~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 27 Februari 2012

Siapa dah tengok cerita Dalam Mihrab Cinta?




Semalam aku berkesempatan tengok cerita ni. Excited aku nak bagitau di sini bukannya apa, aku ni kan jarang tengok cerita Melayu / Indonesia. So kalau tertengok tu rasa bestlah pulak. Cuma tak best bila endingnya aku boleh jangka, wanita yang bakal jadi isteri Syamsul kemalangan. Mmm, bila dah boleh agak, terus hilang rasa best.

Rupanya, baru aku tahu, cerita ni berdasarkan novel rupanya.

Tapi, aku tetap nak ucap tahniah atas usaha mereka menjayakan cerita tersebut. Banyak moral dan pengajaran yang boleh kita dapat daripada cerita tersebut. Sepatutnya cerita sebeginilah yang sepatutnya sentiasa ada di pasaran Malaysia, bukannya cerita seram yang boleh merosakkan akidah. Sekurang-kurangnya cerita begini mampu sedikit sebanyak menambahkan iman di dada walaupun ada babak yang aku tak berkenan, tapi babak tersebut minoriti, maka aku maafkan, boleh gitu? Hahahaha.

Oh ya, tahniah juga kepada filem Hafalan Shalat Delisa, 2x aku tengok barulah habis. Bukan bermakna cerita tu tak menarik, tapi masa aku yang terhad. Tahniah jugaklah.

2 ulasan:

UMMI YL berkata...

cakap pasal cerita dari indonesia, video kanak-kanak yang islami pun banyak dr sana..mereka aktif buat video islam dan cerita zaman nabi dahulu..search saja di youtube jumpa puluhan...

kalau di m'sia tak jumpa-jumpa..kalau ada pun mawaddah kecil..

even ana musim pun lagu2 dr indonesia..

malaysia ni hiburannya banyak tapi susah diorang nak buat yang islam2...

bila Umar dan ammar tengok video kanak2 indonesia tu terdetik gak lam hati.."mau kalau tengok hari-hari ni, ntah2 esok cakap pun slang indonesia gamaknya" hihi

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : oh ye ke, byk drpd sana ek, baguslah, padahalkan ikut statistik, murtad paling byk adalah di indon, tapi yelah, negara mereka rakyatnya terlampau ramai, compare dengan rakyat msia yg sedikit murtadnya tapi kualiti dlm nak mengembangkan agama ni boleh dibilang-bilang