~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 16 Julai 2014

status yang popular hari ni - Peugeout

Assalamualaikum kawan-kawan tersayang

Kes kereta peugeout CDM25 menjadi bualan yang sangat-sangat hangat di laman sosial facebook, blog dan lain-lain.

pertama kali baca macam teruknya perempuan itu, tapi bila dah jadi bahan dalam FB, aku mula kesiankan dia.Apa tidaknya, apa sahaja isu, apa sahaja status mesti dikaitkan dengan cerita tersebut, kasihan pulak kat dia kan. sehingga jadi bahan lawak, buat filem stering lock dan macam-macam lagi.

Aku memang cepat kesiankan orang walhal pada mulanya tu macam bengang je pada orang tu. itulah aku, kelebihan atau kekurangan aku pun tak pasti. kadang-kadang atas tiket kesiankan orang, ada orang ambil kesempatan pada aku. entahlah

moga apa yg berlaku kita ambil iktibar dan pedoman.

nota kaki : ngeri aku bayangkan sekiranya yang melanggar pompuan tu adalah samseng. mahunya stering lock makan tuan. haru!!!