~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 5 Julai 2012

Setengah tahun dah pun berlalu...kubur kata mari...mari...mari...

Assalamualaikum...

Hari ni dah 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai Nisfu Syaaban. Pada yang berpuasa pada hari ni, aku ucapkan tahniah, semoga puasa kalian dianugerahkan pahala tertinggi oleh Allah SWT. Semalam mesti ramai yang membaca Surah Yassin sebanyak 3x kan, walaupun itu bukan sunnah Nabi, ia tetap menjadi satu amalan yang mulia. Bak kata ustaz, daripada tak baca, baiklah baca walaupun Surah Yassin sematakan.

Sedar atau tidak, kalendar Masihi dah menunjukkan kita dah hidup selama setengah tahun dah dalam tahun 2012 ni. Alhamdulillah. Masih diberikan nyawa secara percuma. Masih diberikan tahap kudrat dan kesihatan yang sangat sempurna, masih tak nyanyuk masih mampu ingat wajah dan nama-nama orang tersayang juga musuh.

Walaupun tahun ni banyak sekali ujian dan musibah yang aku hadapi, sebagai hamba, aku kena belajar menjadi manusia yang redha, kerana sebagai Pencipta, suka hati Allahlah kan bila Dia nak kasi bila Dia nak ambil, aku ni siapa nak pertikai, ye tak? Mujur Dia tak ambil nyawa aku lagi, setakat kereta aku tu apalah sangat ye tak? Ini ayat pujuk diri sendiri ni sebenarnya.

Bulan depan dah nak raya pun. Bagi yang belum habis berpuasa ganti, inilah masanya, masih ada masa-masa kecederaan nak ganti puasa. Puasalah segera, kang tak pasal kena bayar fidyah kang.

Oh ya, dalam setengah tahun ni adakah kita semua dah khatam al quran? Rugi sangatlah barangsiapa masih tak berjaya / tak mampu khatam al quran, kerana al quran tulah peneman kita esok kat dalam kubur. Ada seorang ustaz pernah cakap, beliau kata, kalau dalam saat memerlukan baru kita cari al quran dan baca dah tak de maknanya, silap-silap al quran itu akan mencela kita semula. Maksud mencela di sini ialah segala permintaan kita tidak akan ditunaikan.

Maka, berdampinglah dengan al quran sepanjang masa. Banyak kelebihannya. Aku cakap pada diri sendiri ni.



4 ulasan:

RULZA berkata...

Assalamualaikum kak

elok hidupkan nisfu syaaban cumanya yang jadi tak boleh bila ada orang rasa wajib kena baca yassin 3 kali untuk hal-hal yang disebut...tak baca yasin pun takpa..yang penting hidupkan nisfu syaaban dgn ibadah...

camana kes kereta akak tu..??

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : itulah, mentaliti org melayu islam biasanya begitu, wajib baca yassin 3x. sebenarnya byk amalan lain boleh buat, tp xpelah drpd mereka x buat2, hehehee, kata ustaz jgn ditegur, kang langsung diaorg x nak buat, hehehee

kete sy masih dlm proses investigation. yg pastinya kalau dpt pun claim x seberapa je :-( nak buat macam mana, dah tertakdir begitu

RULZA berkata...

sian akak.takpala kak, minta2 allah gantikan yang lebih baik....

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : terima kasih ya atas doamu itu :-)