~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 14 Februari 2012

Adab tanda kasih kepada nabi Muhammad s.a.w


Antara adab yang perlu dilakukan oleh kita sebagai tanda kasih dan cinta kita kepada nabi ialah :

[1] mentaati nabi dengan mengikut segala jejak langkah perjalanan hidupnya dalam urusan agama dan dunia

[2] Cinta kepada nabi dan menghormatinya lebih daripada segala yang lain

[3] Cinta kepada orang yang dicintai oleh nabi dan benci kepada orang yang dibenci oleh nabi, redha dengan apa yang diredhai oleh nabi dan marah kepada apa yang dimarahi oleh nabi

[4] Menjunjung tinggi nabi dengan berselawat kepadanya apabila disebut namanya serta mengagungkan segala sifat dan akhlak nabi

[5] Membenarkan segala apa yang diberitakan oleh nabi samada daripada urusan agama atau dunia

[6] Menghidupkan sunnah nabi, menzahirkan syariatnya serta menyampaikan dakwah Islam dan melaksanakan segala pesanan nabi

[7] Merendahkan suara ketika berada di sisi maqam nabi dan dalam masjid nabawi bagi yang berkesempatan ke sana

[8] Cinta kepada ulama’ dan orang soleh serta setia kepada mereka semata-mata kerana nabi cinta kepada golongan tersebut. Kita juga mesti benci kepada orang fasik serta memusuhi mereka dengan sebab nabi benci dan memusuhi golongan ini

2 ulasan:

Misz-ella berkata...

Saya baru dgr ceramah Ustaz Don tentang kisah nabi minggu lepas. Kata Ustaz, kalau kita sayang nabi, kita wajib syg kawan2 dan takkan sanggup menyakiti hati kawan. Hidup pasti tenang dan aman krn tak da perselisihan, kan.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kakchik : saya pun ada dengar, betul tu, sedangkan nabi dengan musuh pun nabi tidak pernah mengeluarkan kata2 yang tidak menyenangkan, apatah lagi dengan sahabat2 Baginda :-)

nice sharing