Assalamualaikum wbt. Bismillah
Apa khabar kawan-kawan. Hujung minggu kalian ke mana? Pagi semalam, selepas bersarapan mengenyangkan perut, tok ketua ajak aku berjalan-jalan. Aku ikut sahaja, lagipun dah lama kami tak jalan-jalan pada hujung minggu.
Memandangkan tok ketua yang memandu, aku sekadar melayan radio. Semua radio aku dengar, kejap radio IKIM, kejap Era, kejap Sinar, kejap Suria, kejap Nasional.fm, kejap hot.fm, kejap THR, semua aku main tibai je dengar, sebab kalau lagu tu tak sesuai dengan halwa telinga aku atau lagu tu terlampau ayat power di gegendang telinga aku yang aku rasa tak masuk akal atau tal logik, maka aku akan segera tukar siaran.
Aku baru perasan, setelah lama aku tak dengar radio hiburan ni, aku rasa lagu-lagu baru yang wujud ni kebanyakan tak kena dengan selera telinga aku. Adalah sebilangan lagu je kot yang aku suka, yang lain aku rasa sakit telinga aku mendengarnya. Entahlah, mungkin perubahan hormon kot, menyebabkan aku lebih santai dan selesa dengar lagu lama-lama, awal 70an-90an. Nampak sangat selera aku selera tua kan. Mmmm, nak buat macam mana, aku dah jadi orang tua sekarang ni. Hehehehe
Tok Ketua dah malas nak layan aku asyik tukar-tukar siaran radio. Kadang-kadang aku cakap sorang-sorang seperti "Abang, lagu ni masa saya darjah 5, hahahaha, saya ingat lagi", dengan penuh excited aku bagitau Tok Ketua. Tok ketua macam biasalah, guna ayat nak mengena, "Eeeee, sayang dah tualah ni". Cissss. Hehehehee. Macamlah dia muda lagi. Ahaksssss
Tiba-tiba, lampu amaran kereta aku menyala. Aku pandang Tok Ketua, Tok Ketua dengan pantas memberi signal ke kiri dan parking di bahu jalan. Huwaaaa, kereta aku breakdown. Overheat. Puncanya? Aku pun tak tahu. Aku tengok Tok Ketua sibuk check keadaan kereta aku. Aku mula rasa sakit perut secara tiba-tiba kesan makan cili jeruk bersama char keoy tew malam semalam.
Cuaca di luar panas menggila. Aku mula rasa pening. Bila pening mulalah aku nak termuntah. Kemudian, Tok Ketua cakap motor kipas tak berfungsi. Aku dah tak peduli pasal kerosakan kereta. Yang pasti aku tiba-tiba diserang cirit-birit. Mujur parking di kawasan Esso. Aku menggunakan secara maksimum tandas di situ sambil menunggu Tok Ketua membaiki kereta.
Habis masalah cirit-birit, aku rasa nak termuntah pula. Aku menahan muntah sebab aku dah malas nak ulang-alik ke toilet Esso. Tapi aku dah berdaya menahan muntah, sudahnya, aku berkampung sekejap dalam tandas Esso. Sehingga masalah kereta selesai, aku dah lembik asyik dok buat tawaf ke toilet je.
Tok Ketua cakap kena pergi workshop kawannya jugak sekarang. Sebab condition kereta aku tak sepenuhnya stabil sebab dia hanya guna by pass. Aku tak faham apa kejadah konsep by pass digunakan pada kereta aku, kalau aku tanya aku rasa aku tak faham, maka aku diamkan sahaja.
Rupanya Tok Ketua tak ada sebarang peralatan nak membaiki kereta aku, selalunya dia memang standby tool box masuk dalam kereta aku. Tapi, aku bersyukur, sebab suami aku walaupun bukan mekanik, tapi dia dah pandai repair kereta setelah hampir 2 tahun lebih dia belajar membaiki kereta di workshop kawannya itu. Mujur lagi aku bernasib baik, kereta aku overheat di saat Tok Ketua ada di sisi,buatnya aku seorang diri, mahunya aku cuak dan menggelabah jugak.
Aku terfikir selama ni aku travel seorang diri tengah malam bawak ke pagi, pergi trip dan balik daripada trip mendaki, bagaimanakah agaknya sekiranya kereta aku breakdown ye? Adoiii la, tak terfikir pulak aku, mujur Allah selamatkan aku. Kalaulah berlaku, tak dapat aku bayangkanlah. Haaa tulah berani sangat travel tengah malam seorang diri. Ni cerita zaman aku bujanglah ni.
Dengan bantuan kaki-kaki 4wd Tok Ketua dapat cari kedai yang buka di hari Ahad. Jarang ada kedai kereta / workshop buka di hari Ahad ni. Bergegas Tok Ketua membeli motor kipas dan terus menuju ke workshop kawannya di Subang untuk meneruskan kerja membaiki kereta aku.
Bermulalah sesi membaiki kereta aku yang dilakukan oleh Tok Ketua sendiri. Aku sangat gembira kerana suami aku ni dah banyak jasa pada kereta aku. Sangatlah save kos. Kalau hantar kedai, tak tahulah upahnya berapa. Hobi Tok Ketua ni sangatlah aku sokong, kerana ianya sangat bermanfaat pada aku dan persekitaran.
Daripada Zohor sehinggalah hujung Asar kereta aku selamat dibaiki oleh Tok Ketua. Workshop mula dipenuhi oleh kawan-kawan kami. Masing-masing datang nak repair kereta masing-masing kerana meraka baru saja keluar daripada hutan, trip offroad. Ni untungnya, bila tahu repair kereta sendiri. Sangat menjimatkan kos.
Aku rasa kelakar pun ada, apa taknya, suami aku, dan kawan-kawannya tu langsung tiada background mekanik, masing-masing kerja ofis, ada yang kerja company GLC, ada yang jadi doktor, bisnesman, tapi semuanya tahu repair kereta sendiri hasil kerja keras mereka belajar daripada owner workshop di situ. Paling kelakar, doktor tulah, siap pakai baju doktor post mortem color biru, tapi dalam poket baju penuh dengan spanar dan screw driver dll, hahaha, aku memang rasa kelakar yang amat.
Aku pun sejak terjebak dengan mereka, tahulah sedikit sebanyak pasal kereta ni. Dulu aku sangatlah jahil pasal kereta, nak bukak bonet depan kereta pun tak tahu, tapi sekarang dah tahu, tu pun puas kena kutuk dengan kawan-kawan suami aku, apa taknya, suami aku minat membaiki kereta, tahu pasal maintenance kereta, tapi isterinya nak bukak bonet depan pun tak tahu, hahahaa
Sekarang ni, aku tidaklah berada di takuk jahil sangat, adalah jugak benda yang aku tahu. Kalau gasket ka, air filter ka, macam mana nak bukak bateri kereta ka, dll tu tahulah serba sedikit. Tak adalah aku nganga je semasa diaorang berborak pasal kereta.
Kerana minat Tok Ketua punya pasal, aku pun kenalah ambil tahu pasal dunia kereta dan penyelenggaraannya. Pernah aku buka dan baca kitab mengenai penyelenggaraan 4wd. Peningnya kepala aku. Tapi tak pe, sekurang-kurangnya aku membaca perkara yang berfaedah untuk kepentingan aku sendiri jugak.
Begitulah ceritanya. cerita ni tak best pun. Apa yang aku nak simpulkan daripada cerita ni, aku dah tak berani lagi nak travel seorang diri tengah malam sebab kereta aku bukannya makin muda, tapi makin tua, bila makin tua, bila-bila masa sahaja kereta aku akan meragam. Tanpa Tok Ketua di sisi, mahunya aku menggelabah.
Kedua, kerana minat dan hobi Tok Ketualah, aku tak pernah lagi servis kereta aku di pusat servis dah lebih 2 tahun, sebab Tok Ketua sendiri dah serviskan untuk aku. Sebarang kerosakan kereta aku pun dia baiki dengan kudratnya sendiri. Macam timing belt, disc break dan segalanya telah menggunakan jasa Tok ketua. Dan sebagai isteri, aku rasa sangat bersyukur dengan hobi suami sendiri yang mampu memberi manfaat pada kami sekeluarga. Itu belum masuk keretanya dan kereta kawan-kawannya yang sama-sama join trip off road.
Ketiga, bak kata seorang kawan, kalau sayangkan suami, ambil tahu minatnya. Jangan jadi kera sumbang, Insyaallah suami akan rasa lebih dihargai apabila kita sama-sama ambil tahu perkembangan minatnya. Maka di sini, aku kenalah bekerja lebih keras untuk ambil tahu dunia penyelenggaraan kereta. Supaya aku tak terasa jahil apabila memasuki dunia mereka.
Keempat, kos dapat dijimatkan bawah rm100. Kawan aku 2 minggu lepas, sama situasi keretanya breakdown seperti aku, duitnya terbang lebih rm600. Nampak tak? Betapa berbaloinya pengorbanan suami aku bersusah payah belajar repair kereta selama lebih 2 tahun daripada kawan-kawannya di workshop itu.
4 ulasan:
Syukur Alhamdulillah dapat suami begitu. Memang banyak boleh dijimatkan.
Syukur juga kejadian berlaku di tempat yang 'banyak urusan' boleh diselesaikan. Bayangkan kalau tiada tandas berhampiran...
kakcik : alhamdulillah kak, betul kak, mujur ada Esso kalau tidak tak dpt bayangkan, hahahaha
saya pun sama..lagu zaman ni tak best dengan telinga saya...kalau tanya nama lagu atau penyanyi..sape pun tak kenal...dah lama tak dengar radio..lam kereta pasang asma ul husna (ana muslim) sebab nak bagi umar dan ammar boleh hafal...
sekali akak sakit perut lak..sian akak..jenuh gakla kan nak tunggu dengan sakit2 tu..
rulza : betul tu, kalau tanya nama penyanyi, confirm sy tak tahu. artis tumbuh mcm cendawan lps hujan, tah sapa2lah.
bagus tu rulza, bg anak2 dengar lagu yg mendidik jiwa, sy nanti pun nak buat macam tulah.
saya pasti akan sakit perut kalau mkn cili semasa dlm preggy ni, padahal sblm preggy elok je, tp dah tekak selera pedas, makan jelah, pastu sendiri mau ingat, hahahaa
Catat Ulasan