~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 16 Disember 2011

Pilihlah mana yang berkenan

p/s : cerita ini aku copy dan paste

Seorang guru pernah bercerita kepada saya. Katanya, diriwayatkan, tatkala Allah selesai mencipta syurga, maka Allah memanggil malaikat untuk menyaksikan kehebatannya. Malaikat yang melihatnya telah terpesona dengan kecantikan syurga lalu berkata “Nescaya semua orang akan mahukannya”. Lalu Allah melindungkan syurga itu dengan kemiskinan, kepayahan dan ujian. Maka berkata pula malaikat, “Nescaya, tiada yang akan berjaya”.

Kemudian Allah menciptakan neraka dan sekali lagi memanggil melaikat untuk melihat betapa azabnya siksaan yang ada di dalamnya. Malaikat yang melihatnya berasa gerun dengan penderitaan yang terkandung di dalamnya seraya berkata “Nescaya, tidak akan ada orang yang akan mahukannya”. Tetapi kemudian Allah lindungkan ianya dengan emas, kekayaan dan keseronokan, berkatalah mereka “Nescaya tidak akan ada yang akan terlepas”.