~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 27 Februari 2012

uwekkk uwekkkk uwekkkkk

Salam Isnin. Selamat bersiaran kembali. Apa khabar kalian? Aku doakan agar semua sihat sejahtera dalam lindungan Allah. Aku ni tidaklah sihat sangat sebenarnya, hanya gagahkan diri juga datang kerja, sejak dalam 2-3 minggu, aku sentiasa rasa tak selesa dengan diri aku sendiri.

Tak kira masa, tak kira tempat, aku rasa mual dan kemudian muntah. Maka, apa yang berlaku, aku hanya menjadi manusia pasif di rumah. Suami aku yang menolong aku membasuh baju, menggosok baju aku, kerana aku betul-betul lemah dan tak larat. Aku mabuk yang teruk. Sehingga saat entry ini ditulis, aku masih rasa mual yang melampau.

Sesungguhnya, aku sangatlah tidak selesa dengan keadaan ini. Tapi aku cuba bersabar dan menghadapinya kerana nak tak nak aku terpaksa hadapi. Aku akan alami masalah muntah yang lebih teruk menjelangnya Magrib sehinggalah ke tengah malam. Ketika itu, aku hanya menyimpan tenaga dan kudrat semata-mata untuk solat Magrib dan Isyak. Untunglah sesetengah orang yang hanya mengalami gejala morning sickness, aku bukan morning sickness lagi dah, lunch sickness, tea time sickness, dinner sickness, supper sickness, semua sickness aku conquer, hahahaha. Hilang semua tenaga aku. Lembik rasanya.

Paling teruk minggu lepas, aku hanya mampu baring, suami aku yang menyuapkan makanan ke dalam mulut. Mampulah aku telan 2-3 suap, kemudian uwekkk uwekkk uwekkk. Penat rupanya muntah ni, sampai sakit perut aku, seperti ditarik-tarik urat perut aku. Kesannya, dalam 4 hari begitu, jam dan seluar yang aku pakai menjadi longgar. Yang membengangkan aku, di waktu malam, semua makanan yang aku nak makan, semuanya aku bau busuk. Sudahnya, aku tak boleh nak jamah makanan tersebut, kecuali roti gardenia 70 sen tu. Itulah penyelamat perut aku di kala aku benar-benar kebuluran. Kalau aku tak makan, aku akan menggigil kelaparan, maka, roti tersebut sangat membantu.

Maka, kalau aku nak enjoy dengan makanan, hanya berlaku di siang hari. Aku telan sesedap rasa, walaupun kesannya selepas itu aku tetap akan muntah, dan segala makanan tadi terhambur keluar semula, sekurang-kurangnya aku puas hati kerana aku masih terasa nak makan makanan yang aku idamkan.

Oleh yang demikian, suami aku akan paksa aku makan apa sahaja yang aku terlintas nak makan di siang hari, sekiranya di malam hari kang, aku bau semua makanan tersebut sangat busuk. Kesudahannya, suami aku juga yang terpaksa menghabiskan makanan yang patut aku makan tadi.
Kawan-kawan ada mengesyorkan supaya aku ambil ubat muntah di klinik, tapi apabila ada kawan-kawan lain pula mencegah, terus aku batalkan niat tersebut. Aku pun tak tahu nak ikut pendapat mana satu. Ada saranan juga supaya aku ambil produk Salindah, entahlah buat masa ni, aku belum pun order lagi. Ada yang suruh aku amalkan Walit Gold, entahlah, aku belum cuba lagi.

Aku harap masalah mabuk aku ni tidaklah berlarutan sehingga mencecah kandungan aku 9 bulan, ikhlas aku cakap, aku rasa terseksa, tapi hati aku kena tabah. Ni ujian Allah. Bulan pertama, aku tak diuji, relaks je, aku tak muntah, tak mual, tak mabuk, bulan ke 2 ni aku betul-betul diuji. Setiap ujian Allah kan ada diberi ganjaran pahala, maka aku tak bolehlah nak merungut, kang pahala tak dapat, dosa kering pula yang berganda kang.

Maka, dalam bulan ke 2 ni, aku tidaklah stabil daripada fizikal dan mental, rohani dan jasmani. Aku sendiri sedang menerima keadaan ni seadanya. Aku masih bersyukur aku tak perlu masuk wad, seperti kawan aku, asal pregnant je, kena masuk wad sebab alahan dan mabuk yang sangat teruk.

Walaupun aku sentiasa rasa pening, rasa memusing, rasa mual, rasa loya dan asyik muntah, aku patut rasa bersyukur, aku diberi peluang oleh Allah untuk merasakan pengalaman sebagai ibu mengandung. Ramai orang nak merasa apa yang aku sedang rasa kini, maka, aku kena elakkan rasa tak best itu sejauh mungkin. Aku kena happy dengan keadaan sekarang. Aku tetap kena enjoy walaupun aku sangatlah tidak bermaya.

Kadang-kadang malu nak keluar rumah, sebab aku akan muntah sesedap rasa, sesuka hati tak kira tempat. Malulah aku kalau aku termuntah depan khalayak, maka, aku elakkan ke tempat lain kecuali pergi kerja dan balik kerja semata. Makanan aku minta suami tapaukan dan aku makan di rumah. Walaupun aku paksa diri telan makanan tersebut, aku pasrah sebab selera makan aku dah terus hilang semenjak 2-3 minggu ni.

Kadang-kadang sambil mengunyah makanan, mengalir air mata sebab aku nak paksa diri menelan makanan tersebut. Kalau tak makan, tenaga aku yang sikit akan makin berkurangan. Aku hanya berselera minum air semata. Dan favourite aku sekarang adalah teh ais, walaupun selama ni aku paling tak suka minuman berais, entahlah kenapa sejak 2-3 minggu ni minuman itulah yang aku begitu fanatik nak minum. Suami aku pun layankan je walaupun dia tidak bersetuju dengan minuman berais ni, apatah sekarang ni pula aku dah mula batuk-batuk. Kan, padan muka aku.

Sekarang ni selagi aku belum terlelap, selagi itulah suami aku akan berjaga menemani aku. Dia cuba menenangkan aku setiap malam, cuba mengurut urat sendi aku yang dah mula rasa sengal dan ngilu di sana di sini. Mengurut kepala aku yang saban malam akan sakit dan kepala aku pula akan panas tiba-tiba. Begitu juga suhu badan aku. Betapa besarnya pengorbanan seorang suami. Untunglah aku mengandung di sisi suami tersayang, teringat  kawan aku berada di Miri, mengandung sorang-sorang, suaminya di KL.

Sejujurnya, mood aku sekejap merudum, sekejap normal, sekejap tak terkawal, apabila sentiasa rasa tak selesa pada diri sendiri sentiasa berlaku, akan wujud satu perasaan yang tak stabil dalam diri. Emosi aku entah apa-apa walaupun aku sentiasa cuba setkan pada minda, biasalah ni perkara normal bagi ibu mengandung. Tapi, siapalah aku, apabila aku tidak lagi pernah rasa selesa dengan badan aku, dengan diri sendiri, terganggulah jugakkan hati dan perasaan.

Walaubagaimanapun, aku tetap ceria bila berdamping dengan kawan-kawan di ofis walaupun semua cakap muka aku dah pucat lesi. Mana tidaknya, aku bukannya bertenaga sangat. Asyik muntah, muntah dan muntah, tenaga pun hilanglah. Dahlah setiap malam, aku asyik mimpi aku treking masuk hutan, atau pun bermain badminton, bila terjaga, aku rasa letih dan penat yang amat sangat, sampai berpeluh-peluh. Sabar jelah. Hahaha, lawak pun ada. Sehinggakan kawan-kawan outdoor aku cakap, cepatlah kau bersalin, manusia lasak macam kau ni memang tak boleh hidup dalam dunia manusia pasif. Boleh dapat sakit yang lebih teruk. Iyer ke?

Suami aku pun tiba-tiba bersuara, memang pun. Kalau dia sakit, baru dia nak terfikir nak berehat, macam sekarang ni, tak bermaya, terpaksalah jadi manusia pasif sekejap, cuba kalau dia sihat, lupa diri yang dia tu mengandung, berlarilah, macam-macam dia nak buat. Tak apalah, biar dia dalam keadaan macam ni sekejap, tak larat, tak bermaya, mabuk teruk, kang kalau larat ada je dia nak buat, tak reti nak duduk diam. Apaaa? Suami aku pun cakap macam tu, sabar jelah. tak patut betul. Eeee!

Tak apa, tak apa, aku cuti setahun je, lepas ni aku akan kembali aktif, dah lama tak main badminton, rasa badan berat semacam je walaupun seluar, jam tangan dan cincin aku semakin longgar.
Tapi, mujur jugaklah aku berhadapan dengan kawan-kawan dan suami yang memahami.

Semasa entry ni aku habiskan, aku sedang menikmati roti Gardenia berperisa coklat 70 sen tu. Puncanya sebab aku dah lapar, tadi tengah hari dah melantak nasi, pagi tadi pun makan nasi lemak dah, sekarang dah lapar lagi. Sabau jelah. pastu kang uwekkkkkkkk uwekkkkkkk uwekkkkkkkkkkkkkkk

5 ulasan:

UMMI YL berkata...

akak tu rindu la tu nak pergi trekking dan main badminton..sampai termimpi-mimpi!! hihi

tula, lain orang lain habuan masa mengandung ni...minta doa banyak2..insyaallah saya pun sama-sama...harapnya keadaan ni tak lama..

kalau akak search web omputih, depa banyak tips untuk reduce morning sickness ni...

salah satunya makan sikit2 tapi kerap..
makan berkala..ikut jadual dengan betull..jangan lambat makan..
bawa bekal biskut dalam beg dan banyak lagi..

cuba akak search..tapi ni saya share kan akak punca2 dan cara nak reduce morning sickness tu ye..mana tua tips tu boleh membantu..insyaallah...

untuk increse tenaga dengan cepat akak makan kurma..insyaallah, yang tu memang cepat kenyang dan perut pun tak penuh sangat...

cara dia buat list tu mungkin membantu..akak kena cr sesuatu untuk makan dan tak muntah demi anak..
http://www.kuraoka.org/morningsickness.html

http://www.americanpregnancy.org/pregnancyhealth/survivingmorningsickness.html

http://www.tummywear.org/morning-sickness-prevention.php

http://www.babycenter.com/morning-sickness

pasal ubat tahan muntah tu, mak saya pun tak bg amik..tapi kalau sakit teruk baik amik, sebab sekrang ubat2 dah tak macam dulu...ada ubat demam, selsema, batuk, dll untuk wanita mengandung...kalau boleh amik dengan dr maternity..jangan prescribe sendiri..

insyaallah, harap semua akan bertambah baik...:)

UMMI YL berkata...

lagi satu akak boleh try homeopati..insyaallah selamat...

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : hahahaa, sy mmg rindu nak masuk utan dan main badminton, agaknya sbb tu mimpi smp berpeluh-peluh. sabar jelah

sy suka dgn saranan mkn sikit2 tp kerap tu, tu yg sy sdg buat skrg ni, sbbnya mkn byk serentak pun x guna kalau muntah segalanya sblm makanan sempat dihadamkan pun

psl kurma tu, setakat ni mmg mkn cuma bkn stp hari, sbb ada masa sy tak de selera juga nak mkn kurma, tp sy pastikan sy ambik kurma walaupun bkn stp hari, kdg2 selang sehari,insyaallah lps ni amal stp hari

sy akan search bagaimana nak kurangkan masalah morning sickness tu, hrp membantu

sy ada ambil ubat demam dan batuk dgn doktor, tp tetap tak mkn2, sbb ramai benar ckp elakkan mkn, so terus x jd nak mkn

yg produk salindah tu mmg homopati seperti yg dibgtaulah, blm lg try, maybe lps ni boleh try

oh ya, rulza pun pregnant lagi ka? wah bestnya, bertambah lg umat nabi muhammad SAW

UMMI YL berkata...

kiki, lom mengandung lagi..sama-sama tu, sama2 doakan akak cepat sihat dan boleh makan...supaya baby dapat makanan berkhasiat dari ibu dia..:) insyaallah..;)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : oooo ingatkan kita ni pregnant berjemaah la

hehehhee