~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Ahad, 19 Februari 2012

Keburukan hati ayam?

p/s : mari kita bincangkan, aku dapat artikel ni dalam email

Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan orang bukan Islam ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.

Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia. Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Mana kita mesti pilih? Nak ikut orang bukan Islam ke nak ikut Nabi Muhammad ?

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.

Kandungan racun dalam hati:
* Antibiotik tylosin
* Penisilin
* Oxytetracycline
* Kanamycin.

Kandungan bahan kimia didalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan teratogenik, kesan karsinogenik

Kesan teratogenik boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu mengandung, terutama kepada janin. Kandungan boleh mengalami keguguran atau bayi cacat. Manakala kesan Karsinogen boleh menyebabkan kanser. Ginjal juga merupakan organ penting dalam badan dan berfungsi untuk membuang sisa metabolisme dan racun dalam bentuk urin, yang kemudian dikeluarkan dari tubuh.

Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.

Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan
9. etc.

Saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan bahawa alangkah indahnya jika dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi sahaja.

Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al-Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Ilmu Sains dari barat mengajar untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati .

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat.

Nas: Mungkin ramai yang sedia maklum mengenai perkara ini. Anggaplah ini sebagai refresh/ingatan semula. Manalah tau ramai yang dah terlupa.

6 ulasan:

marinahunny berkata...

Saya pernah baca artikel ni, ada satu kisah seorang budak yg kurang darah pastu doktor sarankan supaya bapaknya bagi budak tu mkn hati ayam tp malangnya penyakit makin teruk, lalu seorang ustaz menyarankan supaya makan buah delima dan alhamdulillah budak itu semakin sihat.. Betul kan kalu sy salah ye, sy pun dh ingt2 lupa kisah tu :-)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

marina : betullah tu kot, sbb Nabi dah larangkan

masitah berkata...

Kita selama ni jarang2 kaitkan Allah & Nabi saw thd apa tindakan harian (makanan, dll), wlu perkara tu baik. Yg kita kaitkan ialah suruhan2 berkaitan ibadat khusus spt solat, puasa, zakat, haji dll.

Misalnya yg jarang dikaitkan ialah, bila kita kata kat rakan, anak, atau sapa2 ttg makan kurma, buah delima kita hanya kata,'ni bagus utk kesihatan'. Then full stop. Sepatutnya kita tambah dgn '...Nabi saw pun mmg menggalakkan amik makanan tu, klu kita makan kerana ikut baginda, dapat pahala, Allah suka, bila Allah suka, dipeliharanya iman kita ...dll...'

Lama2 kecintaan kita kpd Allah & Nabi saw bertambah2..InsyaAllah.

Contoh lain ttg senyum. bukan setakat kata,'amalan murni'. Kena terangkan bahawa Nabi yg suruh.. dapat pahala. Kan cantik gitu!

Begitu seterusnya. Mudah2an kita yg dah belajar ni (alhamdulillah), dapat menyampai2kan .

Wanita Bertudung Hijau berkata...

masitah : sy sgt setuju dan sokong dgn saranan tersebut, begitulah sepatutnya dilakukan jadikan rutin :-)

UMMI YL berkata...

selalunya bila saya beli ayang, saya buang kakinya, pedal, hati dan jantung...
hihi..tak pernah makan pun..
ayam sekarang tak macam ayam dulu...dah tak lalu nak makan semua tu..:)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : ahhlah baru perasan saya tidak lagi excited dlm nak menikmati organ dalaman ayam seperti dulu

pernah mkn baru-baru ni tp qty tak sama mcm dulu, mmmm :-)