~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 13 Disember 2011

Mempromosikan buku yang aku baca


Aku pernah terfikir nak beli buku ni semasa sesi kuliah Zohor di ofis aku. Tapi setiap kali buku ni ustaz jual, aku confirm lupa bawak turun duit.  Maka, terbantutlah niat nak membeli. Sehinggalah aku pulang ke kampung suami aku minggu lepas.

Perasan tak korang, setiap kali pulang ke kampung, aku pasti akan mempromosikan sebuah buku yang aku baca. Hehehe tak perasan pun tak apa, blog aku ni bukannya ada orang baca, hehehe.

Kali ni aku nak seru kepada kalian kalau belum baca, bacalah kitab yang tertera. Banyak sangat informasi yang berguna yang terkandung di dalamnya boleh kita realisasikan sementara masih hidup dalam dunia fana ni. Aku nak cerita banyak sangat pula inputnya. Kalian bacalah sendiri.

Penting kita membaca hadis Nabi supaya kita lebih memahami dengan lebih jelas apa yang disarankan oleh junjungan besar baginda Rasullullah SAW. Semoga dengan cara demikian, hidup kita lebih diberkati.

Semoga ada manfaatnya.

2 ulasan:

gadisBunga™ berkata...

ada sorang member share pasal buku ni kat fesbuk. mungkin setiap org kena ada satu kot...

Wanita Bertudung Hijau berkata...

gb : betul tu, stp org perlu ada utk jadikan panduan :-)