Assalamualaikum. Aku bersiaran lagi secara alam maya di dunia blogger hari ni. Semalam aku apply leave, so tak adalah entry untuk semalam. Jarang aku post entry semasa aku sedang bercuti walaupun aku ada banyak masa melakukannya kecuali aku benar-benar teringin nak post sesuatu sahaja. Memandangkan semalam Selangor cuti, termasuklah suami aku sekarang yang menjadi warga pekerja Selangor, maka kami buat keputusan pulang ke kampung suami pada hari Sabtu petang.
Sepatutnya kami dijadualkan pulang ke kampung pada hari Sabtu pagi, malangnya ada tragedi tak diduga berlaku. Puncanya selepas kami selesai bermain badminton jumaat malam, kereta aku pancit kerana aku terlanggar lubang yang sangat luas dan dalamnya semasa perjalanan pulang ke rumah.
Sudahnya, rim kereta aku bengok yang amat sangat dan tayar terus pancit. Suami aku terus menukar tayar dalam kesejukan pagi iaitu sekitar jam 2am. Suami nak marah aku pun tak boleh, keadaan jalan di area rumah aku tu sentiasa teruk apatah lagi dalam musim hujan sebegini. Ada je kelibat lubang baru muncul tanpa di sangka, padahal aku ni jenis memang dah hafal kat mana ada lubang, seperti peribahasa sekilas ikan di air, dah tahu mana pondan mana pengkid. Hahaha
Selepas Subuh, suami aku ke worshop kawannya yang terletak berdekatan dengan rumah kami mengetuk kembali rim aku yang bengkok teruk tu. Sudahnya selepas makan tengahari kami mula mengemas nak balik kampung.
Tapi, perjalanan tak diteruskan ke kampung, kami singgah sebentar di rumah suami aku, dia nak lihat rumahnya setelah penyewanya baru keluar beberapa hari lepas. Teruknya condition rumah tersebut, dengan ada tiles pecah, yang tak sangka, grill pintu berada di dalam keadaan yang amat mendukacitakan iaitu terkopek, tak pastilah ada yang cuba memecah masuk atau penyewanya sebelum ni tertinggal kunci. Sempat suami aku repair apa yang patut dan dia ada mengambil gambar sebelum dan selepas repair.
Begitulah risikonya apabila rumah disewanya kepada penyewakan, kalau dapat penyewa yang bertanggungjawab barangkali keadaan seperti itu takkan berlaku. Kalau tak sewa pun sakit juga, jenuhlah suami aku nak bayar bulan-bulan rumahnya itu.
Kalau ikut plan asal, sepatutnya kami tinggal di situ, tapi setelah dipertimbangkan semula, ofis baru suami aku lebih dekat dengan rumah sekarang, maka, sebab tu kami menetap di rumah sekarang. Cuma, rumah aku sekarang kecillah jika nak dibandingkan dengan rumah suami aku yang sedikit besar square feet nya. Tak kisahlah yang penting dekat dengan ofis suami aku. Aku pulak tak kisah, duduk mana-mana pun sama, jarak ke ofis aku tetap melebihi 20 kilometer.
Eh melalut pulak, sepatutnya aku cerita tentang situasi nak balik kampung. Kawan-kawan aku cakap, aku dah murtad kenegerian, pertama, aku dah jarang balik utara, asyik balik sebelah Pantai Timur je, aku cakaplah, Pantai Timur dekat je, paling lama pun 2 jam je perjalanan daripada tol Gombak, kalau balik utara sekurangnya ambil masa 5 jam, hahaha. Boleh gitu? Lagipun sanak saudara aku dah ramai sekarang kat KL, kalau balik utara pun, aku akan pastikan majority balik, baru aku balik.
Kemudian suami aku pulak tanya, siapa ye nama Sultan Kedah yang bakal jadi Agung ni? Aku jawab entah, tanpa rasa bersalah sedikit pun. Kemudian suami aku cakap, tukarlah ic nombor tu, dah murtad negeri Kedah. Aku ketawa besar dengan respons suami aku tu. Dah 2x aku dicop murtad kenegerian. Hahaha. Aku rasa lawak pun ada.
Memang jenis aku susah nak hafal nama orang. Aku memang jenis lupa kat situ. Aku tak tahu kenapa. Kalau melibatkan dunia nombor lagilah mustahil aku akan ingat. Hari kelahiran suami aku, ic number nya, hp number nya, sampai sekarang aku tak ingat. Apa yang aku lakukan adalah menulis nombor tersebut dan bawa ke mana sahaja aku pergi terutamanya no hp suami aku. Suami aku memang tak pernah berkecil hati kerana dia tahu kelemahan aku yang satu ni. Bayangkan nombor plate kereta aku pun aku tidak pernah hafal sehingalah baru-baru ni. Dulu aku hafal tapi aku tetap menyebutnya dalam keadaan terbalik, kawan-kawan aku yang perbetulkannya. Begitu juga no hp aku sendiri, baru sekarang aku dapat hafal. Begitu juga alamat rumah aku, sampai sekarang aku masih gagal menghafalnya sebab aku rasa aku tak perlu pun hafal sebab dah tertera kat mycard aku, hahaha. Suami aku yang baru duduk situ pun dah hafal alamat rumah kami. Lawak tak?
Pada orang lain mungkin akan anggap ni lawak. Tapi pada aku tidak, sebab aku malas nak hafal nombor yang aku rasa aku boleh tahu tanpa hafal, contohnya birthday suami aku jatuh pada suatu tarikh Public Holiday, so aku tak rasa aku perlu hafal, boleh gitu? Alasan paling kukuhlah ni. Mujurlah kebetulan jatuh pada hari cuti umum, kalau tak, entahlah aku mampu hafal ke tidak.
Macam ic number, dan hp nombor suami aku, aku dah catat dalam hp aku dan kertas, aku akan bawak ke mana sahaja, kalau hp aku hilang, masih ada catatan pada kertas, begitulah, hahahaa.
Aku tak pasti sindrom ni berlaku atau tidak kepada isteri di luar sana, kerana setahu aku isteri atau wanita biasanya akan lebih cenderung menghafal tarikh lahir pasangannya berbanding pasangannya sendiri. Tapi berbeza pula dengan aku, suami aku tanpa susah payah mampu menghafal birthday aku, tapi aku, hahahaa, bukan bermakna tak sayang, tapi biasanya aku ni jenis mempamerkan kasih sayang aku melalui perkara lain. Siapa tak sayang suami kan.
Contoh ek, baru-baru ni, kan aku ada cakap aku menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung di Stadium Bukit Jalil semasa Malaysia menentang Bahrain kan, nak jadi cerita habis sahaja perlawanan, hujan turun dengan lebatnya. Kebetulan, kawan suami aku menumpang kereta kami. Aku yang memandunya.
Memandangkan kereta yang di parking agak jauh, dan jika kami redah, kebarangkalian kami akan basah. Maka, kawan suami aku cakap pada suami aku, baik kau pergi ambil kereta bawak ke sini, tak adalah kita semua basah. Belum sempat suami aku nak bertindak, aku dah pecut berlari ke kereta dan kembali mengambil suami dan kawan suami aku. Kawan suami aku cakap, aku tak pernah lagi jumpa kes macam ni, merujuk kepada peristiwa aku yang berlari dalam hujan dan mendapatkan kereta yang parkingnya jauh, bukannya suami aku.
Suami aku ketawa. Kawan suami aku tercengang-cengang. Aku sengih sahaja. Aku cakap, bila lagi aku nak berbakti kepada suami sendiri, apa salahnya aku yang basah, apa salahnya aku yang berkorban? Setakat berlari dalam hujan tu adalah favourite aku, hahaha. Suami aku cakap, dia memang niat nak memudahkan kami bertiga dengan pergi mendapatkan kereta, tapi dia sangat tidak sangka aku yang buat tanpa mendapatkan persetujuan daripadanya.
Di sini, aku sekadar nak mempamerkan kasih sayang aku pada suami. Sebab aku tahu daripada segi lain aku tak pandai nak menonjolkannya. Mungkin pada orang lain nampak pelik dan tak patut, tapi pada aku, aku ikhlas tanpa rasa terpaksa apa salahnya. Kadang-kadang benda tak sangka seperti nilah yang akan mengeratkan kasih sayang terhadap pasangan, dan aku suka buat perkara pelik dan jarang dibuat orang ni supaya aku nak suami aku ingat perkara ni selagi hayatnya. Kalau buat perkara biasa-biasa je, mungkin susah nak diabadikan di kotak memorinya.
Tak tahulah pada kalian nak menilainya macam manakan. Kecualilah dalam kes tersebut, aku pregant, tidaklah aku melakukannya. Itu namanya kerja gila pula, walaupun niat tu suci, tapi silap-silap kena cop bengong pula, haaa padan je muka. Selagi ianya waras dek akal, selagi ianya tidak melanggar syariat, aku masih nak buat perkara gila-gila seperti kes di atas. Segalanya untuk keharmonian rumah tangga. Kerana aku tahu, masih banyak perkara aku kena cipta demi nak ceriakan hubungan.
Suami aku cakap, dia pula diserang rasa serba salah dan tidak pernah menyangka, tapi, dia rasa best pun ada, apa tidaknya, sepantas kilat aku berlari ke kereta tanpa sempat suami aku bertindak. Aku pula rasa sangat best, setidaknya usaha kecil aku itu menjadi satu memori manis buat kami.
Mmmm, aku nak cerita pasal pulang ke kampung je tadi, dah terbabas ke laut. Aku nak stop sahajalah supaya tidak melalut lagi.
p/s : Moral of the story, janganlah murtad kenegerian. Hahaha
sayangilah pasangan anda sewajarnya, cipta semaksima mungkin memori kemanisan dalam alam rumah tangga anda.
4 ulasan:
Asalkan ikhlas, tunjukkanlah kasih sayang itu seadanya. Tidak sengaja dilakon2kan di hadapan orang sedang di belakang, hanya Allah Yang Maha Tahu. :)
kakcik : betul tu, saya pun dengan tak disangka dapat idea mcm tu, tak pernah pulak terfikir nak buat mcm tu :-)
bg saya dalam hubungan suami isteri tak perlu harap sangat sikap gentleman suami sebab saya rasa dalam rumahtangga kita perlu sama2...saling sayang meyayang dan jaga menjaga..
lagipula rumahtangga adalah tempat to share and to give..masing2 kenalah berebut2 nak please pasangan masing2..
kan kan?
saya pun tak ingat nama sultan kedah..atau sultan mana2 pun.huhu
rulza : hahahaa, betul tu, give n take, masing2 kena tonjolkan tanpa mengharap semata drpd pasangan
hahahaa, saya sangka saya sorang je tak ingat nama sultan kedah, nasib baik ada geng :-) kekekeke
Catat Ulasan