Sejak 2-3 menjak ni, aku kerap berganding bahu bersama kawan aku menyelesaikan teka silang kata dalam harian Metro. Sebenarnya dah lama sangat hobi ni aku tinggalkan sebab sebelum ini aku buat sorang diri, rasa tak meriah. Apabila ada teamwork, permainan ini jadi sangat menarik setelah teka silang kata tersebut berjaya kami selesaikan bersama. Maka, rasa teruja itu sentiasa wujud apatah lagi teka silang kata itu betul semua.
Ada masa dan ketika, kami tak berjaya selesaikan sehingga habis, terbiar tergantung sehingga seharian menanti untuk melihat jawapan di suratkhabar Metro keesokkan harinya. Ada jawapan yang betul, banyak juga yang salah. Ada masa kami tertawa bersama apabila jawapan tersebut melucukan. Ada masa kami mengerut dahi apabila jawapan tersebut tak pernah seumur hidup kami dengar. Ada juga ketikanya kami mempertikaikan jawapannya, hehehe, perasan baguslah konon.
Pada aku yang jarang-jarang berbual di ofis semasa kerja, yang lebih suka buat hal sendiri, rutin baru ini nampak sangat bagus untuk mengeratkan silatulrahim antara kami inter-department. Walaupun ada masa dan ketika kami berbalah pendapat, itu tak memberi sebarang kesan kepada perhubungan sesama rakan ofis sebab kami ikhlas berdebat untuk mencari jawapan yang tepat bagi merungkaikan masalah teka silang kata tadi.
Sebenarnya, secara tak langsung, teka silang kata tersebut membantu aku meningkatkan kefahaman dalam bahasa ibunda secara drastik. Sebab sebagai baka Melayu, aku ambil remeh penggunaan bahasa melayu dalam kehidupan seharian. Cikgu aku kat sekolah menengah dulu pernah cakap, orang melayu sendiri sebenarnya banyak jauh ketinggalan dan lemah dalam nak menguasai bahasa melayu itu sendiri.
Benar, aku tak nafikan, ini berlaku kepada diri aku sendiri, bila dikaji, banyak maksud simple yang aku kadang-kadang terlepas pandang. Sebagai contoh, yang = nan, contoh ayat, nan lalu, yang lalu. Aku rasa banyak orang lain sama seperti aku, sering terlepas pandang. Kadang-kadang kita rasa kita tahu, tapi sebenarnya kita tak tahu.
Bahasa melayu ni sangat kaya dengan bahasa yang indah sebenarnya. Cikgu aku pesan, maka janganlah diulang penggunaan ayat yang sama, cubalah belajar memperbaharui perbendaharan kata setiap hari. Bila dikaji, memang aku akui aku sangat naif dalam berbahasa. Aku sering menggunakan perkataan atau ayat yang sama setiap hari. Aku jarang dan takut nak menggunakan perkataan yang baru.
Paling aku terasa diri aku kerdil, apabila aku melayari blog orang lain yang begitu indah dalam menyusun kata. Bijaknya mereka mempelbagaikan pengolahan ayat membuatkan aku sentiasa teruja membaca blog mereka secara senyap sehinggakan membuatkan aku malu nak meninggalkan komen sebab terasa seperti langit dan bumi.
Secara diam, aku akui aku sentiasa menantikan entry yang terbaru daripada mereka-mereka ini. Plot dan jalan cerita mereka menjadikan entry mereka tak pernah membosankan malah pengisian dari pelbagai info turut diselitkan. Ini membuatkan secara tak langsung aku mendapat ilmu baru apabila membaca blog mereka yang panjang berjela tapi tak pernah menjemukan.
Sesungguhnya aku berterima kasih kepada mereka kerana membantu aku secara tak langsung dalam nak menguasai bahasa ibunda aku sendiri.

3 ulasan:
setuju. malah saya mengaku BM saya teruk walaupun mmg melayu tulin.
dulu rajin jugak buka kamus dewan tapi lepas tak belajar secara formal ni, kamus tu tinggal jadi bahan pameran je. kene bukak balik ni..
Assalamualaikum
kita pon kadang2 ambil mudah bila berbahasa... malu juga jadi orang Melayu tapi tak berbahasa dengan betul... hehe
GB : sy suka buka kamus, tapi tetap tak ingat jugak, aduhhh :-)
manje : waalaikummussalam
byk kwn2 sy yg bkn melayu lebih terer berkomunikasi dlm bahasa melayu jika dibandingkan dgn sy :-)
Catat Ulasan