~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~
Memaparkan catatan dengan label promosi buku yang dibaca. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label promosi buku yang dibaca. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Februari 2012

Persoalan : Siapakah gerangan yang mengirim cek

Aku dah habis baca novel ni. Rasanya ni dalam sejarah aku berjaya habiskan novel RAM hanya dalam beberapa hari. Mungkin sebab semalam aku seharian kat rumah, aku tak sihat, maka, terbaring sepanjang hari, aku baca novel ni semata-mata nak ubah mood aku yang tak ceria dan tak sihat kepada mood yang lebih terangsang kepada berfikir tentang sesuatu supaya aku tak fikir sangat yang aku ni tidak sihat dan tidak selesa dengan diri sendiri.

So, berteka teki tentang siapa Zonan yang sebenarnya mampulah sedikit sebanyak buatkan diri aku mengembara sekejap ke dunia ciptaan RAM. Pada asalnya, aku syak Farid sebagai Zonan, sebab Farid adalah satu-satunya watak yang digambarkan mempunyai 2 personaliti dalam satu masa. Maka, boleh sahaja dia merebak menjadi personaliti ke 3 dan ke 4.

Tapi, akhirnya, aku cuba membaca perenggan terakhir novel ni, ternyata bukan Farid yang menjadi Zonan. Aci tak? hahaha. Maka, pertanyaan demi pertanyaan akhirnya aku tekad untuk habiskan bacaan dengan segera. Suami aku pulang menjelang senja, barulah aku perasan sehari suntuk aku membaca novel ni. Gila betul.

RAM bijak menggunakan question mark di setiap babaknya, menyebabkan aku sentiasa rasa tak sabar nak menghabiskan bacaan aku. Akhirnya, dapat juga aku habiskan bacaan novel ni selepas Isyak semalam. Lamanya aku mentelaah. Sebab aku terpaksa baca dengan berhati-hati, untuk elakkan aku mengulang membaca perenggan yang terdahulu. Ini akan membuang masa aku.

Akhirnya, dah tahu siapa Zonan sebenarnya selepas 20 tahun kes bunuh itu berlaku. Cuma aku tak sangka, ramai bebenor watak yang mati dalam novel kali ni. Antaranya Norhafiza dan Nurul yang aku rasa ralat sangat. Amboi!

Tapi, satu je persoalan aku, siapakah gerangan yang sebenarnya mengirimkan cek kepada firma guaman Norhafiza? Adakah Lan Lani sendiri? Aku tak dapat jawapan sehingga ke akhir bacaan, adakah aku terlepas pandang atau RAM sengaja membiarkan teka teki ni terbiar begitu sahaja?

Itu sahaja persoalan aku. Aku tak sabar nak tunggu Sunan Musafir, kali ni pasti banyak lagi info agama yang cuba diserapkan ke minda pembaca. Sungguh, aku tak sabar!


Rabu, 8 Februari 2012

Novel yang sedang dibaca

Aku tahu ramai dah baca buku ni, aku je ketinggalan zaman. Baru semalam aku baca buku ni. Semalam, pulang dari kampung, aku singgah di Kelana Jaya rumah sedara aku hantar buah duku dan pisang Nipah yang mak mertua aku kirim suruh bagi pada mereka.

Alang-alang tu aku pinjamlah novel ni, memang sahlah anak sedara aku ada koleksi buku ni sebab dia pun fanatik RAM ni. So, semua koleksi RAM ni dia ada. So, aku ni sekadar tukang pinjam jelah walaupun aku ni pun fanatik novel RAM.

Bak kata anak sedara aku, novel ni sangat complicated. Tu yang aku suka. Ending yang tak dijangka-jangka. Kakak sepupu aku menyampuk, alahhhh, apa payahnya, baca je yang belakang, confirm tahu apa kesudahannya. Ohhh tidak, kata anak sedara aku, novel ni bukan novel cinta atau novel lain yang kita boleh agak jalan cerita, atau baca perenggan belakang terus dah tahu ending cerita, bukan dan bukan. Novel ni tak sama. Isi tengahnya lain, belakangnya lain, kita takkan sangkalah.

Ye ke? Tanya akak sepupu aku, dulu akak pun hantu novel, selalu buat macam tu.

Aku pula menambah, ye kak, tak semua novel boleh aci main baca mukasurat belakang je, kalau novel ni buat macam tu, sahih takkan faham isi dan jalan ceritanya. Kena baca setiap perenggan tanpa skip. Novel lain kalau langkau perenggan pun tak ada masalah. Ni menunjukkan penulis novel ni hebat kan? Perghhh, kalau RAM baca ni aku tak tahulah, sure rasa bangga ye tak? Aku memuji dengan ikhlas dan telus. Aku bukan dapat apa pun ye tak?

Sempatlah aku baca sampai bab 4 je, sudahnya novel ni ada dalam kereta, ada kelapangan baru leh baca. Kat ofis tak leh baca, sebab nak baca novel dia kena betul-betul fokus, baru faham, sebab novelnya biasanya complecated.

Sesungguhnya baca novel RAM ni tak rugi, sebab sarat dengan info dan fakta, merangkumi ilmu agama. Tu yang aku kagum tu. Tak semua novel ada info sesarat novel RAM ni kan.


p/s : tak sabar pulak aku nak baca novel Sunan Musafir (betul tak ek tajuk ni)

Rabu, 25 Januari 2012

rabu tanpa kata lagi daa...

(sumber : sini (aku memang nak promote blog ni pun)


Aku dapat percuma buku ni, kerana setiap staff kat ofis ni dapat sorang satu buku yang sama. Membaca sinopsisnya macam sangat menarik. Tak sabar nak membacanya, tapi kekangan masa, barangkali cuti hujung minggu bolehlah mula membacanya. Aku sajalah nak promosi buku ni walaupun aku tak dapat sebarang elaun, manalah tahu bermanfaat pada orang sekeliling aku.

p/s : amalkan budaya membaca walau di mana berada, boleh gitu? jangan ketika memandu udahlah.


Khamis, 29 Disember 2011

50 Tanda-tanda Orang Munafik Mengikut Al-Quran Dan As-Sunnah


Terkadang, kita sendiri tidak menyedari bahawa hampir kebanyakan daripada amalan sehari-harian kita adalah merupakan amalan ciri-ciri golongan munafik. Jadi, sentiasalah Muhasabah dan prihatin dengan setiap apa yang akan dan telah kita lakukan.

1. Malas Beribadah Kepada Allah SWT
Malas mengerjakan solat, segan untuk menempatkan diri di saf pertama, enggan mencari ilmu pengetehaun dan berat melangkah untuk ke majlis kebajikan.

2. Lupa Kepada Allah

3. Melalaikan Solat Fardhu
Sengaja melengahkan atau lambat menunaikan solat sehingga berada di akhir atau habis waktunya.

4. Mempercepatkan Pergerakan Solat
Orang yang mempercepatkan solatnya tanpa rasa khusyuk dan lupakan Allah, maka solatnya tidak diterima Allah. Itulah solat orang yantg munafik.

5. Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
Sihat dari segi fizikal dan jasmani, mempunyai waktu lapang dan tidak uzur syarie, tetapi tidak mahu mendatangai masjid ketika mendengar seruan azan.

6. Meninggalkan Solat Jumaat

7.Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi Berpura-pura melakukan kebaikan di tengah2 orang ramaai dan gemar melakukan kemungkaran di belakang orang adalah dibenci Allah SWT.

8. Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Ma’ruff.

9. Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
Orang-orang yang memiliki ilmu dan apabila ditanya orang lain sedang dia mengetahui persoalan yang ditanyakan itu tetapi tidak menjelaskannya. Ini merupakan perbuatan yang menghalang kemajuan ummat Islam dan dapat menutup kebenaran.

10. Mengamalkan Riyak

11. Hasad Dengki

12. Dusta

13. Mungkir janji.

14. Bakhil

15. Fitnah
Menyampaikan keburukan orang lain di kalangan orang ramaai supaya mereka membenci atau memusuhinya. Ia juga tergolong dalam sifat-sifar munafik dan dosa-dosa besar.

16. Mencaci maki
Menyakiti orang lain dan mencemarkan maruah seseorang itu.

17. Mengumpat

18. Mengungkit Pemberian Kepada Orang Yang Menyakiti Hatinya Mengungkit kembali pemberian kepada orang lain dengan harapan dikenang jasa dan sumbangannya serta ingin menyakiti hati orang lain. Perbuatan ini dicela didalam Islam.

19. Mengingkari Takdir
Sesungguhnya orang yang menolak, membenci atau mengingakari takdir Allah, tergolong dalam golongan kufur dan rosak iman dan mendapat azab serta kemurkaan Allah

20. Mempersendakan Kesucian Agama
Perbuatan mempersenda kesucian dan agama Islam adalah suatu yang amat dibenci dan dilarang dalam Islam kerana ianya seolah-olah menentang sesuatu yang diturunkan Allah.

21. Enggan Berjihad

22. Menghina Sahabat Rasulullah SAW
Perbuatan ini dianggap melanggar larangan baginda, berdosa besar dan termasuk dalam golongan orang munafik

23. Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar

24. Menangguhkan Pembayaran Hutang

25. Menipu Dalam Jual Beli
Perbuatan menipu ini adalah melibatkan amalan timbang atau sukat sesuatu barang tanpa kadar yang mencukupi atau menjual barangan yang rosak dimana, menimbulkan rasa kecewa dan tidak puas hati pembeli pada akhirnya.

26. Ghasab
Ghasab ialah mengambil atau menguasai harta ( tanah ) orang laain dengan jalan aniaya, iaitu jalan yang tidak diredhai Islam. Perbuatan ini walaupun dengan mengambil Cuma sejengkal, adalah termasuk perbuatan dosa besar dan munafik.

27. Bergauk Dengan Orang Yang Memperolok Al Quran

28. Memakan Harta Anak Yatim

29. Membuka Rahsia Orang Lain

30. Merasa Aman Dari Murka Allah Apabila Berbuat Dosa Apabila seseorang melakukan dosa dan merasa selamat dari murka dan seksaan Allah, maka anggapan ini adalah berdosa besar dan amalan orang-orang munafik.

31. Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai

32. Menghalangi Orang Dari Mengamalkan Ajaran Islam

33. Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang Lain

34. Bermuka Dua
Sikap ini ialah apabila diajak untuk mengikut jalan Allah, sengaja melambat-lambatkan dan tidak mahu. Tetapi, apabila diajak ke jalan yang dimurkai Allah, dengan senang dan cepat mereka menurutnya.

35. Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenar

36. Sombong Antara Sesama Manusia

37. Suka Berbantah Dan Bertengkar Sesama Muslim

38. Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah Perbuatan yang menurut kehendak nafsu sehingga boleh tersesat dan menyesatkan pada jalan yang benar sebagaimana Yahudi dan Nasrani.

39. Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup

40. membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah

41. Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah

42. Mengkhianat Sesuatu Amanah

43. Memutuskan Silaturraheem

44. Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin.

45. Menghalalkan Yang Haram

46. Membuat Keosakan Di Muka Bumi

47. Menuduh Orang Beriman Bodoh
Orang Munafik mempunyai pendirian yang lemah dan amat sedikit memiliki ilmu pengetahuan tentang perjara yang bermanfaat dan memudharatkan. Justeru, mereka menuduh orang beriman bodoh atau kurangf ilmu pengetahaun dalam urusan kehidupan.

48. Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah

49. Bersumpah Dengan Selain Nama Allah SWT

50. Merasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman

 Nauzubillah min zalik

Sumber : KITAB 50 Tanda-tanda Orang Munafik.
PENYAMPAI : DR HAJI SAPAWI CHE MAT

Selasa, 13 Disember 2011

Mempromosikan buku yang aku baca


Aku pernah terfikir nak beli buku ni semasa sesi kuliah Zohor di ofis aku. Tapi setiap kali buku ni ustaz jual, aku confirm lupa bawak turun duit.  Maka, terbantutlah niat nak membeli. Sehinggalah aku pulang ke kampung suami aku minggu lepas.

Perasan tak korang, setiap kali pulang ke kampung, aku pasti akan mempromosikan sebuah buku yang aku baca. Hehehe tak perasan pun tak apa, blog aku ni bukannya ada orang baca, hehehe.

Kali ni aku nak seru kepada kalian kalau belum baca, bacalah kitab yang tertera. Banyak sangat informasi yang berguna yang terkandung di dalamnya boleh kita realisasikan sementara masih hidup dalam dunia fana ni. Aku nak cerita banyak sangat pula inputnya. Kalian bacalah sendiri.

Penting kita membaca hadis Nabi supaya kita lebih memahami dengan lebih jelas apa yang disarankan oleh junjungan besar baginda Rasullullah SAW. Semoga dengan cara demikian, hidup kita lebih diberkati.

Semoga ada manfaatnya.

Selasa, 22 November 2011

Kitab untuk wanita

Aku dah lama nak promote buku ni, tapi aku lupa, tadi bila ustaz Yunus menyampaikan kuliah tentang kitab ni, aku barulah teringat semula. Maklumlah usia dah meningkat senja. Untuk makluman para wanita, bacalah kitab yang padat dengan ilmu alam rumah tangga ni. Aku nak cerita pasal kuliah tadi banyak sangat, apa kata kita sama-sama rujuk kitab ni semula.

Kandungannya :-

BAHAGIAN PERTAMA: Kitab Muhimmah

- Maka Inilah Suatu (Muhimmah): Yang Ditakutkan Atas Tiap-Tiap Perempuan Yang Bersuami, Iaitu Mengerjakan Pekerjaan Yang Jadi Derhaka Akan Suaminya

- (Ini Suatu Tanbih) Pada Menyatakan Kelebihan Segala Perempuan Yang Mengikut Bagi Suaminya

- (Ini Suatu Tanbih) Pada Menyatakan Kebinasaan Atas Lelaki Yang Mempunyai Isterinya Sebab Berkahwin

- (Ini Suatu Tanbih Pula) Maka Hendaklah Ada Bagi Lelaki Yang Ada Baginya Isterinya Itu Di Dalam Cemburuan Yang Pertengahan

- (Ini Suatu Tanbih Pula) Tatkala Kita Ketahuilah Daripada Segala Jalan Yang Jadi Kebinasaan Atas Segala Orang Yang Berkahwin

- (Ini Suatu Tanbih) Pula Pada Menyatakan Qismun, Ertinya Giliran

- (Ini Suatu Tanbih Pula) Pada Menyatakan Tahajar Dan Tasyaman

- (Ini Suatu Muhimmah) Yang Ditakut Atas Segala Orang Yang Memutuskan Akan Segala Keluarganya

- (Tanbih) Sesungguhnya Telah Menaqal Oleh Qurthubi Di Dalam Tafsirnya: "Akan Ittifaqlah Segala Ulama' Atas Menyatakan Haram Memutuskan Keluarganya Dan Wajib Menghubungkan Dia"

- (Faedah)

- Adapun Riwayat Beranak Pada Malam Pula

- (Faedah)

BAHAGIAN KEDUA: Kitab Al-Mawa'idz Al-Badi'ah

Mengandungi 50 Pengajaran

Harga = RM15.00

Mukasurat = 263

Penulis = Syeikh 'Abdullah Ibnu 'Abdur Rahim Fathani & Syeikh 'Abdul Ra'uf Fanshuri Acheh

Alih Tulisan Jawi Ke Rumi = Noraine Abu

Penerbit = Al-Hidayah Publications


Untuk pengetahuan, aku tak dapat pun sebarang komisen :-)




Selasa, 8 November 2011

Hijab Cinta


Bercuti 3 hari di kampung suami, aku isikan  masa aku dengan membaca novel islamik di atas. Novel islamik ini kepunyaan adik ipar aku. Tergerak hati nak membaca sebab novel ni bercirikan islamik. Harapan aku, semoga aku dapat manfaat dan semoga iman aku bertambah. Semoga aku dapat maklumat dan input yang baru.

Lagipun aku ada banyak masa terluang, maka peluang yang ada aku gunakan untuk membaca. 3 hari adalah satu rekod baru dan terpantas buat aku setakat ni dengan halaman mukasuratnya sebanyak 500 lebih . Selama ni kalau aku baca novel, kerap kali aku akan cenderung membaca setiap perenggan banyak kali dan ini menyebabkan masa yang aku akan ambil berbulan-bulan terutamanya novel Ramlee Awang Murshid.

Novel ni berkisar tentang seorang isteri solehah yang menghadapi segala dugaan dan cabaran dalam alam rumah tangganya. Juga masalah sekelilingnya yang berpunca daripada masyarakat kampungnya yang sering menjaga tepi kain orang. Walau bagaimanapun, segala tohmahan masyarakat padanya, segala pengorbanannya dan kesabarannya pada sang suami sangat terkesan di hati aku. Dan ada tindak tanduknya sungguh di luar dugaan aku. Betapa aku kagum dengan watak muslimah di dalam novel ni. Walaupun sekadar novel, ianya mampu membuatkan air mata aku berlinang.

Sebagai wanita, sebagai isteri, sebagai hamba Allah yang hina dina, aku galakkan kalian membaca novel yang sarat dengan konflik ini. Sesungguhnya, Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Sungguh!

Tahniah kepada pengarangnya, anda mampu membuatkan jiwa aku semakin hari semakin tabah dalam menghadapi dugaan hidup yang tidak disangka-sangka.

p/s : sesekali aku baca novel, apa salahnya aku promote walaupun tak dapat sebarang komisyen :-)


Khamis, 3 November 2011

Bacalah

IMAM al-Ghazali menyatakan dalam Ihya Ulumiddin, membaca al-Quran itu sebenarnya dengan penyertaan lidah, akal dan hati.

Peranan lidah membetulkan sebutan huruf dengan tartil, akal pula dengan pemahaman makna dan peranan hati mengambil iktibar.

Membaca al-Quran dengan penyertaan lidah, akal dan hati dikatakan juga sebagai tadabbur al-Quran. Konsep ini diamalkan generasi sahabat, tabiin dan golongan soleh dahulu.

Hari ini ramai membaca al-Quran dan ramai juga yang tidak membacanya. Tetapi bagi yang membacanya, apakah yang diperoleh atau adakah ia sekadar bacaan, terutama di majlis tertentu?

Memanglah al-Quran apabila dibaca walaupun tidak difahami akan mendapat keberkatan, keistimewaan dan pelbagai ganjaran. Malah, satu huruf al-Quran yang dibaca diberi sepuluh pahala.

Tetapi, adalah lebih baik bagi yang mempunyai kemampuan dan daya kecerdikan turut melakukan tadabbur ketika membacanya, supaya dapat mengetahui lebih banyak ilmu, sama ada yang zahir atau terselindung.

Sebagaimana diketahui, Allah mewahyukan al-Quran dengan hikmah (bijaksana) supaya ia menjadi panduan kepada umat Islam, namun panduan tidak akan diperolehi jika hanya sekadar membaca tanpa memahami dan menghayatinya.

Justeru, perlunya ada tadabbur iaitu pemerhatian dan pemikiran terhadap sesuatu perkara dengan baik, malah sampai ke tahap kajian supaya semua mendapat pengajaran yang baik untuk dijadikan panduan.

Buku ini cuba memberikan bimbingan kepada pembaca mengenai tadabbur al-Quran. Penerangannya membabitkan pelbagai aspek, termasuk sebab penurunan al-Quran, sumpah, pengambilan hukum dan isyarat sains.

Dalam aspek sains misalnya menyentuh mengenai oksigen, penulisnya menyatakan ayat 125 dari surah al-An'am, yang bermaksud: "Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah akannya, maka Allah melapangkan dadanya untuk Islam. Dan sesiapa yang Allah kehendaki kesesatannya, maka Allah jadikan dadanya sempit dan sesak seolah-olah ia sedang naik ke langit."

Ayat terbabit dikaitkan oksigen secara tidak langsung dan menunjukkan oksigen tidak ada di angkasa raya.

Begitu juga pada proses kacukan pokok, ada benih jantan dan benih betina. Isyarat ini disebut seperti pada ayat 22 dari surah al-Hijr bagi menggambarkan kekuasaan Allah, maksudnya: "Dan Kami menghantar angin-angin untuk mengahwinkan (tumbuh-tumbuhan)."

Kemudian pada ayat 56 dari surah an-Nisa' yang mengisyaratkan kewujudan lapisan kulit dan saraf yang sakit. "Setiap kali masak hangus kulit-kulit mereka (ahli neraka), Kami gantikan akan mereka dengan kulit-kulit yang lain agar mereka merasai azab."

Pemerhatian dan penelitian seperti ini memberikan pengetahuan lebih luas dan mendalam, bahkan faedah kejayaan dan pembentukan tamadun manusia yang lebih gemilang.

Bagi golongan awam, pengetahuan seperti ini paling tidak akan dapat menambah minat untuk terus membaca dan berdamping dengan al-Quran.

Dipetik dr ulasan buku:

Tajuk: Beginilah al-Quran Mengajar Kami

Penulis: Mohammad Nidzam Abdul Kadir dan Mohd Zamri Mohd Zainuldin

Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd

Isnin, 10 Oktober 2011

Tautan Hati

(sumber google)

Assalamualaikum. Selamat bekerja. Aku nak share sebuah novel yang aku sedang baca. Belum habis pun aku baca, tapi aku nak berkongsi keterujaan aku membaca novel ni. Sesungguhnya, aku bukanlah fanatik membaca novel, tapi aku hanya fanatik dengan karya Ramlee Awang Murshid. Sebab novelnya buat masa ni, berjaya menambahkan iman di dada dari masa ke semasa. Tahniah.

Aku tak nafikan ramai penulis novel di luar sana yang bersifat pendakwah. Salah seorangnya ialah Fatimah Syarha. Aku suka dengan penulisannya yang cuba mendidik jiwa kita menjadi seorang muslimah yang sejati. Aku sendiri tak pasti adakah ni novel pertama beliau yang aku baca, sebab aku jarang menghafal nama penulis.

Sebenarnya apa yang aku nak sampaikan ialah aku sukalah novel ni. Suka yang amat sangat. Novel ni berkisar tentang konflik akidah, aku suka sebab novel ni berjaya buatkan aku berfikir segalanya tentang kebesaran Allah dan Rasul. Apabila ada sesuatu yang mampu menggerakkan hati dan jiwa aku pada Allah dan Rasul, aku memang suka bebenor. Suka suka suka dan suka.

Sebenarnya novel ni aku pinjam daripada adik ipar aku, sebab seumur hidup aku, tak pernah aku beli novel atau majalah juga kaset (nak bagitau jugak), kalau aku nak baca novel, aku boleh pinjam daripada anak saudara, dan kalau aku nak baca majalah, aku boleh pinjam daripada adik kembar aku. Hahahaa, sebab tu aku tak pernah beli, atau aku akan ke library mencari bahan bacaan.

Sebenarnya lagi, aku mula meminjam novel ni pada penghujung ramadhan yang lalu, dan bayangkan sehingga ke saat ini entry ni ditulis, aku belum habis membacanya. Hahaha, punca yang utama adalah kekangan masa, sebagai seorang kuli di ofis dan sebagai seorang isteri, masa aku adalah sangat terhad. Jarang aku dapat pegang novel dan baca berjam-jam, ianya adalah mustahil. Alasan kukuh kedua ialah kerana aku sanggup baca setiap perenggan dalam novel ni berkali-kali kerana aku suka dengan susunan ayat dan perkataan yang ditulis dalamnya, dan tujuan lain aku baca berkali-kali adalah untuk aku benar-benar faham makna tersirat dan tersurat yang cuba disampaikan penulis.

Maka, walaupun sekarang dah masuk bulan Oktober, aku belum sampai separuh membacanya, sungguh lembab aku ni kan. Nak buat macam mana, aku dah usaha nak habiskan segera, tapi aku tak mampu sebab aku tak punya waktu yang cukup. Maka, terselit rasa kagum apabila ada orang boleh habiskan membaca novel dalam masa 2 hari.

Insyaallah, aku tetap akan habiskan bacaannya. Biasanya walaupun kadang-kadang novel tu tak best pun, aku paksa diri baca sehingga habis jugak, sebab pada aku, aku dah mulakan, maka aku kena akhirinya jugak-jugak

Kat sini, aku nak sarankanlah barang siapa yang ada konflik akidah, bacalah novel ni yang penuh dengan input yang berguna. Secara tak langsung novel ni mampu menyuntik semangat aku untuk terus berdakwah secara terang dan secara halus.

Sesungguhnya tak rugi beli novel islamik macam ni, banyak menambahkan iman di dada. Insyaallah.

p/s : salah satu impian aku yang tinggal kenangan ialah nak buat novel sendiri. malangnya, ianya terkubur begitu sahaja.