~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 8 Februari 2012

Novel yang sedang dibaca

Aku tahu ramai dah baca buku ni, aku je ketinggalan zaman. Baru semalam aku baca buku ni. Semalam, pulang dari kampung, aku singgah di Kelana Jaya rumah sedara aku hantar buah duku dan pisang Nipah yang mak mertua aku kirim suruh bagi pada mereka.

Alang-alang tu aku pinjamlah novel ni, memang sahlah anak sedara aku ada koleksi buku ni sebab dia pun fanatik RAM ni. So, semua koleksi RAM ni dia ada. So, aku ni sekadar tukang pinjam jelah walaupun aku ni pun fanatik novel RAM.

Bak kata anak sedara aku, novel ni sangat complicated. Tu yang aku suka. Ending yang tak dijangka-jangka. Kakak sepupu aku menyampuk, alahhhh, apa payahnya, baca je yang belakang, confirm tahu apa kesudahannya. Ohhh tidak, kata anak sedara aku, novel ni bukan novel cinta atau novel lain yang kita boleh agak jalan cerita, atau baca perenggan belakang terus dah tahu ending cerita, bukan dan bukan. Novel ni tak sama. Isi tengahnya lain, belakangnya lain, kita takkan sangkalah.

Ye ke? Tanya akak sepupu aku, dulu akak pun hantu novel, selalu buat macam tu.

Aku pula menambah, ye kak, tak semua novel boleh aci main baca mukasurat belakang je, kalau novel ni buat macam tu, sahih takkan faham isi dan jalan ceritanya. Kena baca setiap perenggan tanpa skip. Novel lain kalau langkau perenggan pun tak ada masalah. Ni menunjukkan penulis novel ni hebat kan? Perghhh, kalau RAM baca ni aku tak tahulah, sure rasa bangga ye tak? Aku memuji dengan ikhlas dan telus. Aku bukan dapat apa pun ye tak?

Sempatlah aku baca sampai bab 4 je, sudahnya novel ni ada dalam kereta, ada kelapangan baru leh baca. Kat ofis tak leh baca, sebab nak baca novel dia kena betul-betul fokus, baru faham, sebab novelnya biasanya complecated.

Sesungguhnya baca novel RAM ni tak rugi, sebab sarat dengan info dan fakta, merangkumi ilmu agama. Tu yang aku kagum tu. Tak semua novel ada info sesarat novel RAM ni kan.


p/s : tak sabar pulak aku nak baca novel Sunan Musafir (betul tak ek tajuk ni)

7 ulasan:

kakcik berkata...

Kakcik dah baca novel itu dan memang tak boleh nak baca 'lompat2' - takut nanti tak faham terus. :)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kakcik : wahhh ye ke, alamak ni yg tak sabar nak habiskan baca ni, adoiiii :-)

ank_ayah berkata...

Tgh order. Tk sabo nk baca! Yeppii

♥ manje ♥ berkata...

saya sudah habis membaca novel ini... memang 'complicated' tapi saya suka...

semua novel tulisan RAM, ada dalam simpanan saya... terlalu banyak pengajaran saya dapat terutama daripada novel2 berkaitan Laksamana Sunan... :) ~

Wanita Bertudung Hijau berkata...

ank_ayah : wahhh siap order lagi, meh kita baca berjemaah ye, sy ni sure lambat habis baca, konon nak fokus

manje : wahhhh, banyak sungguh peminat RAM ni ye, betul tu, kisah Laksamana Suna banyak memberi kesan jugak kepada kehidupan sy :-)

marinahunny berkata...

baca jgn x baca...pening pening..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

marina : hahaha, kalau gini, alamat lambatlah habis sy nak mentelaah sbb nak kena baca betul2 :-)