~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 16 Disember 2011

sesi label melabel artikel

Sejak dua tiga menjak ni, aku berminat nak melabel posting yang telah aku buat selama ni. Baru aku perasan, banyak pula artikel dan nota yang telah aku post samada hasil nukilan sendiri, copy dan paste daripada email, blog dan internet. Semuanya aku harap bermanfaat kepada yang sudi membacanya.

Aku juga perasan, sebenarnya aku refresh minda aku secara tak langsung dengan nota-nota lama yang aku dah post. Bila aku baca semula, rasa kelakar pun ada, terasa kebodohan diri sendiri pun ada. Ada unsur ketidakmatangan pun ada. Tapi, terasa sayang pula nak delete, maka aku abaikan sahaja. Penat juga nak melabel satu persatu entry aku, tak habis lagi ni.

Oh ya, aku tersedar sesuatu di sini, apabila aku melabelkan entry aku, aku nampak matlamat aku lebih jelas dalam usaha menyampaikan dakwah secara alam maya ni. Secara tak langsung, di sini aku mengingatkan diri sendiri untuk lebih berubah dan bermuhasabah diri. Biarlah orang cakap nak cakap aku ni apa sekalipun, yang penting niat aku suci dan murni gitu. Chewahhh, sekurangnya blog ni tidak pernah aku gunakan untuk sesi melepaskan perasaan yang negatif, jauh sekali nak mengutuk orang lain. Tak berbaloi, lebih baik kutuk diri sendiri, ada juga bagusnya.

Lagi, kalau korang perasan (macamlah ada orang perasan), aku ni bukan jenis minat sukan sangat. Dunia sukan dengan aku macam langit dengan bumi. Tapi, aku rasa geli hati pula bila ada juga label tentang bola. Hahaha, ni gara-gara Harimau Malaya dan Ultras Malaya lah ni. Hahaha. Kepada peminat sukan bola, kalau baca pandangan aku tentu akan cop aku ni jahil bola, tidak mengapalah, aku dan dunia sukan sangatlah asing sebenarnya kecuali badminton, satu-satunya sukan yang aku fanatik. Oh ya, malam ni ada sesi main badminton dengan kawan-kawan aku. Aku dah dapat gelaran baru pulak. Adoiii la, dah berlambak koleksi nama gelaran yang aku dapat selama ni, bertambah lagi satu pulak. Tak kisahlah, janji aku dapat bersenam secara sihat. Lagipun aku ni dah malas nak melepak macam zaman bujang dulu, so sesi riadah sebegini harap dapat mengeratkan silatulrahim antara kami.

Kembali pada cerita label. Sejak akhir-akhir ni aku suka benar melalut, ni namanya umur dah meningkat senja, ke laut je kerjanya, hahaha. Aku mula suka melabel ni apabila aku rasa aku senang nak cari semula artikel yang aku nak buat rujukan. Itu je, satu kemudahan yang aku terlepas pandang selama ni. Tidaklah susah payah aku nak search kata kunci, aku hanya perlu rujuk pada label sahaja. Itu memudahkan aku sebenarnya.

Lagipun best pula membaca entry yang lama-lama ni, orang boleh kenal siapa aku secara tak langsung dengan menggambarkan apa yang aku tulis. Betullah kata orang, apa yang kita tulis menunjukkan siapa kita yang sebenarnya.

Selamat berhujung minggu

p/s : Sungguh aku terasa kosong tanpa memakai cincin, dulu boleh je.




2 ulasan:

gadisBunga™ berkata...

saya pun! bila dah byk entri tak berlabel, dah jadi satu keje pulak kan...? :)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

GB : ahhh, betul, jadi 1 kerja pulak nak melabel, tapi saya sukalah setakat ni, hehehe