~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 5 Julai 2012

Mimpi ku mengarut belaka

Hari ni aku rasa penat sangat. Puncanya semalam aku mimpi aku jadi mangsa tebusan puak mana tah. Aku berjaya meloloskan diri berlari sekuat hati dalam keadaan mengandung dan aku diselamatkan oleh sekumpulan lelaki yang tak dikenali.

Terselamat daripada mulut harimau, aku masuk mulut naga pula. Tak sangka, mereka yang selamatkan aku pula yang mengurung aku. Katanya mereka nak jadikan aku tebusan mereka pula. Adoi la.

Dipendekkan cerita, dengan bersusah payah aku akhirnya berjaya melepaskan diri. Aku berlari dan berlari dan berlari sehingga penat sehingga tersedar. Aku tengok jam 430am pagi. Betapa penatnya aku rasa macam di alam realiti aku berlari, aku hanya mampu berbaring sehingga jam 6am. Baru aku kelam kabut mandi dan tunaikan solat Subuh dengan segera.

Moralnya di sini, betapa aku sangat rindu nak berlari. Dah banyak kali sangat aku mimpi aku berlari, masuk tournament mendakilah, macam-macamlah. Payahlah macam ni.

Sudahnya, hari ni aku rasa sangat lesu

4 ulasan:

RULZA berkata...

penat tu mimpi berlari..
mudah-mudah akak selamat dr mimpi yang buruk dan gangguan orang yang jahat dan dengki..:)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : itulah, semoga sy berada dalam lindungan Allah sentiasa drpd kejahatan dan derita yg sy khuatiri

cikceriacorner berkata...

mesti penat..biasanya kalo mimpi mcm tu melibatkan tenaga dan otak kita..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

cik ceria : aahhhh, sgt penat, hehehehhee