Grooming? Pernah tak kawan-kawan korang cakap nak grooming kan korang? Aku selalu kena. Maklumlah aku ni bukanlah di dalam kategori yang suka bergaya. Biasa je. Budak kampungla katakan. Tapi aku tak adalah kecil hati. Akak-akak kat ofis ada yang suruh aku melaram, ni asyik-asyik pakai kurung dan kebaya je. Cubalah buat perubahan sikit, kata merekalah. Akak ni dulu masa bujang macam korang, akak bergaya tau, tapi korang ni akak tengok kekampungan je.
Aku gelak je. Aku layankan je kerenah diaorang. Aku cakaplah tak retilah nak bergaya ni. Gini aje sejak dulu. Kalau buat perubahan pun, mungkin jenis tudung yang aku pakai. Yang lain sama je, baju kurung darjah 6 pun ada lagi aku simpan dan masih pakai. Percaya tak? percayalah, ada 2 helai, satu hijau satu lagi pink. Cuma yang hijau tu je aku dah tak akan pakai sebab kainnya belah tak halal (istilah ni budak ofis aku selalu gunakan, kalau belah halal tu macam pakai kain batik).
Dan pagi tadi cerita tentang bergaya, melaram dan grooming ni berlaku semula pagi tadi di pantry. Semasa aku nak menunggu cafe mocha dari mesin kopi penuh dalam cawan yang aku tadah, ada seorang akak tegur aku. Anak-anak dara kat ofis ni aku tengok tak reti nak bergaya. Tengok budak ni, lipstik tak reti nak pakai, masuk pantry pakai selipar hijau toilet dia, merujuk kepada akulah tu. Aku gelak. Aku sengih. Aku ketawa. Dalam pantry tu adalah dalam 3 orang akak dan seorang tea lady. Mereka turut tersenyum.
Budak receptionist kat depan tu pun aku tengok, hari-hari jumpa orang, bukannya nak bergaya. Dia free hair lagi senang nak bergaya. Macam-macam gaya boleh buat. Akak ni dulu zaman bujang macam korang ni, perghhhhh bergaya bukan main tau. Korang ni simple sangat la. Aku gelak lagi.
Sekembalinya ke tempat duduk, selepas bersarapan pisang dan karipap favourite aku, aku meneruskan kerja walaupun belum 830am. Kemudian, aku terfikir kata kakak-kakak tadi. Perubahan perlu dilakukan. Dan aku rasa ramai yang kena buat perubahan secara drastik.
Perubahan yang aku maksudkan ialah, kalau dulu kita tak pakai sarung kaki, sekarang kita pastikan tanpa sarung kaki jangan keluar rumah. Kalau dulu suka pakai lengan pendek, sekarang kita pastikan pakai lengan panjang setiap kali keluar rumah. Kalau dulu pakai tudung singkat, pastikan sekarang tudung melepasi paras dada. Dalam pada masa yang sama, aku ingatkan diri sendiri. Sekarang dah ada stokin fleksibel, kat mydin ada jual, kalau nak ambil wuduk tak payah buka dan sarung buka dan sarung, selak je, So tak ada alasan lagi pakai sarung kaki ni leceh.
Teringat pesan ustaz, kalau sayangkan suami, jangan jadikan suami kita dayus. Maksud suami dayus di sini ialah suami tak mampu nak mencegah kemungkaran yang berlaku dalam rumah tangganya seperti membiarkan isteri dan anak-anak tidak menutup aurat dengan sempurna.
Maka, mehhlah kita bergaya berjemaah. Barangkali korang dah sedia maklum bergaya, tinggal aku je la ni. Ahaksss, tapi aku mana reti nak pakai liptisk. Tak pernahnya aku pakai dan beli lipstik ni. Tak apa, meh kita buat kempen mari bergaya. Meh buat kempen bergaya ikut sunnah nabi, maksudnya tutup aurat dengan sempurna. Mehhh. Mehhh. Mehhh.
7 ulasan:
jom kita grooming cara muslimah.. lagi cantik kan
ibu intan : haaaaa, betul tu, cara muslimah :-)
ha..ha...takpelah tak bergaya glamer, biasa-biasa saja masa kat
tempat kerja, tapi kerja kita buat
dgn penuh bergaya dan tip top punya, barulah org terganga...setuju tak?
hehehhehe...
xpela..biaula kite jadik diri sendirik..
bersederhana dalam semua perkara..:)
norsha : betul tu, keje mesti tip top :-)
cik ceria : betul tu, bersederhana itu lebih afdal :-)
As-salamualaikum,
Saya baru baca blog awak ni..saya suka post pasal ni...saya jenis seorang yang suka bergaya kadang2 tapi ikut mood. Tapi saya teringin nak "grooming" dgn cara yg awak tulis ni. Lebih baik, lebih bertepatan dgn cara Islam. Doakan kita semua ada istiqamah yg kuat utk grooming to become a beautiful muslimah inside and outside, insyaAllah.
Tq fr the inspiration :)
As-salamualaikum,
Saya baru baca blog awak ni..saya suka post pasal ni...saya jenis seorang yang suka bergaya kadang2 tapi ikut mood. Tapi saya teringin nak "grooming" dgn cara yg awak tulis ni. Lebih baik, lebih bertepatan dgn cara Islam. Doakan kita semua ada istiqamah yg kuat utk grooming to become a beautiful muslimah inside and outside, insyaAllah.
Tq fr the inspiration :)
Catat Ulasan