~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 3 Februari 2012

Tentang keghairahan

Assalamualaikum. Wow, bestnya hari jumaat. Bestnya kan lama cuti. Aku hari Ahad ni ada kenduri di Cheras, kawan sebelah aku satu ofis yang kahwin, wajiblah pergikan. Selepas menghadiri majlis kendurinya, aku akan balik kampung suami. Kang adalah yang cakap aku murtad kenegerian lagi ni, macam sini

Sebenarnya, balik kampung suami nak ambil adik ipar aku, bawanya ke KL, sebab nanti adik ipar aku akan bekerja di area Klang, di mana jangan tanya, sebab aku jahil daerah Klang. Yang pasti, kali ni bukan aku lagi supirnya. Sejak aku pregnant, aku tak dibenarkan memandu kecuali semata pergi dan pulang daripada kerja. Nak buat macam mana, dah agreement sebelum kahwin macam tu, aku kenalah pasrah.

Jenis aku ni, gila memandu. Maka, bila stereng dipegang orang lain, walaupun suami sendiri, aku rasa hilang keghairahan. Hahaha, boleh gitu? Selama ni pun, kalau melibatkan ke mana-mana dengan suami, malah dengan kawan-kawan ofis sekalipun, melibatkan urusan kerja atau pergi jalan-jalan, akulah supirnya. Wajib wajib dan wajib sewajib wajibnya aku yang pandu. Bukan aku yang minta, tapi rakan-rakan ofis yang nakkan aku sebagai supir mereka. Kenapa? Manalah aku tahu, agaknya kawan-kawan aku jenis yang malas memandu agaknya. Sebab mereka pernah cakap macam tu.

Seperti tadi, semasa lunch hour, mereka ajak aku ke PPUM. Melawat seorang rakan yang dimasukkan ke dalam wad sejak 19 Januari yang lalu akibat masalah kuman yang telah merebak di dalam semua kandungan darahnya. Kalau melihatkan keadaan kawan aku tadi, memang agak kritikal, bernafas menggunakan bantuan oksigen, makan pun menggunakan tiub, begitu juga sistem perkumuhannya, menggunakan saluran tiup semata. Sebak, hiba, sedih dan segala perasaan dukacita semasa kami di sana. Aku yang jenis jiwa cepat tersentuh ni, bergenang air mata melihat keadaan kawan aku yang kritikal itu. Aku harap beliau cepat sembuh. Untuk pengetahuan, kawan aku tadi dah melebihi umur 55 tahun.

Apa lagi, excitedlah apabila aku diberitahu aku yang kena memandu kereta. Aku suka gila, keghairahan mula melanda. Walaupun PPUM dan ofis aku tidaklah jauh mana, tapi memandangkan Federal Highway jem, dapat jugaklah aku memandu pergi dan pulang lebih 2 jam perjalanan. Puaslah aku dapat memandu, melepaskan gian. Kawan-kawan sekadar menggelengkan kepala bila tengok betapa aku excited yang melampau bila dapat pegang stereng. Agak-agak ada tak orang lain seghairah aku?

Kawan-kawan aku pernah cakap, kalau beginilah aku ghairah memandu, baiklah kerja sebagai pemandu sahaja, kalau bukan pandu kerete bos, pandu ambulans. Hahaha, kawan aku yang sorang lagi menyampuk, kalau aku pandu ambulans, pesakit dalam ambulans tu daripada sakit biasa, confirm tenat atau terus meninggal apatah melihat cara pemanduan aku yang suka mencilok sesedap rasa. Aku ketawa mendengarnya. Sabar jelah.

Walaupun penat, tapi apabila kita enjoy dengan apa yang kita lakukan, kita suka dengan apa yang kita lakukan, penat tadi tak terasa pun. Betul tak? Begitulah keadaannya dengan isu ini. Penat macam mana sekalipun, aku tetap suka memandu dan kepenatan itu akan hilang dan tak terasa apa pun.

Oh ya, sebelum aku dibenarkan memandu tadi, mereka ada bertanyakan tahap kesihatan aku. Aku jawab aku ok je. Sebelum ni aku dengan sukacitanya memaklumkan aku tiada sebarang alahan. Tapi tidak lagi sekarang. Bila-bila sahaja aku akan muntah, dan muntah yang melampau-melampau akan menjelang lagi semasa Magrib kang. Time tu aku akan lembik dalam bilik air, mengeluarkan tah apa-apa isi perut, angin dan segalanya. Maka, sekarang aku tidak boleh berbangga lagi tak kena alahan.

Aku juga akan terus hilang selera makan bila malam menjelma. Selera aku terus mati, mungkin sebab keletihan muntah yang melampau. Atau sebab waktu malam, suhu badan aku menjadi panas. Kalau nak tahu, baru-baru ni doktor cakap tekanan darah aku rendah. Aku dinasihatkan supaya meminum air masak dalam kuantiti yang lebih banyak. Aku pun tak faham, aku ni dahlah jenis minum air masak putih dalam kuantiti yang sentiasa banyak, tak payah suruh pun aku akan telan bergelen-gelen, tapi? entahlah...

Aku hanya enjoy makan bila siang hari semata. So, kalau aku teringin nak makan apa sahaja, aku hanya boleh makan siang hari sahaja. Bila malam, selera makan aku dengan sendirinya hilang. Kalau 2 suap aku makan nasi tu dah dikira banyaklah tu. Macam semalam petang, aku beli cempedak goreng di ofis aku, niat nak makan sampai rumah kang.

Sampai rumah, aku makanlah sebiji. Masa tu aku dah rasa loya. Tapi paksa gak makan yang kedua, tak sempat nak habiskan, aku dah muntah. Maka, semalam Tok Ketualah yang terpaksa habiskan cempedak goreng yang banyak tu. Sudahnya, Tok Ketua dah kenyang dan langsung tak sentuh nasi. Aku pula hanya mampu pandang sang suami aku makan cempedak, nak makan aku dah tak mampu. Ambil bau jelah. So, aku dah faham, kalau aku nak makan, makanlah puas-puas di siang hari. Kang malam hari, aku kempunan je. Macam-macam kan. Orang lain caranya lain, alahannya lain, aku pula begini. Sabar jelah banyak-banyak.

Setakat ni aku tiada masalah lain, hanya itu sahaja. Dan aku harap masalah kesihatan aku takkan bertambah lagi. Cukuplah daripada satu kes ke satu kes aku hadapi, dan aku harap aku dapat pahala daripada semua musibah ni. Aku tahu, aku sedang diuji, dan aku belajar menjadi manusia yang pasrah dalam menerima ujian daripada Allah.

Cuma, setakat ni, aku belum mampu masak kecuali masak nasi, dan semua lauk pauk Tok Ketua beli di kedai semata. Memasak juga satu keghairahan kepada aku. Dan aku harap aku mampu masak 2-3 minggu lagi. Sebab setiap kali malam je, aku akan jadi manusia yang lemah selemahnya. Tapi esok siang aku nak try masaklah, tak sabar pulak rasanya, sebab siang je aku jadi gagah, malamnya aku jadi lemah.

Selamat menyambut maulidul rasul. Perbanyakkanlah selawat, perbanyakkanlah makanan jiwa, kena selalu top up makanan jiwa ni. Ingat, sunat itu penyelamat!

3 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Kena evening sickness pulak ya? Seoga segalanya segera pulih dan dapat melakukan semua tugasan dengan gembira. InsyaAllah. :)

Noorieda berkata...

SALAM MAULIDURRASUL KAK..^_^

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kakcik : ahhh kak, bila petang je mulalah, tp syukurlah x berlaku waktu pagi nak g kerja

noorieda : salam maulidul rasul jugak, semoga kehidupan kita diberkati Allah :-)