~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 28 Disember 2011

Tentang gajah

Gajah adalah satu-satunya mamalia yang tak boleh melompat.

Gajah mempunyai kadar dengupan nadi yang perlahan iaitu kira-kira 20-30 dengupan seminit. (ada yang kata 27)

Seekor gajah boleh hidup sehingga usia 70 tahun tapi ada juga yang lebih dari itu.

Gajah boleh belajar sehingga 60 jenis arahan yang berlainan.

Gajah boleh minum sehingga 80 gelen air sehari, kira-kira bersamaan 302.832943 liter.
Belalai gajah boleh menyimpan sehingga 2.5 gelen air pada satu-satu masa bersamaan 9.46352946 liter.

Pada tahun 1916 seekor gajah dibicarakan dan dihukum gantung atas kesalahan membunuh di Erwin, Tennessee. (United State)

Pada Perang Dunia ke 2, bom pertama yang dijatuhkan oleh tentera bersekutu ke atas Berlin telah membunuh satu-satunya gajah di Zoo Berlin.

Gajah adalah haiwan kebangsaan negara Thailand.

Gajah liar boleh makan sebanyak 100-1000 pound tumbuh-tumbuhan dalam sela masa 16 jam.

Gajah boleh mengeluarkan tahi sebanyak 80 pound dalam satu hari.

Berat gigi gajah boleh mencapai sehingga 3kg.

Hanya gajah, dolphin dan beberapa jenis monyet yang boleh mengecam muka mereka di dalam cermin.

Gajah boleh berlari sehingga 24mph tapi pada jarak yang singkat.

Gajah hidup dalam kumpulan (kawanan) atau dalam bahasa Inggeris disebut herd yang hanya ada ibu dan anak-anak gajah sahaja.

Bapa gajah akan meninggalkan kumpulan apabila usia mereka mencecah 12 tahun.

Gajah tidur berdiri.

Tapi ada juga anak gajah yang mampu tidur berbaring. (mungkin sebab mereka belum tahu lagi mereka tu gajah… hahaha)

Gajah menyejukkan badan dengan mengipas-ngipas telinganya. Perbuatan ini akan menyebabkan darah di bahagian telinga menjadi sejuk dan darah tersebut akan mengalir ke seluruh badan gajah dan menyejukkan gajah tersebut.

Gajah boleh mengandung sehingga 2 tahun dan ini merupakan tempoh kandungan paling lama bagi haiwan di darat.