Kawan aku mengadu lagi. Katanya makcik sebelah suami dia sering mengutuk dia. Itu ini tak kena. Serba tak kena. Kadang-kadang di luar logik akal makcik dia akan cari salah dia. Kemudian akan kutuk-kutuk dia kat belakang. Dia rasa kecil hati. Dia rasa nak menangis. Rasa terluka sangat.
Dengan lebar panjang sesi luahan rasa diceritakan menerusi ym nya. Aku tersenyum membacanya. Bukannya apa, aku membaca sesi luahan rasa yang berbaur mengutuk. Dalam hati, aku beristighfar. Aku tahu hatinya disakiti, tapi secara tak langsung, dia menceritakan keburukan makciknya itu tanpa dia sedar, maklumlah hati dah geram yang maksima.
Aku tersenyum lagi. Teringat tragedi saudara aku yang komplen dan kritik aku tempoh hari. Geram punya pasal, aku luahkan dalam blog, padahal aku tak pernah berbuat sedemikian sebelum ini. Cuma, aku tetap ambil langkah berjaga-jaga, menjaga setiap butir kata aku, kerana esok di akhirat, aku dipertanggungjawabkan atas setiap patah perkataan aku sendiri.
Ada masa, mental kita down di tahap terendah, ada masa kita adalah manusia paling cekal dan kental. Segalanya berlaku atas izin Allah. Yang penting, jangan lupa berdoa semoga hati kita mampu menghadapi dugaan-dugaan seperti itu. Allah kan Maha Mengetahui.
Aku cuba memujuk kawan aku. Aku katakan padanya ucapkan sahaja alhamdulillah, kerana sesungguhnya ganjaran pahala untuk orang yang sabar sangat tinggi ganjarannya. Sesungguhnya lagi, Allah tidak pernah memungkiri janjiNya. Tak perlulah kita membalas setiap perbuatan mereka, kerana kita ni hamba Allah semata, maka, biar Allah sahaja yang membalasnya dengan adil dan saksama. Kita tidak layak untuk membalasnya, malahan kita mengundang dosa sekiranya kita berbuat demikian.
Kawan aku agak terpujuk dengan kata-kata aku. Aku bercerita lagi, kita ni sebagai manusia takkan lari daripada menerima kutukan orang. Nabi Muhammad S.A.W, kekasih Allah tu pun kena hina dan kutuk oleh orang-orang kafir, kita ni apatah lagilah. Kalau kita sayangkan nabi, cuba kita contohi keperibadian Nabi Muhammad S.A.W. Bukan sekadar ikut 'kulit', tapi ikut juga isinya. Baginda tak pernah nak membalas ke atas setiap perbuatan negatif terhadapnya. Betapa bersabarnya baginda.
Baginda pernah dicaci maki, ditabur najis dan duri, segala macam dugaan dihadapinya dengan positif. Ikutkan Baginda boleh sahaja membalasnya, tapi baginda cakap, memaafkan itu lebih mulia. Hindarilah sifat dendam, semua itu akan merosakkan iman kita sahaja. Syaitan pula akan berterusan menghasut supaya kita melayan rasa ketidakpuasaan itu. Kenapalah kita perlu tertipu dengan bisikan syaitan laknatullah itu?
Lagipun, kelak di sana, orang-orang yang mengutuk kita akan jadi muflis, kerana pahalanya diberi kepada kita. Sebab itulah, kita digalakkan supaya menyebut alhamdulillah sebanyak mungkin, kerana kita secara langsung dapat pahala mereka tanpa perlu bersusah payah. Suka tak?
Aku sambung memujuk kawan aku lagi. Aku katakan kepadanya di mana dia dikira beruntung kerana di ofisnya dia staff tunggal. Macam syarikat aku ni yang ada ramai staff, lagilah pening dan sakit jiwa. Sakit jiwa sebab asyik terjebak dengan golongan yang suka sangat mengutuk. Mereka akan ambil peluang ni tak kira di mana sahaja berada samada dalam toilet, dalam lif, dalam pantry, dalam surau pun ada, dijadikan port bersantai untuk mengutuk sesiapa saja yang mereka kehendaki. Belum termasuk menggunakan platform YM, email dan FB.
Sesungguhnya aku tak faham. Segera aku menjauhkan diri dengan golongan sedemikian. Aku tak nak tambah dosa, aku sentiasa ingatkan diri aku, jangan tambahkan dosa yang dah bertimbun-timbun, buat pahala pun tak sebanyak mana, tak sayang ke nak buang pahala melalui cara yang paling bodoh ini. maka, aku ingatkan lagi diri aku, supaya menjaga mata, telinga dan hati aku daripada perkara negatif begini. Elakkan dan elakkan. Biarlah mereka berseronok berkumpul ramai-ramai mengutuk sana sini, biarkan, biarkan, lantaklah!

Golongan yang mengutuk ini sentiasa mencari kesalahan orang lain. Cara berjalan dikutuknya, cara berpakaian dan segala macam hal. Sentiasa ada idea. Sentiasa ada bahan. Sekalipun benar orang itu bersalah, mengutuk bukan cara yang wajar. Kalau orang tu tak menutup aurat, bagilah teguran yang membina. Bukan sok sek sok sek di belakang. Oh, sedap sangat ke mengutuk tu? Agaknya ibarat macam kurap, makin digaru makin sedap.
Orang yang tak bersalah dikutuknya. Orang yang kelihatan sempurna pun dikutuknya, nampak tak sempurna, lagilah hebat dikutuknya sesedap rasa. Aku sememangnya tak faham apa motif diaorang. Sudahnya, apabila menjaga tepi kain orang, kain sendiri terselak tak sedar. Faham tak maksud aku? Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, akhir zaman ni, biasanya Allah balas secara cash. Ishhh, sedihlah aku, tapi mereka masih tak sedar juga.

So, aku katakan pada kawan aku tadi, kalaulah nak melayan rasa sakit hati, marah akibat dikutuk tadi, sampai bilalah takkan ada kesudahan kerana mulut mereka bukannya boleh ditutup. Maka, perlu ke layan? Perlu ke? Pada aku tak perlu. Tak tahulah pada orang lain.
Kalau orang nak kutuk aku, kutuklah, aku suka. Sebab aku dapat pahala secara tak langsung tanpa bersusah payah pun. Sebab pada aku, kutuk dan nasihat adalah 2 perkara berbeza. Memang kita hidup bermasyarakat, perlu ambil pusing keadaan sekeliling. Maka, kalau perlu, nasihatlah bukan kutuk ye tak. Nasihat adalah nilai murni, tapi kutuk ni aku tak faham dan tak jelas motif dia, so ada aku kisah? Ni yang aku cakap pada kawan aku la.
Tak berbekas pun kalau orang nak kutuk aku. Aku takkan ambil pusing. Sakit hati tu memang ada, sebagai manusia, itu normal. Tapi, aku takkan layan rasa sakit itu lama-lama, kenapa? Tak berguna langsung melayan rasa yang tak best tu.
Lagipun, aku sedar, aku tetap manusia biasa. So, kenapa aku perlu hairan kalau orang lain nak kutuk aku. Terang lagi bersuluh aku pasti dikutuk. Pasti punyalah. Cuma aku tak tahu kutukan itu berkisar tentang apa. So, perlu ke aku peduli?
Apa yang penting, aku kena tahu jaga maruah diri, jaga keperibadian aku. Aku patut lebih fikirkan kemurkaan Allah, bukannya fikir apa yang bakal orang kutuk atau dah kutuk aku. Aku sepatutnya fikir penilaian Allah terhadap aku, bukan fikir penilaian orang-orang tersebut terhadap aku. Aku sepatutnya lebih fikirkan akhirat, persediaan untuk mati, bukannya fikir tentang perkara yang sia-sia itu.
Memang bercakap itu mudah. Nak suruh hati menjadi positif itu tak sesenang yang disangka. Nak realisasikannya memang payah. Sebenarnya, segalanya terletak kepada mentaliti kita sendiri. Kita yang perlu setkan minda kita supaya sentiasa menjadi manusia yang positif dan optimis. Hiraukan segala perkara negatif yang langsung tak menguntungkan. Paling penting, sentiasalah muhasabah diri, bukan cari kesalahan orang lain. Ingat jasa orang pada kita, dan ingat keburukan kita pada orang, bukannya ingat apa yang orang telah kutuk kita. Itu bakal merosakkan emosi dan minda kita. Siapa yang rugi? Diri sendirilah.
Ini antara apa yang aku bualkan dengan kawan aku untuk sesi memujuk dirinya supaya kembali positif. Sebab pada aku, selagi kita bernyawa, selagi itulah kita takkan lari daripada kena kutuk. Samalah seperti mati, kita tak boleh lari ke mana-mana, takkan ada sesi peluang kedua. Better bersedia untuk mati yang entah bila masanya. Maka, perlu ke layan kutukan itu? Betul atau tidak point kutukan mereka, biarlah Allah saja membalasnya.
P/S : agaknya mereka tak takut barangkali dengan dosa akibat perbuatan suka mengutuk sana sini? Ishhh, dosa dengan Allah, Allah boleh maafkan, dosa dengan manusia? Oh tidakkkkkkkkk

6 ulasan:
mati tu pasti...
hidup tu insyaallah..
heheh..kite hidup kene la berbaik sangka..
xpe..biaula org buat kite..kite jgn buat org kan..hehhe
cik ceria : betul tu, kita hny perlu berbaik seperti biasa je dgn mereka
i leave my comment
ah : :-)
membalas keburukan dgn kebaikan,tinggi sifat itu...
anak pendang : betul tu :-)
Catat Ulasan