~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 22 Julai 2014

rania oh rania

Assalamualaikum wbt kawan-kawan tersayang

sekejap je kan ramadhan dah nak berlalu. tinggal berapa hari lagi. walaupun tahun ni ramadhan agak panas, hanya 2 kali sahaja hujan di kediaman aku, tapi tahun ni aku rasa paling pantas masa berlalu. tengok-tengok kejap je dah pukul 7pm. baru dapat nak berehat.

yelah, aku bukan sahaja sibuk dengan rumah, mana nak masak, nak kemas rumah, nak sapu sampah, nak mop lantai, ni marsya pulak dah boleh merangkak, semuanya nak dikutip masuk mulut. so kebersihan lantai kena sentiasa terjaga. yang si rania pulak, kalau 10x dia makan, 10x la aku terpaksa sapu sampah, bersepah-sepah dia makan, jenuh nak explain supaya makan elok-elok. kalau air tak tumpah ke lantai, serdak makanan yang bersepah, kalau tak, kotor habis baju seluar yang dipakainya.

ni yang menyebabkan bila ada anak, aku fikir banyak kali nak berjalan ke rumah orang. malu sangat rasanya. dengan sifat ranianya yang sangat lasak, aku kadang-kadang malu dan segan jugak dapat anak selasak rania, pengasuh pun cakap rania adalah anak yang paling lasak dalam banyak-banyak yang dia mengasuh walhal rania adalah perempuan. ramai lagi anak yang diasuhnya termasuk lelaki, tapi rania yang teratas carta lasaknya. aduhai.

jiran-jiran pun cakap yang mana selalu lepak kat playground dengan rania yang ditemani tok ketua, kata mereka, rania memang sangat lasak. Rania oh rania. diaorang tengok berdasarkan cara dia bermain di playground, main jongkat jongkit dll. sebab tu aku cakap aku tak sanggup nak temani rania bermain, tok ketualah yang melayani dengan penuh bersabar.

bak kata kakak ipar aku, mana turunnya kuah kalau tak ke nasi. dah ibu bapaknya lasak, merujuk pada aku dan tok ketua. so, tak payahlah nak hairan kalau si rania tu langsung tak reti duduk diam. hahahahahaha. ada saja yang diprosesnya. dahlah bercakap pun banyak, tak reti diam. ada saja yang ditanyanya. kalau bertanya bukan sekali, berkali-kali. dah macam iklan burung murai tulah. sehinggakan tok ketua ada sekali cakap pada rania, rania, dahlah tu jangan tanya lagi, penat bapak nak jawab. hahahahaa. puncanya dalam kereta, sepanjang jalan melalui kawasan perumahan, rania nampak banyak pokok. sudahnya dia asyik tanyakan tok ketua. bila tok ketua jawab pokok, rania akan bertanya lagi dan lagi. aku di seat belakang ketawa mengekek-ngekek. dalam hati, padan muka, hahaha kena ragging dengan anak, bukannya apa, tok ketua kan jenis pendiam, nak dengar sepatah dia cakap pun susah, so bila dengan anak, terpaksalah dia layan. hohohohoho

nanti si marsya macamlah pulak?. kalau lasak jugak, adui matilah aku. opsssss. marah twin aku bila aku cakap begitu. apa tidaknya belajarlah bersyukur katanya. dia kawin dah lama, belum dikurniakan anak. dia lagilah lama kawin daripada aku, tapi aku yang lambat kawin dah ada 2 anak. so insaf bila mengenangkan kata-kata twin aku.

tak mengapalah, dapat anak lasak, mungkin banyak hikmahnya, boleh kurus kot. hahahaha