~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 15 Februari 2012

Sindrom Hari Kekasih

Aku baru je cakap dalam ni pasal hari Valentine, bila baca artikel ni rasa semaknyalah hai perut aku ni

SEREMBAN - Sepasang kekasih yang asyik bermadu asmara di sebuah hotel sekitar bandar ini, terkejut diserbu oleh anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, pasangan yang mendakwa dari negeri lain, datang ke Seremban untuk meraikan Hari Kekasih, sebelum mengambil keputusan menginap di sebuah hotel bajet, di sini.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguat kuasa JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa berkata, pasangan kekasih berusia awal 20-an itu bertemu pada petang kel­marin.

lagi

[SH] PETALING JAYA - Seorang lelaki menggigil ketakutan ketika dicekup bersama pasangannya oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah hotel bajet di sini, dalam operasi bersepadu cegah maksiat sempena Hari Kekasih, awal pagi semalam.


Walaupun bertegas mendakwa mereka adalah suami isteri yang sah, lelaki berusia 20-an itu gagal menunjukkan kad nikah.

Akibat terlalu takut, lelaki itu mengeluarkan kad nama daripada dompetnya sambil tangannya terketar-ketar apabila penguat kuasa meminta menunjukkan kad nikah.


dan ini

JOHOR BAHRU – Hasrat kononnya ingin menjadikan Hari Kekasih sebagai hari istimewa bersama pasangan bertukar menjadi mimpi ngeri kepada 102 orang yang dicekup Jabatan Agama Islam Johor (Jaij), malam kelmarin.



Jumlah itu adalah mereka yang ditahan di seluruh negeri ini dalam Operasi (Ops) Kekasih dilakukan Jaij bermula jam 10 malam hingga dua pagi.

dan lagi
SEMENTARA ITU DI BANDARAYA MELAKA, bagi mencegah pasangan Islam meraikan Hari Kekasih dan melakukan maksiat, Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) melakukan pemantauan di kawasan tumpuan orang ramai di negeri ini bermula lewat malam, kelmarin.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, pemantauan membabitkan lapan lokasi dalam operasi selama tiga jam, bermula jam 11 pagi itu.

“Bagaimanapun, keba­nyakan pengunjung melarikan diri selepas melihat kami membuat rondaan. Antara lokasi yang dipantau adalah Pantai Crystal Bay, kawasan tambak Padang Temu, Kampung Portugis, Pantai Klebang, Pantai Puteri, Dataran Pahlawan, Pantai Marina Bay dan Pulau Melaka,” katanya, semalam.

Menurutnya, menerusi pemantauan di Pantai Klebang mendapati, banyak kenderaan diparkir, dipercayai untuk melakukan maksiat.

“Namun, sejurus kenderaan kami tiba, semua pemandu terbabit beredar dari kawasan berkenaan,” katanya, di sini, semalam.

Ini antara yang aku terbaca, yang aku tak terbaca-baca macam mana pula. Lagi 9 bulan daripada sekarang, statistik anak luar nikah, kes buang bayi akan meningkat berganda-ganda, bukanlah aku doa, tapi dah hakikatnya. Sedihlah dengan generasi akhir zaman ni. Macam manalah aku nak didik anak aku esok. Betapa pengaruh dunia luar ni berada di paras yang terlalu membahayakan. Kalau aku gagal didik anak aku esok, habislah. Benda ni perlu dilakukan secara kolektif, tapi aku tak boleh nak bergantung harap pada orang sekeliling lagi dah, sebab tak semua golongan serius dalam nak menangani masalah kritikal ini.
 
Apa yang penting, aku sendiri kena kukuhkan ilmu agama aku supaya dapat didik anak aku esok. Terasa ngerilah memikirkan generasi pelapis kelak.