~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~
Memaparkan catatan dengan label murtad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label murtad. Papar semua catatan

Rabu, 14 Disember 2011

Salah siapa?

Jabatan Agama Islam Johor terima 41 aduan mohon murtad

NUSAJAYA 13 Dis. - Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) tidak menafikan wujudnya gerakan memurtadkan masyarakat Islam di negeri ini berdasarkan aduan yang diterima pihaknya.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, bagaimanapun gerakan tersebut sukar dikesan kerana membabitkan kumpulan kecil.

“Surat layang yang diterima mengatakan gerakan berkenaan dijalankan di hotel-hotel tertentu, namun apabila disiasat hotel yang dikatakan tidak wujud sama sekali.

“Justeru, sukar untuk kita mengambil tindakan kerana tidak mempunyai bukti kukuh. Namun sekiranya terdapat bukti kukuh, kita akan siasat supaya memberi keadilan kepada semua,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr. Mohamad Taslim (Pas-Maharani) mengenai sama ada wujudnya gerakan memurtadkan umat Islam di negeri ini pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 41 aduan berkaitan permohonan murtad di seluruh negeri ini diterima hingga kini sejak 1998 dan daripada jumlah itu, 10 kes dibawa ke Mahkamah Syariah manakala 31 kes lagi diberikan bimbingan dan kaunseling.

Menurutnya, empat daripada 10 kes yang dibawa ke Mahkamah Syariah ditolak dan enam lagi masih dalam perbicaraan.

“Bagi 31 aduan diterima, 21 kes adalah di Johor Bahru; empat kes masing-masing di Muar dan Batu Pahat serta dua kes di Segamat.

“Antara sebab mereka membuat permohonan untuk murtad termasuk kegagalan dalam percintaan atau perkahwinan iaitu ingin kembali kepada agama asal selain alasan dipelihara keluarga bukan beragama Islam sejak kecil,” katanya.

Selasa, 13 Disember 2011

Murtad kenegerian

Assalamualaikum. Aku bersiaran lagi secara alam maya di dunia blogger hari ni. Semalam aku apply leave, so tak adalah entry untuk semalam. Jarang aku post entry semasa aku sedang bercuti walaupun aku ada banyak masa melakukannya kecuali aku benar-benar teringin nak post sesuatu sahaja. Memandangkan semalam Selangor cuti, termasuklah suami aku sekarang yang menjadi warga pekerja Selangor, maka kami buat keputusan pulang ke kampung suami pada hari Sabtu petang.

Sepatutnya kami dijadualkan pulang ke kampung pada hari Sabtu pagi, malangnya ada tragedi tak diduga berlaku. Puncanya selepas kami selesai bermain badminton jumaat malam, kereta aku pancit kerana aku terlanggar lubang yang sangat luas dan dalamnya semasa perjalanan pulang ke rumah.

Sudahnya, rim kereta aku bengok yang amat sangat dan tayar terus pancit. Suami aku terus menukar tayar dalam kesejukan pagi iaitu sekitar jam 2am. Suami nak marah aku pun tak boleh, keadaan jalan di area rumah aku tu sentiasa teruk apatah lagi dalam musim hujan sebegini. Ada je kelibat lubang baru muncul tanpa di sangka, padahal aku ni jenis memang dah hafal kat mana ada lubang, seperti peribahasa sekilas ikan di air, dah tahu mana pondan mana pengkid. Hahaha

Selepas Subuh, suami aku ke worshop kawannya yang terletak berdekatan dengan rumah kami mengetuk kembali rim aku yang bengkok teruk tu. Sudahnya selepas makan tengahari kami mula mengemas nak balik kampung.

Tapi, perjalanan tak diteruskan ke kampung, kami singgah sebentar di rumah suami aku, dia nak lihat rumahnya setelah penyewanya baru keluar beberapa hari lepas. Teruknya condition rumah tersebut, dengan ada tiles pecah, yang tak sangka, grill pintu berada di dalam keadaan yang amat mendukacitakan iaitu terkopek, tak pastilah ada yang cuba memecah masuk atau penyewanya sebelum ni tertinggal kunci. Sempat suami aku repair apa yang patut dan dia ada mengambil gambar sebelum dan selepas repair.

Begitulah risikonya apabila rumah disewanya kepada penyewakan, kalau dapat penyewa yang bertanggungjawab barangkali keadaan seperti itu takkan berlaku. Kalau tak sewa pun sakit juga, jenuhlah suami aku nak bayar bulan-bulan rumahnya itu.

Kalau ikut plan asal, sepatutnya kami tinggal di situ, tapi setelah dipertimbangkan semula, ofis baru suami aku lebih dekat dengan rumah sekarang, maka, sebab tu kami menetap di rumah sekarang. Cuma, rumah aku sekarang kecillah jika nak dibandingkan dengan rumah suami aku yang sedikit besar square feet nya. Tak kisahlah yang penting dekat dengan ofis suami aku. Aku pulak tak kisah, duduk mana-mana pun sama, jarak ke ofis aku tetap melebihi 20 kilometer.

Eh melalut pulak, sepatutnya aku cerita tentang situasi nak balik kampung. Kawan-kawan aku cakap, aku dah murtad kenegerian, pertama, aku dah jarang balik utara, asyik balik sebelah Pantai Timur je, aku cakaplah, Pantai Timur dekat je, paling lama pun 2 jam je perjalanan daripada tol Gombak, kalau balik utara sekurangnya ambil masa 5 jam, hahaha. Boleh gitu? Lagipun sanak saudara aku dah ramai sekarang kat KL, kalau balik utara pun, aku akan pastikan majority balik, baru aku balik.

Kemudian suami aku pulak tanya, siapa ye nama Sultan Kedah yang bakal jadi Agung ni? Aku jawab entah, tanpa rasa bersalah sedikit pun. Kemudian suami aku cakap, tukarlah ic nombor tu, dah murtad negeri Kedah. Aku ketawa besar dengan respons suami aku tu. Dah 2x aku dicop murtad kenegerian. Hahaha. Aku rasa lawak pun ada.

Memang jenis aku susah nak hafal nama orang. Aku memang jenis lupa kat situ. Aku tak tahu kenapa. Kalau melibatkan dunia nombor lagilah mustahil aku akan ingat. Hari kelahiran suami aku, ic number nya, hp number nya, sampai sekarang aku tak ingat. Apa yang aku lakukan adalah menulis nombor tersebut dan bawa ke mana sahaja aku pergi terutamanya no hp suami aku. Suami aku memang tak pernah berkecil hati kerana dia tahu kelemahan aku yang satu ni. Bayangkan nombor plate kereta aku pun aku tidak pernah hafal sehingalah baru-baru ni. Dulu aku hafal tapi aku tetap menyebutnya dalam keadaan terbalik, kawan-kawan aku yang perbetulkannya. Begitu juga no hp aku sendiri, baru sekarang aku dapat hafal. Begitu juga alamat rumah aku, sampai sekarang aku masih gagal menghafalnya sebab aku rasa aku tak perlu pun hafal sebab dah tertera kat mycard aku, hahaha. Suami aku yang baru duduk situ pun dah hafal alamat rumah kami. Lawak tak?

Pada orang lain mungkin akan anggap ni lawak. Tapi pada aku tidak, sebab aku malas nak hafal nombor yang aku rasa aku boleh tahu tanpa hafal, contohnya birthday suami aku jatuh pada suatu tarikh Public Holiday, so aku tak rasa aku perlu hafal, boleh gitu? Alasan paling kukuhlah ni. Mujurlah kebetulan jatuh pada hari cuti umum, kalau tak, entahlah aku mampu hafal ke tidak.

Macam ic number, dan hp nombor suami aku, aku dah catat dalam hp aku dan kertas, aku akan bawak ke mana sahaja, kalau hp aku hilang, masih ada catatan pada kertas, begitulah, hahahaa.

Aku tak pasti sindrom ni berlaku atau tidak kepada isteri di luar sana, kerana setahu aku isteri atau wanita biasanya akan lebih cenderung menghafal tarikh lahir pasangannya berbanding pasangannya sendiri. Tapi berbeza pula dengan aku, suami aku tanpa susah payah mampu menghafal birthday aku, tapi aku, hahahaa, bukan bermakna tak sayang, tapi biasanya aku ni jenis mempamerkan kasih sayang aku melalui perkara lain. Siapa tak sayang suami kan.

Contoh ek, baru-baru ni, kan aku ada cakap aku menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung di Stadium Bukit Jalil semasa Malaysia menentang Bahrain kan, nak jadi cerita habis sahaja perlawanan, hujan turun dengan lebatnya. Kebetulan, kawan suami aku menumpang kereta kami. Aku yang memandunya.

Memandangkan kereta yang di parking agak jauh, dan jika kami redah, kebarangkalian kami akan basah. Maka, kawan suami aku cakap pada suami aku, baik kau pergi ambil kereta bawak ke sini, tak adalah kita semua basah. Belum sempat suami aku nak bertindak, aku dah pecut berlari ke kereta dan kembali mengambil suami dan kawan suami aku. Kawan suami aku cakap, aku tak pernah lagi jumpa kes macam ni, merujuk kepada peristiwa aku yang berlari dalam hujan dan mendapatkan kereta yang parkingnya jauh, bukannya suami aku.

Suami aku ketawa. Kawan suami aku tercengang-cengang. Aku sengih sahaja. Aku cakap, bila lagi aku nak berbakti kepada suami sendiri, apa salahnya aku yang basah, apa salahnya aku yang berkorban? Setakat berlari dalam hujan tu adalah favourite aku, hahaha. Suami aku cakap, dia memang niat nak memudahkan kami bertiga dengan pergi mendapatkan kereta, tapi dia sangat tidak sangka aku yang buat tanpa mendapatkan persetujuan daripadanya.

Di sini, aku sekadar nak mempamerkan kasih sayang aku pada suami. Sebab aku tahu daripada segi lain aku tak pandai nak menonjolkannya. Mungkin pada orang lain nampak pelik dan tak patut, tapi pada aku, aku ikhlas tanpa rasa terpaksa apa salahnya. Kadang-kadang benda tak sangka seperti nilah yang akan mengeratkan kasih sayang terhadap pasangan, dan aku suka buat perkara pelik dan jarang dibuat orang ni supaya aku nak suami aku ingat perkara ni selagi hayatnya. Kalau buat perkara biasa-biasa je, mungkin susah nak diabadikan di kotak memorinya.

Tak tahulah pada kalian nak menilainya macam manakan. Kecualilah dalam kes tersebut, aku pregant, tidaklah aku melakukannya. Itu namanya kerja gila pula, walaupun niat tu suci, tapi silap-silap kena cop bengong pula, haaa padan je muka. Selagi ianya waras dek akal, selagi ianya tidak melanggar syariat, aku masih nak buat perkara gila-gila seperti kes di atas. Segalanya untuk keharmonian rumah tangga. Kerana aku tahu, masih banyak perkara aku kena cipta demi nak ceriakan hubungan.

Suami aku cakap, dia pula diserang rasa serba salah dan tidak pernah menyangka, tapi, dia rasa best pun ada, apa tidaknya, sepantas kilat aku berlari ke kereta tanpa sempat suami aku bertindak. Aku pula rasa sangat best, setidaknya usaha kecil aku itu menjadi satu memori manis buat kami.

Mmmm, aku nak cerita pasal pulang ke kampung je tadi, dah terbabas ke laut. Aku nak stop sahajalah supaya tidak melalut lagi.

p/s : Moral of the story, janganlah murtad kenegerian. Hahaha

sayangilah pasangan anda sewajarnya, cipta semaksima mungkin memori kemanisan dalam alam rumah tangga anda.

Rabu, 29 Jun 2011

Kenapa murtad?

Assalamualaikum buat semua sahabat dan warga SIM.

Semoga semuanya sentiasa di dalam rahmat dan keberkatan Allah yg Maha Pemurah dan Maha Pengasih.

Hampir 3 minggu menyepi diri kerana terikat dengan tugasan yang perlu disiapkan dengan segera. Namun sempat juga saya membaca tulisan2 rakan2 SIM yg lain tertamanya tentang kes LIna Joy dan isu murtad. Bila bercakap tentang murtad, kebanyakan kita selalunya lebih cenderung mahu menghukum org yg ingin keluar agama Islam. Amat sedikit yang mahu bertanya kenapa perkara ini terjadi. Bagaimana mahu menyelamatkan aqidah seorang insan yang merupakan saudara seagama kita.

saya pernah terlibat di dalam satu kajian mengenai permohonan murtad di sebuah negeri. Saya tidak boleh menyebutkan negeri tersebut kerana kajian tersebut diklasifikasikan sebagai kajian sulit. Jadi, cukuplah kalau saya menyebut secara umum, kenapa dan mengapa murtad berlaku.

Kajian itu mengambil 40 respondent yg memohon utk keluar agama Islam.Tetapi semua respondent tersebut bukan asal berbangsa Melayu. kebanyakannya adalah mereka yg diistilahkan sebagai saudara baru atau muallaf yg telah memeluk Islam dan kemudian ingin keluar daripada agama yg baru dianuti.

Kenapa?

Lelaki dan perempuan China atau India yang bernikah dengan orang melayu Islam yang kecewa dengan cara suami atau isteri melayan mereka. Ada seorang lelaki yg memeluk Islam selama 9 tahun ingin kembali kepada agama asalnya selepas bercerai dengan isterinya. Katanya, "saya sangat sayangkan isteri saya, tetapi isteri saya tinggalkan saya sebab lelaki lain. saya tak pernah tinggal sembahyang dan puasa, anak2 pun saya bawa ke masjid utk sembahyang berjemaah.Tetapi isteri saya tidak sukakan saya lagi. Saya sangat kecewa dengan isteri saya.'

Seorang wanita yang memeluk Islam kerana ingin bernikah dengan lelaki Melayu pula bercerita. "kami bernikah suka sama suka. saya cintakan suami saya.Saya sanggup berhenti kerja sebagai model dan jadi surirumah sepenuh masa. Berpuluh ribu duit saya habis utk suami saya, tetapi dia curang. dia ada perempuan lain sebagai kekasih. saya rasa tertipu. Kini saya sudah tidak mahu sembahyang lagi sebab suami saya pun tidak sembahyang, tidak puasa dan main perempuan. Saya sedang berusaha utk dapatkan cerai dan balik ke agama saya.".

Itu cuma dua cerita yg dapat saya sebutkan di sini.Betapa beratnya tugas seorang lelaki atau perempuan Melayu beragama Islam yang bernikah dengan orang bukan Islam. Tanggungjawab bukan hanya sekadar memberikan nafkah makan minum, pakaian dan wang, tetapi tugas mendidik suami atau isteri yang baru memeluk Islam itu amat berat. Kalau diri sndiri pun sudah berjalan senget, bagaimana mahu membetulkan orang lain? Kalau diri sendiri sudah liat dan tidak mahu dekat dengan tikar sembahyang bagaimana mahu mendidik suami atau isteri yang baru ingin mengenali agama Islam?

Baru petang tadi saya menerima beberapa sms yg berbunyi, "Dr, saya adalah wanita Melayu yang mempunyai 5 org anak. Suami saya juga melayu, tapi entah macamana saya dan suami telah memeluk agama lain pada tahun sudah. Tapi syukur, dengan bantuan beberapa org ustaz dan kawan, kami kembali ke pangkal jalan.tetapi masyarakat menghukum kami Dr. Hingga saya terasa ingin kembali murtad. dan sekarang saya sudah mula menghubungi kawan2 saya yg beragama lain itu. Dan mereka memang sentiasa mahu menolong saya. banyak perkara yang buat saya keliru Dr, tapi saya belum bersedia menceritakannya.Cuma saya benar2 mahu keluar daripada agama Islam semula sebab saya rasa saya tidak mampu menjadi org Islam yg baik. Bila anak saya yang bersekolah agama melaungkan azan di surau, mereka berkata, kenapa suruh anak org murtad laungkan azan? Dan sekarang anak saya dan suami pun sudah tidak mahu ke surau. Sampai begitu sekali mereka menghukum kami Dr. Saya yakin Allah itu wujud dr..tetapi saya keliru, buntu. maafkan saya keran amengganggu Dr."

Ya Allah, terasa nak menitis airmata saya membaca sms2 yg dikirimkan kepada saya. Saya cuma dapat memberitahu wanita ini, "kalau manusia menghukum kita, itu cuma perkara kecil. tetapi kalau kita menghukum diri sendiri hingga kita meninggalkan Allah kitalah yang akan menjadi manusia yg rugi dunia dan akhirat. kalau boleh, berilah saya satu peluang utk mendengar cerita Puan dari mula sampai akhir.saya sedia mendengarnya.

Kata wanita ini lagi, "dulu saya ingin mengadu masalah, tetapi org tu kata, tak usah ganggu aku dengan masalah kamu. Kamu org yg sudah sesat. Sebab tu saya tak mahu mengganggu Dr."

Akhirnya saya hanya mampu berkata, "Sis, if u need an ear to listen, I'll be there for you. If you need a shoulder to cry on, I'll be there for you. sms lah saya atau call bila you bersedia utk bercerita. Dan sama-samalah kita berdoa agar Allah tidak menarik balik petunjuk dan hidayah yang telah diberikan kepada kita."

Janganlah menafikan bahawa ada org melayu yg ingin keluar daripada agama Islam kerana tidak mendapat bimbingan yg sewajarnya. Ada yg hilang keyakinannya kepada Islam kerana sikap buruk seorang isteri atau seorang suami yang diharapkan menjadi pembimbing. Ada yg merasakan islam itu kejam, sedangkan islam itu amat cantik. Tetapi imej islam itu dirosakkan oleh manusia yg tidak ada akhlak Islam.

kadang2 sikap kita yg suka berburuk sangka, yg suka menghukum daripada menyayangi juga menjadi sebab org lain ingin keluar daripada Islam. kenapa kita tidak mahu penuhkan hati kita dengan kasih sayang sesama insan?

Nasihat ikhlas daripada saya, terutamanya kepada mereka yg ingin bernikah dengan orang yg bukan asalnya beragama Islam, jagalah amanah daripada Allah. Tugas mereka yg bernikah dengan 'saudara baru' ini adalah amat berat.

Tetapi sejujurnya, saya lebih bimbang dengan org2 yg 'separuh murtad', mengaku Islam, tetapi tidak bersolat, tidak berpuasa. Wanita2 pula bukan sekadar tidak menutup aurat, tetapi mendedahkan aurat ke tahap yg amat membimbangkan. Anak2 muda pula semakin hilang rasa mahu menjaga maruah diri. hingga kadang2 kita terfikir, akhlak org bukan islam itu lebih baik daripada yg mengaku Islam.

"Ya Allah, hidupkanlah kami dalam Islam dan iman, dan matikanlah kami dalam Islam.dan iman kepadaMu"


Wassalam

Dr fauziah