Rasulullah saw pernah ditanya perihal orang mukmin dan orang munafik. Kemudian baginda menjawab:
“Sesungguhnya orang mukmin himahnya dalam solat dan puasa. Sedangkan orang munafik himahnya pada makanan dan minuman bagai binatang, di samping meninggalkan solat dan ibadah yang lain. Orang mukmin sibuk bersedekah dan meminta ampun. Sedangkan orang munafik terlena oleh kerakusan dan angan-angan. Orang mukmin memutuskan harapan kepada segala sesuatu selain Allah. Tetapi orang munafik mengharapkan kepada segala sesuatu selain Allah. Orang mukmin mengorbankan segala sesuatu untuk agama. Sedangkan orang munafik mengorbankan agama untuk harta. Orang mukmin aman dari segala sesuatu selain Allah. Tapi orang munafik takut kepada segala sesuatu selain Allah. Orang mukmin selalu berbuat baik dan menangis. Sedangkan orang munafik selalu berbuat jahat dan tertawa. Orang mukmin suka menyendiri dan menyepi. Tetapi orang munafik suka bergaul beramai-ramai. Orang mukmin menanam dan takut binasa. Sedangkan orang munafik suka mencabut dan mengetam sahaja. Orang mukmin berdakwah demi kebaikan agamanya. Sedangkan orang munafik berdakwah demi keuntungan dan merosakkan agama. Bahkan orang munafik memerintahkan kemungkaran dan melarang yang makruf..”
0 ulasan:
Catat Ulasan