~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 20 Disember 2011

5 Soalan yang telah dijawab oleh 700 Ulamak

Syaqiq bin Ibrahim berkata :

Saya telah bertanya pada tujuh ratus orang alim tentang lima masalah, maka mereka semuanya menjawab dengan satu jawapan yang sama,

1- Siapakah orang yang sempurna akal ?
Orang yang tidak cinta pada dunia.

2- Siapakah orang yang cerdik ?
Orang yang tidak tertipu dengan dunia.

3- Siapakah orang kaya ?
Orang yang redha menerima bahagiannya dari Allah SWT ( rela menerima hukum takdir Allah SWT ).

4- Siapakah orang yang mengerti agama ?
orang yang tidak minta berlebih-lebihan.

5- Siapakah orang yang bakhil ?
Mereka yang tidak mengeluarkan Hak Allah SWT dalam hartanya.



Kitab Tanbihul Ghafilin.

5 ulasan:

marinahunny berkata...

mohon share ye :)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Noorieda berkata...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T....

Singgah di blog ini tidak tahu untuk berkata apa2x...

Mungkin usia yang masih diibaratkan setahun jagung tidak mampu untuk mengeluarkan pendapat yang bermanfaat dan berkomunikasi dengan penulis blog yang berkemungkinan seorang ustaz/ustazah/orang yang lebih arif pasal agama...

Jadi,mungkin lebih baik hanya mendengar dan menerima nasihat2x dan teladan2x yang baik...

Semoga dapat memberikan entry yang bermanfaat dan sebagai peringatan kepada saya sebagai seorang remaja di lain2x hari...

Terima kasih....(",)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

noorieda : waalaikummussalam wbt

sesungguhnya di sini saya masih budak baru belajar, sy tiada mandat atau lulusan agama, tp sebagai manusia yang sentiasa nak berubah dan dekatkan diri pada Allah, saya mencoretkan data dan input yg saya dapat secara langsung dan tidak langsung utk dikongsi bersama di dalam blog saya, moga ada manfaatnya pada semua,

saya elakkan bercakap perkara yang negatif kerana tidak mahu menambah dosa, sekurangnya artikel yang bermanfaat dapat menambahkan pahala saya, itu sahaja :-)

sama2 lah kita kongsikan ya :-)

Noorieda berkata...

Terima kasih....:-)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

noorieda : sama-sama, sama-samalah berkongsi ilmu ya :-)