg kata pakai stokin, dah pakai, tetap berlaku, sapu minyak sblm tidur, dah sapu, tetap jugak berlaku

kata seorg rakan tu mgkn kesan drpd xtvt lasak yg sy dah buat sebelum preggy, dan kedua mgkn faktor umur, yelah sy mengandung anak sulung di usia 33 thn. agaknyalah :-)

Kakcik Seroja berkata...

Kakcik mengandung sulung di usia 25 tahun dan kakcik bukan seorang yang lasak. Tapi tetap juga kena kejang kaki di malam hari tu. Keistimewaan bagi ibu yang mengandung agaknya. :)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kakcik : ohhh ye ke kak, so tak ada kena mengena dgn sejarah silamlah ni ek, hehehehe :-)