~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 10 Februari 2012

Bercerita tentang impian yang terkubur sudah

Pernah tak korang teringin mencuba sesuatu, tapi sehingga sekarang impian tu terbiar begitu sahaja? Pernah tak?

Aku pernah. Ada keinginan tu aku kuburkan sahaja kerana aku rasa dah tak sesuai kalau aku cuba realisasikan dalam dunia aku yang sekarang. Tahu tak apa? Ni antara impian aku sebelum aku berkahwin. Hanya ada 3 impian sahaja yang tak tercapai sehingga kini, 2 daripadanya aku dah kuburkan sedalam-dalamnya. Biarlah.

Nak tahu apa 2 impian yang sengaja aku kuburkan itu? Aku ceritakan dari mula ya. Baru-baru ni aku kemas rumah aku, dan aku jumpa satu kertas yang menyenaraikan semua impian aku di zaman remaja aku, dan aku cuba nak capai semua impian tersebut sebelum aku berkahwin. Ternyata, aku tak sangka, aku berjaya realisasikan lebih 10 impian tersebut, dan hanya 3 aku tak sempat capai.

Impian pertama, aku nak ambil lesen motor B full. Dan sehingga sekarang aku belum ambil lagi ujian lesen tersebut. Dan aku tak rasa, aku akan cuba capai impian tersebut, sebab aku rasa dah tak sesuai dengan jiwa aku yang dah berjiwa orang tua ni. Mungkin sekiranya usia aku masih di awal 20-an, aku mungkin pertimbangkannya semula. Dan aku rasa, impian itu aku akan kuburkan terus tanpa ada rasa ralat sedikit pun.

Impian kedua yang belum tercapai ialah aku nak belajar main drum. Aku memang fanatik pada alat muzik yang satu ini. Tapi bila umur dah meningkat senja ni, aku tak terasa langsung aku nak masuk kelas drum. Lebih baik aku masuk kelas agama kat masjid, itu lebih afdal untuk menambahkan saham akhirat. Dan sehingga kini, aku tak kisah impian itu tidak terlaksana. Malah, aku rasa aku bijak di situ kerana tak menghabiskan duit untuk perkara yang melalaikan.

2 impian yang aku sebut tadi, aku sekadar luah di sini, dan aku rasa bodoh pula apabila 2 impian tu pernah bertakhta kat hati aku. Mujurlah Allah tak membantu aku di situ dalam nak menunaikan 2 impian yang aku rasa sia-sia sahaja. Nampak tak, pandangan aku di sini dah berbeza dengan pandangan aku zaman remaja dulu.

Impian-impian yang dah berjaya tu, tak payahlah aku senaraikan di sini, sebab memang banyak, dan aku tak sangka, aku ada kekuatan dalam nak menjadikan impian aku tu satu kenyataan. Cuma ada 1 impian je lagi, yang tak tercapai aku tak sebutkan di sini ye tak? Nak tahu apa?

Ok, sebenarnya impian ni tak tercapai mungkin kerana ilmu aku kurang. Kedua, aku manusia yang jenis tak reti nak mengarang, aku hanya pandai berimaginasi sahaja. Aku rasa korang dah boleh agakkan, aku nak terbitkan novel karangan sendiri, sekurang-kurang, 1 je dalam seumur hidup, tak kisahlah novel Islamik ke, novel pengembaraan ke, janji aku berjaya hasilkan satu novel kat pasaran. Tapi sehingga kini, impian yang satu tu tak pernah tercapai, tapi tak pula aku niat nak menguburkannya, malah setiap kali aku membaca karya RAM, aku sentiasa rasa bersemangat nak hasilkan novel sendiri, tapi entahlah, aku ni bab mengarang sangatlah lemah. Dan aku rasa aku tak mampu nak hasilkan novel sebaik RAM, kang malu atau syok sendiri je. Itulah masalahnya yang menyebabkan sehingga kini impian yang satu tu sentiasa tertangguh dan terbiar tanpa ada kesudahan

Semalam pun, selesai membaca novel RAM, aku diserang rasa ralat kerana masih tak berjaya menunaikan keinginan aku yang satu itu. Aku tak pasti adakah impian ni akan berkubur atau aku akan buat sesuatu untuk menjadikan keinginan aku tu bukan satu mimpi semata. Entahlah, yang pasti, aku kena bekerja keras kalau nak menghasilkan satu novel yang berkualiti dan yang dikenang orang macam karya-karya RAM yang aku sanggup baca berkali-kali, sebab novelnya sangat berkualiti.






4 ulasan:

RULZA berkata...

akak ni kan, serupa macam kawan baik saya.namanya nurul huda.suka yang mencabar dan suka RAM(dia memang fanatik RAM).dia baca start zaman sekolah dulu..ADAM, ranggau, tambirou tu novel2 terawal..dulu dialah tukang cerita kat saya sebab saya tak minta sangat baca novel, tapi dia sebab minat punya pasal dia sanggup cerita kat saya..hihi...

huhu banyak sangat persamaan..seronok..:)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : ahhh, novel yg disebutkan tu semuanya saya dah baca

hahahaaa, sama tapi tak serupa, tak sangka ramai betul fanatik RAM

Noorieda berkata...

ASSALAMUALAIKUM WBT..

Seronoknya bila impian tercapai kan kak...

Belum cuba belum tahu kak...Akak cuba la karang cerita dulu...cuba hantar dekat penulisan2u..mana tau ada rezeki jadi penulis...^_^

Wanita Bertudung Hijau berkata...

noorieda : wsalam wbt :-)

saya ada terfikir nak post dalam blog ni mengikut siri dan bab, tengoklah nnt, bergantung kepada pandangan kawan-kawan yg membaca, kalau ada sambutan baru sy bukukan :-)