~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 2 Mac 2011

Mandrem

Aku nak berkongsi 1 cerita. Dah banyak hari aku tak sempat nak update blog atas beberapa faktor iaitu, tak ada idea nak menulis, tak ada masa nak update disebabkan kerja yang bertimbun (kawan aku cuti bersalin), aku kena ambil alih kerjanya yang berlambak-lambak, kerja aku pun bertimbun. Faktor terakhir ialah sibuk menguruskan majlis perkahwinan aku yang terlalu banyak perkara berbangkit.

3 faktor utama ni memang menghalang aku daripada nak melekat dengan blog atau menjengah blog kawan-kawan. Ada sikit beberapa minit masa terluang ni, aku nak cerita 1 benda yang dah banyak kali aku rasa aku nak utarakan kat sini tapi aku lupa.

Yang mengingatkan aku semula apabila tengahari tadi aku kasi budak-budak ofis aku makan jeruk-jeruk yang datangnya daripada Penang. Budak ofis aku memang sukalah makan jeruk ini. Aku tak delah suka sangat, sebab jeruk ni mempercepatkan proses penuaan, maka aku tak nak jadi tua sebelum waktu. Hahahaha.

Aku punya perangai, setiap kali aku jamu kawan-kawan dengan makanan, hatta dengan minuman, aku akan cakap, abislah kalau korang makan, aku dah mandrem baeeekkk punya! Itulah ayat wajib aku, tak kiralah dalam hutan, dalam ofis, site ofis, kat rumah orang, kat rumah aku, itulah ayat lazim yang akan aku lafazkan.

Sebenarnya aku tak mandrem pun, aku saja ja gatal mulut cakap macam tu. Atas alasan nak bergurau senda. Barangsiapa yang dah faham perangai aku termasuk bos lama aku akan jawab macam ni, apalah sangat kau punya mandrem tu, aku punya mandrem lagi power daripada kau dan ayah pin tau. Hahahaha, aku ketawa.

Tapi, ada jawapan yang langsung tak menyedapkan halwa telinga aku. Tahu tak apa jawapan mereka. Kalau macam ni kenalah baca bismillah supaya tak kena mandrem kau. Aku tak nak berfikiran negatif sebab tak baik buruk sangka dengan sesama manusia, kang Allah murka. Tapi aku confuse, sekiranya kalau aku tak cakap yang aku mandrem, adakah dia takkan baca bismillah langsung sebelum nak menjamah??? Banyak kali jawapan yang macam ni yang aku terima tau.

Aku tetap bersangka baik lagi. Aku sekadar anggap dia pun sajalah nak bergurau macam aku.

P/S : Janganlah lupa baca basmalah, kalimah agung ni besar ganjarannya di sisi Allah. Jangan pandang sebelah mata.

Betapa gemuklah syaitan-syaitan laknatullah itu kalau makan atau minum tanpa basmalah. Ishhh.

4 ulasan:

Cik Ina Do Do Cheng berkata...

Selalu pun makcik dengar orang cakap cam tu. Orang nak mandrem, baru nak baca Bismillah. Samada dia bergurau atau serius, Wallahualam. Tapi bagus gak, buat dorang ingat.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

cik ina : hehehehe

ibuintan berkata...

konpius jugak kan.. kenapa mereka cakap camtu?

elok juga cakap camtu biar mereka baca bismillah..

eh.. bila nak kahwin ni?

Wanita Bertudung Hijau berkata...

ibu intan : 16 april ni kak

sila jemput dtg ye, di kelana jaya, majlis nya kecil je, sy tak mampu buat besar-besaran

bak akak punya email, nnt sy fwd kad