18 Rabiuawal 1432 Hijrah. Biasanya rutin setiap isnin, beberapa minit digunakan untuk 'clearkan' inbox email aku. Aku banyak subscribe yahoo groups, maka setiap hari aku akan dapat email dalam kuantiti yang memang sangat banyak. Untuk membaca kesemuanya, aku tak mampu sebab tidak punya masa yang cukup. Justeru, aku asingkan email aku mengikut keperluan, yang aku rasa penting untuk diri aku atau aku rasa nak baca je aku biarkan, yang lain, aku delete.
Biasanya, sebelum delete, aku akan membaca tajuknya sepintas lalu. Aku hanya akan simpan email yang dapat memberikan aku input, info yang berguna untuk rujukan aku. Antara jenis dan contoh email yang aku suka ialah tentang info agama, kesihatan, petua, resepi dan sejarah. Aku cuba curi masa untuk membaca email yang bermanfaat ini (so kenalah curi masa baca al quran juga, bukan email sahaja).
Tapi, banyak juga email merapu yang aku terima. Contoh email yang aku tak suka ialah tentang pengiklanan produk-produk MLM, produk yang tah apa-apa kononnya produk kesihatan, produk kuruskan badan, tips untuk menjana pendapatan hanya dengan goyang kaki dll. Ada juga pengiklanan yang bagus seperti iklan rumah / hartanah / jawatan kosong, di mana aku boleh forward email tersebut kepada yang memerlukan.
Tapi, aku paling tak suka membaca jenis email yang ada sesi kutuk mengutuk artis (biarpun artis tu bersalah), kutuk ahli politik (biarpun ahli politik tu tak kotakan apa yang dikatakannya), atau perbalahan dalam dunia politik (cuba menegakkan parti masing-masing). Aku juga tak akan spend masa membaca email yang berbalah dan bertelagah pendapat tentang agama Islam.
Ada juga email yang aku terima kebanyakannya mencari kesalahan pengirim email dalam yahoo groups masing-masing dan akhirnya tujuan asal yang murni untuk berkongsi maklumat secara alam maya sudah tersasar dan tercalar kerana akhirnya ianya menjadi medan perdebatan sesama pengirim email.
Ini secara tak langsung mencerminkan true color mereka dan aku rasa sia-sia je untuk aku meneruskan pembacaan. Kesalahan aku sendiri, keburukan aku sendiri pun tak terkata, tak terhitung, maka aku rasa tak perlu buang masa membacanya. Better aku muhasabah diri aku, itu lebih afdal. Aku tak perlu ambil tahu sesi pergaduhan mereka yang langsung tak mendatangkan untung.
Oh ya, email berantai juga aku memang menyampah. Kononnya kalau aku tak sebarkan, aku akan ditimpa sesuatu bencana dan mara bahaya. Email sebeginilah yang langsung tidak menambahkan iman aku, sebaliknya kadang kala boleh menambahkan dosa dan secara langsungnya dah menyemakkan inbox aku.

Email yang aku suka aku save dalam folder pc aku. Aku takkan simpan dalam inbox lama-lama. Aku bukan sekadar simpan untuk koleksi dan rujukan, malah aku akan post di blog aku tanpa sebarang edit. Nilah salah satu sebab kenapa aku aktifkan semula blog aku. Selepas post, koleksi di folder akan aku delete serta merta. Kalau nak rujuk, aku kena refer di blog aku. Aku memang tak suka simpan email. Memang tak suka. Tak kiralah email daripada bos pun aku suka delete. Hehehe.
Kadang-kadang aku terfikir, alangkah bestnya jika hati aku seperti inbox. Yang mana bagus, aku simpan dan sebarkan, dan yang mana tak bagus, segera aku buangkan.
Marilah kita sama-sama bersihkan hati.

0 ulasan:
Catat Ulasan