~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~
Memaparkan catatan dengan label tentang makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tentang makan. Papar semua catatan

Jumaat, 30 September 2011

Kisah sekotak kurma




Semalam, selesai makan malam, semasa mengemas dapur, aku lihat masih ada berbaki sekotak kurma yang belum terusik. Gara-gara kurma ni tak habis bukan kerana aku dan suami tak suka kurma tapi ofis aku lah ni puncanya, last-last minute baru nak kasi kurma pada staff yakni dah hujung Ramadhan baru nak kasi lagi 2 kotak kurma. So, tak ada siapa nak makan sebab kurma dah ada banyak stok dalam rumah.

Supaya tragedi tahun lepas tak berulang di mana kurma aku tahun lepas aku lupa nak makan dan akhirnya membusuk begitu sahaja dan terpaksa dibuang, maka, aku dapat ilham untuk buat jus kurma dan agar-agar kurma. Segera aku bekerja keras merealisasikannya :-)

Jus kurma memang favourite akulah, sebab tiap kali menjelangnya Ramadhan, aku wajib cari jus kurma selain air kathira. Tapi agar-agar kurma semalam 1st time aku buat. Maka, aku dah ambil tindakan bijak di mana aku tak membazir buah kurma. Alhamdulillah, satu pembaziran dapat dielakkan.







Jumaat, 23 September 2011

Tazkirah tentang makan, makan dan makan

Allah kan dah cakap setiap perbuatan yang kita lakukan kat dunia ni akan dihisab walaupun sebesar zarah, tak kiralah samada perbuatan itu baik ataupun jahat.

Pagi tadi tazkirah ustaz adalah berkisar mengenai makan dan minum, maklumlahkan, bulan syawal di kenali sebagai bulan melantak sesedap rasa.

Ustaz cerita, ada 3 jenis makan yang Allah tak kan hisab, iaitu :-

1- apabila kita makan semasa berbuka - dengan syarat makanan tersebut halallah kan dan kenalah ada adabnya dan etikanya seperti baca doa sebelum dan sesudah makan. Mentang-mentang takkan dihisab, tak nak baca doa, tak berkatlah pula rezeki tersebut.

2- makan bersama tetamu

3- makan dengan kanak-kanak termasuklah anak atau adik sendiri.

3 perkara di atas takkan dihisab oleh Allah. Tu janji Allah, so, moral of  the story, mari kita amalkan.

Sebenarnya, masih ada banyak tazkirah yang disampaikan, aku simpan kat minda aku dulu, sebab aku tak ada idea nak susun ayat :-)

p/s : oh ya, ustaz ada cakap, kalau memberi makan kepada sesiapa yang lapar sehinga kenyang, Allah jarakkan api neraka daripada kita, jaraknya ialah 2 parit. Tahu tak 2 parit tu bersamaan 500 tahun kat dunia. Selamat menjamu orang makan ya. (jangan lupa jemput aku, ngeh ngeh ngeh!)

Khamis, 15 September 2011

Cendawan Kukur @ Sisir


(sumber google)

Salam Syawal. Wow. Esok Public Holiday. Tak sabarnya nak bercuti lagi. Aku rasa orang lain pun seperti aku sekarang, sesi menyusun atur jadual open house yang bakal dihadiri pada esok hari, Sabtu dan Ahad. Open house yang bakal aku hadiri tidaklah sepadat minggu lepas. Minggu ni ada kelapanganlah sikit untuk perut aku ada ruang untuk udara menginap. Hahaha.

Walaupun tak sepadat mana, ada juga yang mungkin terpaksa dilupakan sebab tak cukup masa nak penuhi semua. Tapi, aku kena utamakan open house yang dibuat oleh saudara mara aku terlebih dahulu. So dalam sehari, 3-4 jemputan je aku boleh hadiri. Aku tak heran kalau aku serbu ke rumah saudara mara aku, penuh dengan limpahan makanan. Diaorang memang terer masak, tak macam aku, yang masih tahap hingusan dalam dunia masakan.

Sebenarnya, aku masih tak sihat, semalam aku ke klinik lain untuk mengambil ubat. Yang nyata, selsema aku terus hilang. Cuma yang merisaukan aku ialah batuk aku ni. Dah tahap yang teruk jugaklah. Lebih membimbangkan aku, aku ni ada penyakit asma, maka setiap kali batuk, aku risau asma aku akan datang menyerang.

Ni pun setiap nafas aku dah berbunyi-bunyi. Lagilah aku susah hati. Sebab aku dah lama sangat tak mengalami asma. Kali terakhir adalah semasa zaman sekolah menengah. Selepas tu sampai sekarang penyakit tu tak pernah datang bertandang lagi.

Pagi tadi pun masa mengaji al Quran, aku dah semput-semput. Tapi aku gagahkan juga mengaji kerana Allah. Penyakit ni Allah yang beri, maka kepada Allah juga ia akan kembali kan. Suara aku dah makin sengau. Kalau ada panggilan masuk, majority dah tak cam suara aku. Eeee geram jugak rasanya.

Ramai salahkan aku kerana walaupun sakit aku tetap berpuasa. Kalau aku tak puasa, mana sempat lagi nak kejar Syawal? Aku tak nak ketinggalan dalam berpuasa sunat syawal. Akukan banyak dosa, kenalah sentiasa gigih mencari pahala. Kalau tak habiskan, bila lagi, aku ni ada sesi datang bulan, kalau tangguh kang, tak cukuplah puasa aku ni.

Mungkin atas faktor nilah jugak, batuk aku tak lega sepenuhnya sebab aku gagal makan ubat secara konsisten. Ubat batuk kena makan sehari 3x, tapi bila dah puasa, nampak gayanya dapatlah 2x je minum ubat batuk tu semasa berbuka dan bersahur.

Malam ni pula ada beberapa kawan-kawan daripada dunia outdoor nak datang beraya di rumah aku. Mungkin dalam 7-8 orang jugak. Kalau ada rezeki mereka nak tidur je kat rumah aku, sebab diaorang nak mandi pool kat bawah apartment aku esoknya. Aku tak kisah, nak tidur tidurlah, diaorang dengan aku dah macam saudara, dah macam adik aku je, masing-masing masih single but not available. Ahaksss.

Aku tak tahu nak masak apa. Kawan-kawan aku tu boleh tahan cerewetnya, hahaha, teringat dalam hutan masa trekking, ada yang tak makan bawang, ada yang tak minum susu, ada yang tak makan sayur, ada yang tak boleh makan nasi tanpa kicap, ada yang tak makan pedas, so, aku dah buntu nak masak apa.

Walaupun aku boleh dikategorikan suka memasak, sebagaimana aku giler memandu, tapi skills aku sangat-sangat terhad. Perkara ni ada aku suakan pada seorang rakan ofis, dia cakap, tak kelasss la kalau ko goreng mee, cuba buat mee sup ke mee bandung, apabila aku cakap aku nak goreng mee je sebab aku pun bukannya sihat betul. Tapi, aku rasa lawak pula bila member aku cakap tak kelassss. Macam iklan ribena.

Entahlah, kan best kalau aku terer masak, tak ada pening kepala nak fikir tentang juadah. Kek coklat dah aku order, saki baki kerepek-kerepek raya masih banyak yang tinggal. Buat masa ni, mee goreng jelah paling ringkas aku nak masak. Lantaklahkan kalau tak kelasss. Dalam hutan boleh je makan sebungkus maggi mentah kongsi 12 orang. (masa ni ada masalah teknikal tentang ration. trip pulak dalam hutan 8 hari, kurus aku sekejap). Hahahaha

Kalau aku berkesempatan aku buatlah mee sup ke bandung ke apa-apa sahaja. Aku pun tak tahu nak sediakan menu apa untuk berbuka petang nanti. Dah 2 hari aku berbuka sorang, huwaaaaa, suami aku lambat tiba di rumah sebab hujan, huwaaaaaaaaaa. Kesiannya dia kena ujan dan panas terik pergi dan balik kerja, aku yang selesa kena aircond kereta ni patutnya lebih-lebih dalam bersyukur kan. Alhamdulillah. Tulah sapa suruh pergi kerja naik motor. Ahakssss. Inflasi sifar wawasan kita.

Masak lemak cili padi cendawan kukur @ sisir masih berbaki dalam peti ais. Sup ayam pun masih ada saki baki. Hmmmm, nampak gaya makan itu ajelah kot. Sebab dalam keadaan tak bermaya ni, aku tak mampu nak fikir apa-apa pun. Bencinya menjadi manusia yang tidak produktif dalam minggu ni.

p/s : aku tak tahu nak letak tajuk apa, sebab tak mampu berfikir dengan waras lagi, hahahaha, so belasah aje

Aku sudahi dengan tasbih kaffarah.




Jumaat, 9 September 2011

Open house

Selagi tak habis syawal, selagilah tu sesi open house meriah semeriah meriahnya. Tahun ni senarai jemputan open house aku tidaklah sepadat 2 atau 3 tahun lepas. Sehingga ada jemputan yang terpaksa aku tolak atas sebab kekangan masa. Kekangan masa di sini adalah melibatkan masalah jem yang akan wajib berlaku sepanjang sabtu dan ahad di bulan Syawal dan sebab lain tak dapat hadir adalah kerana menghadiri jemputan yang lebih awal.

Berbeza senario tahun ni, ramai kawan-kawan nak beropen house di rumah aku pula. Puncanya mereka nak datang sejak tahun lepas lagi selepas aku berpindah ke rumah sendiri. Tapi disebabkan rumah aku masa tu belum sempurna, tak ada langsir, aku sekadar tutup dengan kepingan suratkhabar, sekali pandang dah macam rumah Bangla, rumah Bangla pun tak macam tu, kemudian, penuh ruang dalam rumah dengan kotak-kotak yang belum aku unpack ketika tu, maka aku cakap tak sesuai nak datang rumah aku, mungkin lain kali sahaja.

Maka, tahun ni mereka kembali menagih janji. Hahaha. Datanglah, aku alu-alukan kedatangan kalian. Kitakan bertemu dan berpisah kerana Allah. Silatulrahim yang terjalin sekian lama patut dieratkan lagi di dalam syawal yang mulia ni.

Ada yang kawan-kawan rapat yang dah pun datang sejak sebelum ramadhan lagi, yakni selepas aku menikah dengan suami aku. Ada yang sering datang banyak kali dah sebab diaorang suka melepak kat rumah aku, aku rasa dia suka sebab rumah aku ni strategik, di mana lokasi rumah aku berada di tengah antara rumah dan pejabatnya. Hahaha. Rumah aku tu dah jadi laluan utama dia setiap hari.

Aku tak kisah, aku suka tetamu datang, walaupun bagi sesetengah orang maybe tak selesa kawan-kawan datang main terjah je, dahlah datang sekitar jam 10pm ke atas pula tu. Sebab pada aku, diaorang dah ikhlas nak datang apa salahnya. Ni pendapat akulah. Sebab aku belajar untuk menjadi manusia fleksibel kat sini.

Esok pula sesi aku terjah open house bermula daripada Seremban, kembali ke Puchong, Shah Alam, Taman Melati dan akan berakhir di Kelana Jaya. Yang pastinya, aku tak pasti jam berapa aku akan sampai di rumah. Ahadnya pula sedara aku nak datang beraya di rumah, aku tak pasti samada aku sempat atau tidak menyediakan juadah. Yang pasti aku kenalah sediakan jugak juadah, sebab temanya adalah pot luck, idea adik kembar aku.

Mungkin malam ni paling sesuai untuk aku beli bahan nak masak untuk hari ahad ni. Sebab esok dari pagi sehingga malam,  aku tak ada kat rumah.

Ada sesiapa nak kasi aku idea nak masak apa untuk hari Ahad?

-Twin aku nak buat mee bandung
-anak sedara aku nak buat nasik impit, kuah kacang dan rendang ayam
-sepupu aku nak buat tart telur dan rojak
-anak sedara aku yang sorang lagi maybe buat spageti

Aku nak masak apa ye? Tapi aku dah order lemang dan kek basah prune

Suami aku kata kalau tak sempat masak, dia nak order je beriani kambing. Tapi aku cakap, aku nak masak sesuatu walaupun bukan pakar dalam dunia masakan, tapi aku sangat berbesar hati kalau orang sudi menjamah masakan aku walaupun akhirnya kena komplen kadang-kadang, aku tetap suka, sebabnya aku boleh improve skill masak aku.

Aku tutup entry ni dengan tasbih kifarah. Sebab cerita aku ni tentang keduniaan sahaja.


Ahad, 4 September 2011

Kepala Lemang

Salam Syawal daripada aku. Aduiii, payah bebenor nak buat entry bila line internet kat kampung tak stabil. Bila balik KL pula, sibuk beraya sana sini, tak lekat di rumah, pun satu masalah jugak nak stay depan laptop ni.

Apa cerita raya kalian? Tentu meriahkan, raya bersama keluarga, sanak saudara dan ada ramai di kalangan kawan-kawan aku yang beraya dengan baby baru. Perghhh seronoknyakan. Aku jugalah yang belum beraya ber-3 lagi. Huk huk huk. Harap rezeki tahun depanlah. Insyaallah.

Sesungguhnya raya tahun ni aku sangat-sangat puas makan kepala lemang. Kepala lemak yang berlemak tu memanglah favourite aku. Pantang pontong lemang je, sure aku akan ngap dulu kepala lemang. Sehingga husband aku dah bising, tak baik untuk kesihatan. Memang betul pun, apabila makan melebihi had dan muatan, tak kiralah apa sahaja pun, tentu tak baik untuk kesihatan. Makan kena bersederhana. Kena ikut sunnah Nabi.

So kalian semua, dah check ke paras kolestrol? Paras gula dalam darah? Aku sebenarnya dah tahap cuak ni, bimbang paras gula dan paras kolestrol di tahap bahaya. Sebelum puasa aku dah check paras gula, 4.2 tak salah aku, tapi kalau dah melantak lemang, rendang dll sesedap rasa, takkanlah angka tersebut statik tidak bergerakkan, silap-silap melonjak ke tahap tertinggi. Oh tidakkk.

Maka, aku kena kawal pemakanan aku secara drastik. Oh ya, mengamalkan puasa 6 turut membantu untuk kembali mengawal paras gula dan kolestrol di dalam badan kan. Marilah kita berpuasa 6 berjemaah. Semoga kita akan dapat pahala dan rahmat dari Allah.

Sekian buat masa ni, aku nak sambung beraya. Salam syawal daripada aku dan suami.