Assalamualaikum kawan-kawan tersayang
Esok 4.9.2014 genap 2 tahun umur Rania. Seperti tahun lepas, tiada hadiah dan tiada sambutan hari jadi.
Aku pun tak tahu apa nak kasi pada Rania. Mungkin kerana tu sama tiada hadiah yang aku beli. Hahaha, lagipun, mungkin Rania belum pandai meminta-minta, maka aku dan Tok Ketua abaikan terus hadiah untuknya. Mungkin zalim kot pada orang lain, tapi aku rasa tak perlu kot lagi nak sambut. Tunggulah dia besar sikit lagi. Mungkin suatu hari nanti, dia boleh sambut di Taska bila panjang umur lagi
sebagai ibu, walaupun tiada sebarang hadiah, tapi doa ibu tak pernah henti tak pernah putus. Ibu sentiasa doakan agar Rania menjadi anak yang solehah, beriman dan bertakwa. Anak yang mampu bawa ibu dan bapak masuk ke syurga tanpa hisab.
Ibu tak bangga pun sekiranya anak ibu mampu jadi pilot, lawyer atau doktor tapi maksud surah al fatihah pun tak tahu. Ibu tak bangga pun kalau anak ibu mampu jadi jutawan tapi sejarah nabi pun tak hafal tak tahu. Ibu tak bangga pun sekiranya anak ibu akan jadi seorang pemimpin terbilang tapi jauh dengan Allah
Susah payah ibu bawak perut, sakit perit ibu lahirkan Rania, itu bukan percuma. Ibu nak balasan setimpal. Tiada benda percuma dalam dunia ni sayang. Maka, ibu nak Rania menjadi kebanggaan ibu dan bapak bukan sahaja melibatkan duniawi malah yang jauh lebih penting adalah tentang akhirat sayang.
Dunia ni hanyalah sementara sahaja. Tiada yang kekal. Ibu dan bapak juga sekadar pinjaman buat Rania. Tiada pilihan ketiga sayang, hanya ada syurga dan neraka. Pilih syurga kerana neraka itu seburuk-buruk tempatnya. Dan tolonglah bawak ibu dan bapak bersamamu sayang ke sana suatu hari nanti. Tolonglah sayang, bantulah ibu, sesungguhnya ibu banyak dosa, hanya anak solehah yang mampu tolong ibu, bersihkan ibu daripada dosa dan noda.
Tolonglah sayang ibu wahai anak ibu, Rania Puteri.