~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 28 Mac 2011

Masuk hutan lagi buat kali terakhir

Jumaat lepas aku mengikuti trip 4wd ke hutan Kenaboi. Siapa yang pernah menjejakkan kaki ke Kenaboi pasti enjoy dengan suasana di dalam hutan yang memang cantik dan tak jemu mata memandang. Kami hanya 5 biji 4wd, ada yang bawa Land Rover, Ford dan Pajero. Siapa yang pernah tengok iklan "Mai Secawan"? Di sinilah lokasi iklan itu dibuat, di kem site Ponak.

Sebenarnya, aku dah memang excited apabila dimaklumkan adanya trip ke sana kerana hampir 4 tahun aku tak menjejakkan kaki ke sana. Aku rindukan suasasa di sana. Rindu nak berkhemah di sana, bertemu kawan-kawan di sana.

Lagipun, ini adalah trip terakhir aku masuk hutan sebagai orang bujang. Maka, peluang keemasan ini tidak sesekali aku lepaskan begitu sahaja. Hari rabu malam, kami beramai-ramai membeli ration di Careefour Subang. Rasanya ini pertama kali aku menjejakkan kaki ke Carrefour ini.

Selepas solat isyak Jumaat malam di Petronas berhampiran airport Subang, kami bergegas menuju ke destinasi. Singgah makan malam di kawasan Hulu Langat jam 12 tengah malam. Mata aku dah tak larat nak angkat. Aku memang jenis tak tahan mata. Jenis mudah tidur. Orang kata ni nikmat dunia. Biasanya di rumah jam 9 malam adalah waktu tidur aku. Maka, aku tak ada mood nak menjamah kecuali menghabiskan saki baki nasi goreng abang aku. Rasanya nilah kali pertama dia tak mampu nak habiskan makanan sebab dia cirit birit dan demam.

Selepas makan, perjalanan diteruskan meredah hutan dan kegelapan malam. Aku tak pasti tiba di destinasi jam berapa. Aku sedar-sedar je dah dalam hutan belukar. Dalam keadaan mamai aku bangun dan menjerit tanya di mana di mana? Aku jadi confuse. Abang aku kebetulan ada di luar kereta menjawab dalam hutanlah. Hahaha, aku mamai. Ni padahnya tidur dalam perjalanan.

Aku menjenguk keluar dari kenderaan dan majoriti dah tidur. Ada yang baru nak pacakkan khemah. Ada yang tidur dalam kereta, dalam khemah. Memandangkan aku dah malas nak cari kelengkapan tidur, dah malas nak cari sleeping bag, aku sambung je tidur dalam kereta kesejukan. Tapi ni bukanlah kali pertamalas nak turun dari kereta, maka aku tidur dalam kereta. Dan syukurlah tak ada nyamuk yang menggigit.

Betapa tak selesanya tidur dalam kereta dengan kesejukan yang menggila. Sudahnya aku tersedar banyak kali. Apabila hari dah cerah, kawan-kawan aku selaku driver memulakan tugas masing-masing sebagai driver membawa peserta yang terlibat dalam ala-ala explorace ke Kenaboi kemsite untuk acara menyumpit dan sesi menukar tayar pacuan 4 roda.

Kami yang selaku penumpang sahaja ni hanya menanti sahaja bersama organiser di starting point. Sempat aku terlelap di atas kerusi panjang yang kecil dan sempit dan hanya muat sebelah badan sahaja. Aku tersedar apabila badan aku dah rasa lenguh dan aku rasa lapar. Kelihatan puluhan kenderaan peserta program dah berkurangan, ini menandakan dah banyak peserta yang dah berjaya menghabiskan task menyumpit dan menukar tayar tadi.

Selesai semua, organiser membayar bayar upah kepada kawan-kawan aku yang terlibat sebagai driver. Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke kem site Kenaboi untuk bermalam kerana hari dah hampir ke Asar. Di sana, seperti dijangka, aku bertemu kawan-kawan lama dan sempat menjemput mereka ke majlis aku. Seperti biasa, aku diasakkan dengan pelbagai soalan yang aku dah agak iaitu uiksss gemuknya kau? dan sejak bila korang bercinta ni tiba-tiba dah nak kahwin? Kawan-kawan aku yang berada di sekeliling turut ketawa terbahak-bahak apabila aku dikatakan gemuk. Gemuk pun gemuklah janji abang sayang. Mereka sambung ketawa beramai-ramai.

Persediaan makan malam bermula. Disebabkan aku tak reti nak masak, aku hanya membantu apa yang patut, jadi assistant aje. Kupas bawang, potong sayur, basuh apa yang patut, tanak nasi, sediakan bahan-bahan untuk di masak. Selebihnya aku serahkan pada akak-akak yang lain. Serahkan pada yang pakar.

Sesungguhnya aku teruja apabila ada menu ayam yang dimasak di dalam buluh, begitu juga dengan ikan. Tak sabar aku nak melantak. Hobi aku pula meratah, nasi tak sampai suku aku taruh, tapi lauknya lebih. Bersungguh aku makan dengan berselera, lupa kang takut tak muat baju pengantin. Akhirnya selesai kemas apa patut dan buat apa yang patut, jam 930 malam aku dah terlelap. Aku tersedar jam 2am pun apabila aku terdengar kawan-kawan aku masih berborak.

Keesokan paginya, selepas bersarapan, kami meredah hutan dengan 4wd menuju ke Lata Kijang. Excitednya aku, sebab dah lama sangat aku tak menikmati kesejukan air Lata Kijang. Air terjunnya sangat cantik dan sangat tinggi. Ala-ala Lata Kinjang di sebelah utara. Sayang aku tak boleh nak abadikan kenangan sebab aku memang tak ada camera.

Selepas puas mandi, kami kembali ke kemsite. Dalam perjalanan, ada seorang tua di kaki gunung tiba-tiba muncul di sebalik semak belukar yang tebal. Kami menumpangkannya sehingga ke perkampungan orang asli. Kereta kancilnya ada parking di situ. Dia mengucapkan syukur dan terima kasih kerana kami sudi menumpangkannya. Dia kata pacuan 4 roda lain tak sudi tumpangkan dia. Dia kata dah 3 hari dia dalam hutan hanya beralaskan biskut kering. Bila aku tanya apa dia buat sorang diri dalam hutan, dia jawab saja jalan-jalan. Sebenarnya itu sekadar jawapan. Aku tahu dia ada tujuan dan nawaitu tertentu yang dia tidak sudi berkongsi dengan kami di dalam kereta.

Pada akulah kan bukan sebarangan orang mampu masuk hutan seorang diri. Aku pun tak berani. Maklumlah hutan ni banyak binatang buas, bukan pasal hantu. So kalau tak ada ilmu yang sepatutnya janganlah nak tunjuk lagak, nak tunjuk hero. Masuk ramai-ramai pun belum pasti selamat. Pastinya orang sebegitu sangat hebat ilmunya. Pastilah. Melihat daripada kudratnya pun masih gagah, walaupun raut mukanya dah menampakkan ketuaannya yang sangat jelas.

Selepas meninggalkan orang tua yang menjadi tanya tanya tadi, kami masing-masing buat kesimpulan sendiri. Mungkin dia mencari orkid hutan, rotan dan pokok ubat. Tapi, tak ada apa pun dibawanya kecuali sebuah beg sandang yang usang. Takkan bertapa pula? Tak macam orang bertapa. Entahlah, kami membiarkan persoalan tadi begitu sahaja. Tiba di kem site, kami mula mengemaskan apa yang patut untuk pulang ke KL.

Aku sempat digigit seekor pacat. Lama sudah tak dihinggapi pacat degil ini. Kesannya sehingga sekarang kaki aku gatal. Ni yang aku tak gemor. Kang melayan garu kang, parut pula yang muncul. Kami tiba di workshop semasa azan Magrib berkumandang.

Selesai semuanya aku pulang ke rumah kepenatan. Sungguh, aku puas hati dengan trip kali ini. Sempat lagi aku ditarbiyah tentang alam rumah tangga dengan abang-abang dan akak-akak yang aku anggap macam keluarga sendiri. Dalam bergurau, aku kutip point yang bernas yang boleh aku gunakan dalam melayari alam perkahwinan yang serba mencabar.

Dalam lesu, akhirnya aku tertidur lena.

2 ulasan:

marinahunny berkata...

wah! sempat lagi buat xtvt lasak tu..hehehe

jaga diri dik, dekat nk kawen ni darah manis ;)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

marina : hehehehe ni trip lepas gian :-) thanks ingatkan sy