~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 15 Mac 2011

Kesan radiasi dah merebak ke Filipina?

Atas permintaan akak-akak ofis suruh buat teh tarik satu jag besar, aku pun ke pantry buat air. Sajalah tu diaorang nak bermanja dengan aku. Sambil buat air, aku dengar kawan-kawan daripada department lain berborak kosong dengan makcik tea lady. Aku pun pasang telingalah.

Aku terkejut apabila terdengar ada seorang mamat mengatakan radiasi dari Jepun dah merebak ke negara Filipina. Hah? Bior betul. Cepat-cepat aku sudahkan buat air dan kembali ke meja aku, dan sempat aku cakap kat akak-akak department aku, seperti biasa aku cakap, 'aku dah taruh julap dalam air ni, dan dah mandrem sekali'. Hahaha. Diaorang ketawa. Julap pun ok juga kata diaorang, tengah sembelit ni. Cehhh. Ngeh ngeh ngeh

Aku cepat-cepat check map google lokasi kedudukan filipina, jepun dan malaysia walaupun dalam minda aku dah dapat bayangkan kedudukannya. Aku sekadar nak sahihkan sekali lagi, maklumlah aku tak mahir sangat geografi ni.

Dari kacamata map google, kedudukan filipina dan malaysia sememangnya tak jauh, tepat dengan gambaran dalam kepala otak aku ni. Aku mula susah hati. Benarkah apa yang telah dikatakan oleh mamat tadi?

Aku mula teringat satu ayat dalam al quran yang lebih kurang bunyinya begini, apabila jumlah dan bilangan manusia yang membuat perkara kemungkaran melebihi ahli ibadah di sesuatu kawasan, maka akan turunlah bala dan bencana di kawasan tersebut.

Aku jadi ngeri yang amat sangat. Aku tiba-tiba terbayangkan segala bermacam kemungkaran telah berlaku di tanah tempat tumpah darahku ini. Kes buang bayi begitu berleluasa dan melampau telah berlaku tanpa ada surutnya. Kes liwat, berzina, dadah, gay, lesbian, rasuah, pecah amanah, berjudi, tak bayar zakat, dan tah bermacam gejala negatif berlaku. Belum kira kes ponteng solat fardhu, ponteng solat jumaat, ponteng puasa. Aduhhhhhhh

Ya Allah, jauhkanlah bala bencana ni daripada bumi Malaysia.

Mari kita buat solat hajat supaya negara yang kita sayangi ini terhindar daripada bencana ini.

p/s : moga aku tersilap dengar tadi


4 ulasan:

Norsha berkata...

benar, mari kita berdoa agar terhindar dari bala bencana ini kerana kita sebagai manusia tidak berkuasa untuk menangkis segala musibah yang diturunkan Allah...

Wanita Bertudung Hijau berkata...

norsha : benar, sebagai hamba Allah yg lemah, kita hanya mampu berdoa utk terhindar drpd musibah ni :-)

cikceriacorner berkata...

moga malaysia selamat sejahtera..:)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

cik ceria : amin :-)