~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 10 Februari 2012

Persoalan : Siapakah gerangan yang mengirim cek

Aku dah habis baca novel ni. Rasanya ni dalam sejarah aku berjaya habiskan novel RAM hanya dalam beberapa hari. Mungkin sebab semalam aku seharian kat rumah, aku tak sihat, maka, terbaring sepanjang hari, aku baca novel ni semata-mata nak ubah mood aku yang tak ceria dan tak sihat kepada mood yang lebih terangsang kepada berfikir tentang sesuatu supaya aku tak fikir sangat yang aku ni tidak sihat dan tidak selesa dengan diri sendiri.

So, berteka teki tentang siapa Zonan yang sebenarnya mampulah sedikit sebanyak buatkan diri aku mengembara sekejap ke dunia ciptaan RAM. Pada asalnya, aku syak Farid sebagai Zonan, sebab Farid adalah satu-satunya watak yang digambarkan mempunyai 2 personaliti dalam satu masa. Maka, boleh sahaja dia merebak menjadi personaliti ke 3 dan ke 4.

Tapi, akhirnya, aku cuba membaca perenggan terakhir novel ni, ternyata bukan Farid yang menjadi Zonan. Aci tak? hahaha. Maka, pertanyaan demi pertanyaan akhirnya aku tekad untuk habiskan bacaan dengan segera. Suami aku pulang menjelang senja, barulah aku perasan sehari suntuk aku membaca novel ni. Gila betul.

RAM bijak menggunakan question mark di setiap babaknya, menyebabkan aku sentiasa rasa tak sabar nak menghabiskan bacaan aku. Akhirnya, dapat juga aku habiskan bacaan novel ni selepas Isyak semalam. Lamanya aku mentelaah. Sebab aku terpaksa baca dengan berhati-hati, untuk elakkan aku mengulang membaca perenggan yang terdahulu. Ini akan membuang masa aku.

Akhirnya, dah tahu siapa Zonan sebenarnya selepas 20 tahun kes bunuh itu berlaku. Cuma aku tak sangka, ramai bebenor watak yang mati dalam novel kali ni. Antaranya Norhafiza dan Nurul yang aku rasa ralat sangat. Amboi!

Tapi, satu je persoalan aku, siapakah gerangan yang sebenarnya mengirimkan cek kepada firma guaman Norhafiza? Adakah Lan Lani sendiri? Aku tak dapat jawapan sehingga ke akhir bacaan, adakah aku terlepas pandang atau RAM sengaja membiarkan teka teki ni terbiar begitu sahaja?

Itu sahaja persoalan aku. Aku tak sabar nak tunggu Sunan Musafir, kali ni pasti banyak lagi info agama yang cuba diserapkan ke minda pembaca. Sungguh, aku tak sabar!