Assalamualaikum. Aku tak perasan pun hari ni hari Valentine Day. Aku perasan setelah aku terbaca dalam beberapa blog mengenai Hari Valentine ni. Aku sangat yakin ramai di kalangan umat Islam yang menyambutnya. Tak percaya, bacalah entry aku sebelum ni. Bukan calang-calang orang menyambutnyakan. Aku tak pastilah samada tahun ni beliau masih menyambutnya atau tidak.
Aku sangat bersetuju dengan saranan seorang tokoh yang menyarankan agar Hari Kekasih digantikan kepada hari Suami Isteri, aku tertarik dengan idea bernas itu. Aku rasa ramai juga bersetuju dengan pandangan yang begitu positif kan.
Walaupun aku dah kahwin, aku tetap tak berniat nak sambut bersama suami tersayang Hari Kekasih ini. Pada aku, hari kekasih ni hari-hari kena sambut, barulah harmoni sesebuah perhubungan itu. Kalau hubungan nampak hambar je, tak bagus untuk kesan jangka panjang. Maka, perubahan perlu dilakukan. Cipta keharmonian dan kenangan manis setiap masa setiap kali bersama, supaya hubungan nampak sentiasa harmoni dan ceria.
Aku bukan apa, aku risau sebenarnya, bukanlah nak pandang serong atau buruk sangka. Tapi bila wujudnya Hari Kekasih sebegini, aku pasti sangat statistik kes anak luar nikah akan meningkat berkali ganda selepas 9 bulan daripada sekarang. Betul tak? Ini adalah realiti, aku bukan nak menyalahkan acara sambutan Hari Kekasih ni sahaja, tapi samalah macam acara sambutan Tahun Baru ke, Merdeka ke, peningkatan kes buang bayi pasti meningkat. Tak ada kesudahan. Tak terbilang-bilang.
Itu yang menyedihkan dan membimbangkan aku. Aku harap pemimpin yang bakal menang dalam pilihanraya akan datang mampu ubah keadaan ini. Aku harap sangat. Penuh berharap.
4 ulasan:
Sekarang ini, masih ada pemimpin yang bangsanya Melayu dan agamanya Islam pun masih seronok membudayakan VD itu! :(
KAKCIK : itulah masalahnya, kerana kepimpinan itu melalui teladankan
mmm, pelik sangatlah orang yang menafikan keburukkan VD. peliklah orang kita ni, budaya mat saleh ni jugak jadi kebanggaan..susah benar nak ikut cara islam..harap2 janganlah menjadi lebih teruk..sedihnya tengok anak2 yang tak berdosa tu dibuang..
semoga kita semua dilindungi allah, lebih-lebih lagi anak-anak kita kelak..nauzubillah..
rulza : memang saya risaukan generasi akan datang, ngeri untuk dibayangkan :-)
Catat Ulasan