~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 15 Februari 2012

Minta tolong buah fikiran kalian - Tolong ya!

Sebelum aku lupa, aku nak minta pandangan daripada kawan-kawan blog ni. Tak kiralah yang nak bagi pandangan tu lelaki ke wanita, aku terima seadanya. Bantulah aku ya.

Sebelum soalan menyusul, aku nak cerita di sini, Tok Ketua minta aku bersalin kelak di Pusat Rawatan Islam Az Zahra, Bangi.

Soalan aku, perlukah aku buat juga buku merah di klinik kerajaan? Walaupun aku tahu kalau nak bersalin kat swasta tak perlu buat buku merah, tapi ramai pulak yang bagi idea supaya buat jugak buku merah, kerana check up di klinik kerajaan sangatlah details berbanding swasta.

Tapi, ada pula pertikai kerana kalau buat buku merah ni sangatlah leceh, seperti nak menunggu giliran yang sangat begitu lama, kemudian silap-silap nurse akan cakap tak payahlah jumpa doktor kalau semua dah ok.

2-2 pandangan ini buatkan aku sangat keliru. Aku dahlah tak ada pengalaman, bila ada perbalahan pendapat, aku yang pening. Boleh tak sesiapa yang ada pengalaman kongsi dengan aku.

Untuk pengetahuan kalian, setakat ni, aku belum check up apa-apa lagi tentang kandungan aku ni. Di hospital Pantai Dalamlah tulah 1st dan last aku tahu tentang perkembangan kandungan aku. Sampai sekarang, aku tak tahu apa-apa termasuklah tahap kesihatan aku. Cuma baru-baru ni je aku ke klinik panel yang general, doktor cakap tekanan darah aku agak rendah, aku dinasihatkan minum banyak air. Sejak hari tu, bergelen aku minum supaya tekanan darah aku kembali normal.

Kemudian hari ni pulak, ramai pulak cakap perut aku besar. Kandungan aku, tak salah aku minggu ni dah 2 bulan usianya, tapi ramai cakap perut aku besar, tak macam 2 bulan. Tapi memang benar pun, aku ada gak perasan, kawan aku ada 2 orang dah 3 bulan lebih usia kandungan mereka, tapi perut mereka jauh lebih kecil daripada perut aku. Ni yang merisaukan aku ni, ada masalah ke dengan kandungan aku. Sebab kawan aku cakap, biasanya 1st baby perut kecil je. Huwaaaa. Untuk sedapkan hati, aku buat lawak, kembar kot. Hahahaha

Entahlah, aku tidaklah berada di tahap risau yang membimbangkan, cuma aku nak sangat minta pandangan kalian, bagilah apa sahaja pandangan, aku akan fikir dan pertimbangkan samada aku patut atau tidak buat buku merah yang dikatakan sangat complicated dan leceh itu, atau aku terus sahaja rujuk pakar di Pusat Rawatan Islam Az Zahra je?

Minta sangat-sangat pandangan kalian. Aku tulis entry ni tanpa ada sebarang semakan, aku nak cepat sebab nak pergi toilet. Hahahaha

7 ulasan:

UMMI YL berkata...

selalunya minggu ke 12 pregnancy dah boleh wat buku merah atau start regular checkup di hospital..

kalau klinik bersalin kita pilih tu prestasinya kurang baik (maksudnya kalau emergency kena pi hospital) baiklah kita wat pemeriksaan di klinik kesihatan. sebab takut spital yang kita pilih tak mau bg rekod kesihatan kita.

kalau reputasinya baik maksudnya ada bersalin normal dan boleh handle kecemasan sperti cesarian boleh terus buat saja dengan klinik tu.

macam saya, sampai week 30 buat di klinik kesihatan. Kemudian sambung dengan klinik maternity yang saya pilih nak bersalin tu..

memang leceh sikit buat pemeriksaan di klinik kesihatan sebab kena tunggu sangat lama...kalau dah pilih dr nak bersalin dan reputasi klinik/hospital ok, baik teruskan saja di klinik/hospital yang kita pilih....

bg saya kat klinik swasta pun ok walau tak detail sebab masa cekup dia tetap amik air kencing dan cek tekanan darah...dan jumpa dr selalu bukan jururawat...cumanya kalau emergency lah takut depa takmau share rekod...

ada kawan saya buat dua2....

UMMI YL berkata...

lagi satu kan kak, masa saya dulu saya pun handle sendiri pregnancy dan pantang disamping ada juga nasihat dan bantuan dari mak saya

saya banyak search di youtube..banyak sangat video youtube berguna tentang pregnancy spt perkembangan janin, pemakanan, exercise, mitos, pemilihan hospital dan doktor dan bnyk lagi...

http://pregnancy.healthguru.com/
http://ratuhati.com/

UMMI YL berkata...

http://www.youtube.com/user/illumistream/videos?sort=dd&view=u&page=11

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : bagusnya jawapan yg panjang lebar dengan saranan yg jelas

sy akan rujuk website tersebut

thanks atas perkongsian yg sangat membantu

UMMI YL berkata...

no sweat! !hihi

marinahunny berkata...

Nak bagi pendapat pun xtau cmne, tp kalu kat tmpat saya (trg) kami mmg x banyak hospital swasta atau pusat bersalin swasta, jd mostly kalu nk beranak kat hospital swasta pun tetap akan buat buku merah tu, satu lg sbb kalu ada komplikasi hospital swasta kdg2 dia akan hntr hospital kerajaan jg. Tu kalu kat trg la..apa pun sy rs cdngan rulza tu bagus... :-)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

marina : kawan sy pun cakap mcm tu, kalau ada komplikasi diaorg akan rujuk pada kerajaan

nice sharing :-)